Khamis, 12 November 2009

TERNANTI NANTI APA LAGI PENJELASAN SPRM



Nah, semalam Sdr Sivarasa Rasiah mengemukakan seorang lagi saksi utama kes VK Lingam. Bekas setiausaha Lingam itu, Jayanthi Naidu mengaku mengatur percutian mantan Ketua Hakim Negara ke New Zealand bersama bekas majikannya. Pendedahan ini jelas menconteng arang reputasi serta integriti institusi Dewan Rakyat apabila Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia mengemukakan kenyataan yang bercanggah, kononnya sukar mengesan saksi utama. Ternanti nanti apa pula penjelasan SPRM. Pastinya, rakyat muak dengan segala pembohongan ini.

Ilmu kurang besarlah lagak
Tiada lawan besarlah mulut
Bersua kita putihlah tapak
Semangat lembik gementarlah lutut

Sudahlah semalam Menteri di Jabatan Perdana Menteri memberi jawapan yang tidak bertanggungjawab sehingga bolehlah dianggap menghina institusi mahkamah syariah. Datuk Jamil Khir menjelaskan kes saya di mahkamah syariah ditangguhkan demi menunggu keputusan mahkamah sivil. Mengapa menteri yang sepatutnya menjaga urusan agama seumpama tidak yakin dengan keadilan Islam. Malahan ini memberi gambaran menteri mencampuri dan menunjuki urusan mahkamah.Manakala fitnah terus dilemparkan kononnya enggan mengangkat sumpah, saya menyambutnya dengan menfailkan tuntutan qazaf sesuai dengan lunas dan prinsip syariah. Mengapa bertangguh lagi? Pendapat ulama muktabar; Syeikh Yusuf al Qaradawi, Syeikh Taha Jabir, Tuan Guru Nik Abdul Aziz, mantan mufti Dato’ Hashim Yahaya dan Ustaz Haron Din jelas menasihati agar diadili di mahkamah syariah sesuai dengan tuntutan al Quran dan Sunnah.

SELANGOR DEDAH INFO RASHIA PERTAMA UNTUK RAKYAT SELANGOR


Kerajaan Selangor mendedahkan dokumen satu daripada tiga projek dikategorikan rahsia oleh kerajaan BN sebelum ini - yang memperincikan perpindahan hak milik tanah rakyat di Bukit Cerakah, Shah Alam kepada pemaju menyebabkan lebih 700 penduduk miskin kehilangan tanah mereka.


Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata pendedahaan maklumat berkenaan berkaitan projek Bandar Alam Perdana, yang sebelum ini dikawal bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA), bertujuan untuk memberi gambaran sebenar projek berkenaan.Beliau mendedahkan maklumat itu hari ini berdasarkan bidang kuasanya sebagai menteri besar Selangor seperti yang diperuntukkan dalam Seksyen 2(C) OSA.Tambahnya, pendedahan melalui risalah yang akan diedarkan kepada masyarakat umum itu juga akan membolehkan petani dan pemilik tanah seluas 17,000 ekar itu mengambil tindakan ke atas pemaju terlibat."Sebelum ini mereka tidak boleh ambil tindakan sebab tidak tahu kedudukan sebenar," katanya dalam sidang media selepas persidangan DUN.Abdul Khalid menjelaskan, pemilik tanah berkenaan, yang merupakan penduduk miskin, pada asalnya telah diberikan sebanyak tiga ekar tanah pertanian setiap seorang untuk diusahakan dengan tanaman kelapa sawit.


Katanya lagi, pemilik tanah menyerahkan tanah mereka kepada seorang pemaju yang menukarkan status tanah menjadi tanah komersil untuk dimajukan menjadi projek perumahan Bandar Alam Perdana.Tambahnya, petani-petani tersebut telah dijanjikan untuk dibayar RM360,000 bagi tanah berkenaan"Akhirnya pemilik tanah hilang tanah sebab pemaju cagarkan kepada bank, dan 30,000 pembeli rumah tidak mendapat rumah yang dijanjikan," katanya."Siapa menteri besar terlibat, siapa usahawan terlibat, semua kita masukkan dalam risalah ini, ada disertakan gambar juga takut salah orang.


"Tujuan (pendedahan) untuk memberi maklumat. Terpulang kepada kita untuk tahu, dulu tanah pertanian, sekarang kalau kita pergi ke tempat situ, projek terbengkalai," katanya.Katanya lagi, pendedahan ini salah satu daripada usaha untuk membincangkan enakmen baru mengenai kebebasan maklumat di DUN itu nanti.Jelasnya lagi, risalah itu bertajuk 'Rancangan Revolusi Hijau dan Bandar Alam Perdana: Tanah Hilang, Rumah Tak Dapat' akan mula diedarkan kepada orang ramai pada Isnin depan.Ia juga akan mula dimuatkan di laman web rasmi kerajaan negeri itu esok.Semalam, Abdul Khalid berkata, kerajaan Selangor akan mendedahkan tiga dokumen berkaitan projek pembangunan di negeri itu yang didakwa telah menguntungkan syarikat-syarikat tertentu bawah pentadbiran BN.Dua risalah rahsia dijadual didedahkan masing-masing pada 13 dan 16 November ini.

Khamis, 5 November 2009

SHAHRIZAT JALIL TERDESAK - HANIZA



Wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor meyelar kenyataan Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil yang dilihat terdesak bagi mendapatkan kembali sokongan rakyat kepada Umno-Barisan Nasional.Ketuanya, Haniza Talha berkata tindakan Shahrizat itu dilihat sebagai cubaan menyerang PKR dan Pakatan Rakyat.Menurutnya, Shahrizat seharusnya menilai prestasinya sendiri selaku Ketua Wanita Umno dan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat sebelum menunding jari kepada mana-mana pihak.“Shahrizat kena cermin muka dulu seorang yang kalah pilihan raya kemudian diangkat jadi menteri maknanya Umno sendiri sudah tidak ada jawatan untuk menjaga kebajikan rakyat. Dan saya nampak Shahrizat pun memang gagal, gagal, gagal, gagal,” katanya.Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kenyataan Shahrizat bahawa pembangkang tidak berupaya memerintah kerana gagal dalam semua aspkek.Shahrizat turut menggambarkan Pakatan Rakyat sebagai indah khabar dari rupa.Menurutnya, kegagalan perjuangan Shahrizat jelas terbukti dalam partinya apabila beliau gagal menambah bilangan menteri wanita dalam kabinet malah, Shahrizat juga gagal menangani isu penderaan kanak-kanak dan wanita.Haniza menambah sebaliknya lebih 30 peratus wanita dilantik sebagai Exco dalam pentadbiran kerajaan negeri di bawah Pakatan Rakyat.“Dia dalam parti dia sendiri gagal mengangkat martabat wanita, boleh kira berapa orang wanita yang menjadi pemimpin tetapi kita wanita Pakatan Rakyat, sekejap sahaja kita tidak cakap banyak kita cakap dan laksanakan,” katanya.Beliau berkata keupayaan Pakatan Rakyat mentadbir jelas apabila dalam masa yang singkat, negeri di bawah pentadbiran Pakatan menunjukkan prestasi memberangsangkan seperti dalam Laporan Ketua Audit Negara.“Pakatan rakyat telah buktikan kemampuan nya daripada laporan ketua audit negara. Walaupn dalam tempoh yang singkat satu tahun ketua audit negara telah memberi pujian kepada pentadbiran di bawah Pakatanj Rakyat bahawa pentadbirannya cekap,” katanya.Menurutnya, pujian berkenaan jelas menepis segala tuduahan dan tomahan yang dilempar Barisan Nasional.Haniza berkata bagaimanapun kemampuan Pakatan Rakyat ini sengaja cuba dinafikan Barisan Nasional dengan menggunakan media arus perdana yang dikuasainya untuk memberi gambaran negatif kepada Pakatan Rakyat.

KENAPA WANG EHSAN DAN BUKAN ROYALTI UNTUK KELANTAN? RAKYAT TERENGGANU BOLEHLAH UMNO@BN KENCING..!!! RAKYAT KELANTAN MAHUKAN HAK MEREKA..???



Perdana Menteri Dato Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan bahawa Kerajaan Pusat setuju memberi 'wang ehsan' kepada Kelantan hasil daripada hasil petroleum dari pesisir perairan Kelantan. Perkara itu diumumkan dalam jawapan kepada ahli Parlimen dari Kelantan di Dewan Rakyat. "Pembayaran' itu akan dibuat melalui projek pembangunan dan projek membasmi kemiskinan setelah berbincang dengan kerajaan negeri.Pengumuman ini sekali gus mengesahkan bahawa Kelantan memang layak memperolehi hasil petroleum dari bumi Kelantan.Persoalannya mengapa wang ehsan dan bukan royalti? Wang ehsan bermakna diberi berdasarkan budi bicara dan bila-bila masa boleh ditarik semula. Adakah satu jaminan bahawa pembayaran itu akan dilakukan dengan telus dan adil? Adakah wang ehsan ini mengulangi episod wang ehsan seperti yang berlaku sewaktu Pas memerintah Terangganu? Apa yang berlaku? Kerajaan Pas Terangganu terpaksa mengemis dan terpaksa memfailkan tuntutan dan saman di mahkamah untuk mendapatkan hak wang royalti seperti yang termaktub dalam perjanjian dengan Petronas. Duit yang dinamakan wang ehsan itu diberi kepada 'wakil kerajaan pusat' di Terangganu.Pemberian wang ehsan itu ternyata satu pengkhianatan kepada rakyat Terangganu kerana wang ehsan itu diberi kepada mereka yang tidak berhak dan lebih bertujuan mengayakan kroni dan syarikat-syarikat yang mempunyai kaitan dengan Umno@BN kononnya atas nama pembangunan. Sebaliknya apabila Umno@BN kembali berkuasa di Terangganu status wang ehsan itu boleh berubah semula menjadi royalti.Justeru itu perjuangan menuntut royalti untuk rakyat oleh kerajaan negeri Kelantan perlu diteruskan untuk memastikan hak rakyat Kelantan akan dapat dikembalikan untuk menikmati kemakmuran dan kekayaan ini dapat diagih dan diuruskan secara adil dan telus.

Ahad, 1 November 2009

KEPERITAN PKR ADALAH SEMENTARA DEMI REFORMASI


KEPERITAN SEMENTARA SEBELUM PEMBAHARUAN, AMK KEADILAN BERTERIMA KASIH ATAS TEGURAN DAN HARAPAN TINGGI RAKYAT

Angkatan Muda Keadilan Malaysia berterima kasih kepada semua pihak atas teguran dan tumpuan yang diberi ke atas perselisihan dalaman KEADILAN. Rombakan semula lapisan pimpinan kebelakangan ini sebenarnya merupakan keperitan sementara sepanjang menuju pembaharuan. Ia juga merupakan perjalanan yang akan dilalui oleh setiap parti politik. Harapan tinggi rakyat akan diterima dengan sepenuh hati oleh KEADILAN. Para pengundi yang memberi kepercayaan kepada KEADILAN tidak akan dikecewakan.

AMK juga bersetuju dengan iltizam YAB Menteri Besar Selangor untuk mengambil tindakan atas ADUN Pelabuhan Kelang Badrul Hisham. Sebenarnya, keinginan Badrul Hisham melompat adalah di dalam jangkaan kami. Sering kali KEADILAN meminta beliau memberi kerjasama dan berkhidmat untuk rakyat secara bersungguh-sungguh, tetapi dukacitanya, dia bukan sahaja tidak melaksanakan tanggungjawab dia malah lompat keluar parti KEADILAN dan memihak kepada BN.

AMK menegaskan bahawa kami tidak akan berkompromi dengan pemimpin yang tidak menunjukkan prestasi yang baik dan tidak bertanggungjawab. Ini juga selaras dengan keputusan PAS untuk menyerahkan isu PAS Selangor kepada Jawatankuasa Disiplin parti tersebut. Kita mesti memastikan kestabilan kerajaan Negeri Selangor agar Pakatan Rakyat dapat menumpukan perhatian untuk merealisasikan dasar demokrasi dan memanfaatkan rakyat.

Berkenaan dengan salah faham dan ketidakpuasan hati akibat pertukaran pucuk pimpinan di Sabah, Presiden KEADILAN telah memberi jaminan bahawa beliau akan mengamalkan sikap terbuka dan berbincang dengan pihak-pihak yang terlibat untuk mencapai persetujuan. Oleh yang demikian, adalah diharapkan pimpinan parti dan pihak berkenaan dapat bersatu hati menyelesaikan perselisihan faham supaya dapat memperjuangkan agenda reformasi parti bersama-sama.

Seperti parti politik lain yang baru ditubuhkan, AMK mengakui bahawa KEADILAN masih sebuah parti yang muda. Lebih-lebih lagi, KEADILAN berhadapan dengan tindasan, ugutan dan muslihat BN yang mempunyai sumber kewangan dan jentera negara yang kuat. Kebangkitan KEADILAN sebagai parti yang mampu menggantikan BN juga menjadikannya sasaran utama pihak BN.

Selepas tsunami politik pada 8 Mac, KEADILAN sedang mencuba sedaya-upaya untuk mentransformasikan parti supaya memberi lebih peluang kepada golongan muda. Seperti apa yang dilaporkan dalam ”Off the Edge”, liputan terhadap beberapa tokoh muda KEADILAN yang mempunyai pandangan tersendiri terhadap parti dan negara telah mendapat sambutan baik daripada kalangan masyarakat. Oleh yang demikian, kita jangan mengadakan tanggapan salah terhadap KEADILAN sedangkan yang mereput hanya sebilangan kecil sahaja.


LEE Khai Loon
Ketua Penerangan
Angkatan Muda Keadilan Malaysia

EZAM 'RAJA SESUMPAH' MULA BERKOKOK - DS WAN AZIZAH JADI SASARAN KALI INI



BEGITU lama kita tidak mendengar suara raja sesumpah. Selepas suara beliau tenggelam di Permatang Pauh, Bukit Gantang, Bukit Selambau dan Kuala Terenganu di dalam pilihanraya kecil yang menelanjangkan Umno, suara raja sesumpah berkeramat ini terus tenggelam. Mungkin menyedari ada benarnya setiap kali beliau menjejakkan kakinya ke mana-mana kawasan pilihanraya, pastinya mendatangkan `suwey' (malang/bala) buat Umno. Ada juga betulnya kerana apabila raja sesumpah yang juga dipanggil raja kotak ini tidak melibatkan diri, Umno mampu menang sepertimana di Bagan Pinang.

Baru-baru ini teragak pula beliau untuk bersuara walaupun tiada pilihanraya. Kali ini kerana meraikan sahabat lamanya iaitu Adun Pelabuhan Kelang YB Badrul yang keluar dari PKR dan menyokong Bn. Ahli Bebas tetapi sokong Bn, samalah juga dengan `mazhab' raja katak Ibrahim Pasir Mas. Tetapi, yang buat kita rasa Badrul ini sememangnya wajar keluar dari PKR adalah kerana beliau bukan seorang yang cerdik dalam berpolitik. Cara beliau memberi alasan untuk keluar dari PKR pun jelas menunjukkan Badrul ini kurang cerdik malah setaraf Ketua Umno Cawangan sahaja. Alasannya entah mana satu yang betul, sekejap kata tidak percaya kepada kepimpinan MB Selangor Khalid yang tidak membantunya menguruskan kemajuan di kawasannya. Katanya, peruntukan di Dun nya disekat malah dilantik pula wakil khidmat masyarakat yang lain di kawasannya seolah-olah beliau tidak berfungsi. Lepas itu, dikatakan beliau keluar dari PKR kerana yakin kesalahan moral yang dilakukan oleh DS Anwar. Pulak dah!!

Ezam raja sesumpah pun terikut menjadi bebal seperti Badrul. Dahulunya Ezam ini cerdik kerana bercampur dengan orang cerdik, tetapi kini menjadi sebaliknya. Tiba-tiba sahaja Ezam raja sesumpah menyerang DS Wan Azizah. Kita faham betapa kecewanya raja sesumpah setelah berbuih mulutnya menyerang DS Anwar tidak pernah dilayan oleh Ketua Pembangkang ini, kini beliau beralih arah untuk menyerang pemimpin wanita pula. Dayusnya raja sesumpah. Mungkin itulah lawannya sekarang. Tiada terdaya raja sesumpah untuk menandingi DS Anwar bekas gurunya, kini mencari wanita pula. Jika hujahnya itu benar-benar meyakinkan tidak mengapalah juga, tetapi hujahnya sama seperti hujah Dato' Nalla kawan karibnya. Siapa Ezam yang sudah bergelumang dengan Umno ini hendak bersuara pasal moral? Ezam bukan tidak nampak masih ramai pemimpin Umno yang terbukti melakukan rasuah yang masih memegang kuasa, tetapi Ezam butakan mata sebaliknya menuduh DS Wan Azizah yang tidak pernah mengusiknya itu. Kenapa Ezam tidak bicara pasal KM Melaka yang terbukti terlibat di dalam politik wang itu yang masih menjadi KM? Bagaimana cerita Ketua Pemuda Umno, KJ yang terlibat sama masih memegang jawatan Ketua Pemuda? Jelas, Ezam dibutakan matanya setelah berada dalam kotak Umno.

Untuk bicara soal moral, Ezam langsung tidak bermoral. Berjanji tidak akan sertai mana-mana parti politik termasuk Umno sewaktu beliau memimpin GERAK, kini apa yang Ezam lakukan? Sekejap-sekejap kata DS Anwar perosak perjuangan bangsa. Bila ianya tidak laku, tuduh pula DS Anwar ini atas salah laku moral. Bila ianya tidak laku juga, beralih pula kepada tuduhan kononnya DS Anwar memimpin PKR hanyalah untuk kepentingan DS Wan Azizah dan Azmin. Hujah itu pun masih tidak laku, maka Ezam beralih untuk menyerang DS Wan Azizah. Entah apa asas perjuangan Ezam kita pun tidak tahu. Perjuangan untuk Melayu? Islam dan moral? Rasuah? Jika itulah perjuangan Ezam, beliau silap tempat berada dalam kotak Umno.

Sekarang semua sudah kenal raja sesumpah ini. Beliau sebenarnya kecewa kerana sepanjang beliau berada dalam PKR sebelum itu KeADILan, parti ini tidak membangun seperti sekarang. Beliau keluar dari KeADILan (PKR) dan memasuki GERAK kononnya untuk melawan rasuah, kita ingatkan ramai yang akan menurut jejak langkahnya tetapi berapa orang yang ikut? Akhirnya beliau sendiri keluar dari GERAK dan masuk parti yang masih menyimpan pemimpin rasuah ini. Orang seperti inikah untuk bercakap soal moral? Beliau dan Dato' Nalla tuduh DS Anwar bermacam-macam kemudiannya suruh DS Anwar saman beliau dan Dato' Nalla. Apa dia ingat DS Anwar melatah dan terikut dengan kerja bodoh dia? Kita tahu orang itu mencuri, kita tuduh dia kemudian kita suruh dia saman kita. Bukankah itu kerja bodoh? Mengapa jika kita tahu siapa yang mencuri, ada bukti nyata pula, kenapa kita tidak lapor sahaja?

Saya yakin selepas ini raja sesumpah akan cabar DS Azizah saman dia selepas dia menuduh DS Azizah bermacam-macam. Itulah stail Ezam yang telah ketandusan idea untuk mencari sesuap nasi dalam politik barunya. Saya harap selepas beliau gagal untuk menyerang DS Wan Azizah, beliau jangan putus asa. Cubalah pula untuk menyerang YB Nurul Izzah pula kemudian suruh YB Nurul Izzah saman beliau. Mungkin boleh dibuat cerita tentang seorang `pemuda' yang memanjat tembok untuk memikat Nurul Izzah suatu ketika dahulu. Mungkin Sdr Lokman Noor Adam tersenyum dengan cerita `pemuda panjat tembok' ini. Siapa `pemuda' itu ya?

BADRUL DAN EZAM "RAJA SESUMPAH" TAK MAMPU BURUKKAN DSAI



Selain membaham Khalid, untuk menghalalkan tindakannya itu Badrul Hisham cuba melemparkan telor busuk kepada Anwar Ibrahim. Kononnya dia bertindak begitu kerana meragui moral Anwar Ibrahim. Penangguhan perbicara kes liwat Anwar menjadi punca beliau meragui kepada moral Anwar dan meninggalkan PKR. Betulkah? Sekali lagi ini adalah alasan semata-mata. Hampir semua mereka yang berpatah arang berkerat rotan dengan PKR menjadikan Anwar sebagai penyebabnya. Kononnya moral Anwar menyebabkana mereka terpaksa menukar kiblat dan mengangkat syahadat semula dengan UBN. Bagi saya mereka yang mencari-cari alasan begitu adalah mereka yang lemah dan tidak mempunyai jiwa besar dalam perjuangan, dan tidak pun layak berada dalam parti pembangkang yang semestinya memerlukan orang-orang yang berjiwa besi.

Sejak awal lagi orang-orang ini tidak layak menjadi pemimpin kerana mereka tidak melihat ke sekeliling mereka terlebih dahulu sebelum mereka mengambil biah untuk bersama PKR dan Anwar. Bukankah isu mengenai moral Anwar ini berlaku lama sebelum ini? Butalah mata zahir dan amti hati mereka kalau tidak mendengar kes-kes itu dan memahami konsiprator untuk memburukkan Anwar dengan isu rendah moral itu. Sebelum terjebak dengan kes liwat dengan pembacuh kopi, Anwar sudah diheret ke mahkamah dengan kes yang sama. Malahan bagi setengah orang termasuk kami sendiri mendengar fitnah Anwar seorang homoseks sejak tahun 1991 lagi. Tetapi kenapa mereka ini (Adun yang keluar parti dan mereka yang 'mufarakah' kerana kes itu) bebuat demikian kebelakangan ini saja, setelah PKR mendapat kuasa bersama Pakatan Rakyat? Rahsia ini yang patut disedari semua orang.

Situasi inilah kepada saya mereka itu munafik dan sengaja mahu memburukkan Anwar bagi menghalalkan tindakan mereka. Sepatutnya kalau mereka penakut dan berjiwa kecil mengaku saja tanpa mencari helah dan alasan lain. Cara itu lebih dihormati kerana mereka gentlemen. Sikap menyalahkan orang, seperti pendendang yang tidak tahu menari mengatakan tanah tinggi rendah. Sikap ini adalah sikap munafikun. Baik kepada Badrul Hisham ataupun mereka yang bermasalah hendak melarikan diri daripada PKR boleh keluar begitu saja tanpa mengata mana-mana pihak. Janganlah jadi seperti maling yang jahat lagi biadap sudahlah barang orang disapu hendak tinggalkan rumah di berak pula ditengah balai!

Kalaupun Anwar diburukkan ia tidak memberi bekas apa-apa. Semakin diburukkan semakin itu pula Anwar mendapat simpati. Logiknya mudah sahaja kalau negarawan seperti Dr Mahathir Mohamad gagal untuk menghancurkan Anwar apa tah lagi orang-orang seperti Badrul Hisham, Mohamad Azam Mohd Noor dan mereka yang sejenis dengannya. Dalam Umno terumbang ambing kini kami percaya Umno tidak akan begitu memikir panjang untuk menerima sesiapa saja menyertai mereka termasuk juga mereka yang lemah jiwa moral busuk dan tidak ada kualiti dan sebagainya. Kerana apa kerana Umno benar-benar dalam keadaan terdesak apa pun jenis orang pun parti itu akan memeluknya.

Sabtu, 31 Oktober 2009

KENAPA YB BADRUL JAHIL SANGAT?



"ADUN Pelabuhan Klang, Badrul Hisham Abdullah berkata kes liwat yang membabitkan ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah antara sebab beliau keluar PKR.
Bercakap dalam satu sidang akhbar petang ini, Badrul berkata beliau menjadi lebih syak terhadap Anwar yang menurutnya sengaja melengah-lengahkan perbicaraan dan enggan pula menjelaskan perkara itu kepada ahli-ahli parti. " sumber : http://www.malaysiakini.com/news/116238

Siapa Sebenarnya Yang Melengahkan Perbicaraan?

Usaha pihak pendakwaan (DPP) melengah-lengahkan kes pendakwaan fitnah terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim merupakan tindakan yang zalim. Sewaktu Anwar dituduh di Mahkamah Sesyen di hadapan Hakim Puan Komathy, pihak pembelaan dan Mahkamah telah siap bersedia untuk perbicaraan. Namun pihak pendakwa mengemukakan sijil di bawah S. 418A, bagi memindahkan kes ke Mahkamah Tinggi atas alasan yang remeh. Pihak DPP memberi dalih bodoh, kononnya Anwar adalah seorang yang berprofil tinggi, atas tujuan menjaga keselamatan awam (sedangkan kedua-dua Mahkamah terletak di Kompleks Mahkamah Jalan Duta) serta kes ini melibatkan isu-isu teknikal seperti DNA. Meskipun, yang hendak dijaga hanyalah keselamatan kerajaan Barisan Nasional dan undang-undang tidak pernah memberikan layanan yang berbeza atas dasar profil individu. Tambahan pula, Mahkamah Sesyen lebih berpengalaman dalam mengendalikan hal-hal teknikal.

Misalnya sebahagian besar kes-kes melibatkan jenayah seksual didengar di Mahkamah Sesyen dan bukan di Mahkamah Tinggi. Keputusan DPP untuk memindahkan kes ini datang dari Peguam Negara, Tan Sri Gani Patail, orang yang terlibat dalam konspirasi kes pendakwaan terdahulu. Malah Gani Patail juga berdepan dengan tuduhan jenayah memalsukan keterangan. Hal ini diperakui oleh bekas Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (CID) Polis Kuala Lumpur, Datuk Mat Zain Ibrahim merangkap pegawai penyiasat dalam kes mata lebam Anwar 1998. Gani Patail telah memalsukan keterangan untuk menutup insiden mata lebam Anwar. Cukup jelas tujuan perpindahan mahkamah ini berniat jahat. Sudah tentu Anwar akan mengarahkan peguam-peguam beliau untuk mendapat satu perbicaraan yang lebih adil dan membuat permohonan membatalkan sijil S.418A. Hakim Mahkamah Sesyen, Puan Komathy telah bersetuju dengan hujahan pembelaan ini. Beliau telah membuat perintah mahkamah menolak keabsahan Sijil S.418A . Ini kerana ia ditandatangani oleh Tan Sri Gani Patail, orang yang tidak harus terlibat dalam pendakwaan ini. Tindakan pihak pendakwaan merayu kepada Mahkamah tinggi menunjukkan pihak mereka cuba melengah-lengahkan kes ini. Kemudiannya, Mahkamah Rayuan mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi atas alasan hanya Peguam Negara yang berkuasa menandatangani sijil S.418A .

Anwar dan pasukan peguam beliau terpaksa menerima keputusan dan hadir ke Mahkamah Tinggi. Mahkamah Tinggi telah menetapkan tarikh bicara dan sekali lagi kedua-dua pihak telah bersetuju dengan tarikh-tarikh tersebut. Walaubagaimanapun pihak DPP telah dengan sengaja melengah-lengahkan penyerahan dokumen-dokumen kepada pihak pembelaan. Penyerahan dokumen menjadi wajib dibawah prosedur Kanun Keseksaan. Tetapi pihak DPP hanya menghantar sebahagian dokumen saja. Malah pihak pembelaan telah menulis beberapa kali kepada pihak Pendakwaan untuk menyerahkan kesemua dokumen yang perlu. Namun mereka enggan berbuat demikian. Motif tindakan tidak profesional pihak pendakwaan ini cukup diragui.

Anwar tidak harus duduk diam tanpa jaminan hak beliau untuk mendapatkan satu perbicaraan yang adil dicabar. Justeru menjadi amat wajar, bilamana para peguam Anwar terpaksa memohon kepada Mahkamah untuk tidak menyerahkan kesemua dokumen yang perlu bagi penyediaan pembelaan. Ini adalah tindakan yang waras dilakukan oleh mana-mana tertuduh untuk menjamin keadilannya. Apabila permohonan penyerahan dokumen ditetapkan untuk pendengaran, Peguam Kanan Tuan Haji Sulaiman yang mengetuai pasukan peguam Anwar menarik diri kerana beliau telah jatuh sakit. Beliau dimasukkan ke hospital. Tetapi Hakim tidak membenarkan Anwar menangguhkan kes untuk mendapatkan Peguam Kanan yang baru. Ketua Pendakwaan, Datuk Yusof Zainal Abiden sendiri telah mengesahkan dengan Hospital Kuala Lumpur bahawa Tuan Hj Sulaiman memang sakit. Menuduh Tuan Hj Sulaiman dengan sengaja menarik diri merupakan suatu fitnah yang kejam dan zalim kerana beliau telah dirawat diwad hospital selama 2 minggu! Para peguam dalam pasuan pembelaan tanpa melengahkan masa terpaksa meneruskan permohonan tersebut.

Menjadi kebiasaan, selalunya Mahkamah akan membenarkan penangguhan kepada pembelaan atas sebab yang munasabah seperti Peguam sakit. Anehnya, Anwar mendapat layanan yang berbeza. Hakim Mahkamah Tinggi pula bersetuju dengan hujahan pihak pembelaan dan memerintahkan pihak pendakwa untuk menyerahkan dokumen yang dipohon. Tetapi pihak Pendakwa enggan berbuat demikian. Malah pihak DPP membuat rayuan memohon untuk menggantung keputusan Mahkamah sehingga selesai keputusan di Mahkamah Rayuan. Kini Rayuan bakal didengar pada 23 Oktober 2009. Bahawasanya, pihak pendakwaanlah yang menangguhkan perbicaraan. Keengganan pihak pendakwa menyerahkan dokumen-dokumen kepada pembelaan menunjukkan ada sesuatu perkara yang ditakuti dan ingin disembunyikan. Pihak pendakwaan tidak menyerahkan senarai saksi kepada pihak pembelaan. Walhal, menjadi suatu amalan biasa di dalam mana-mana kes perbicaraan jenayah yang lain.

Anwar Ibrahim tidak harus duduk diam dan menunggu sehingga satu lagi sabitan dibuat terhadap beliau. Pertuduhan ini hanyalah ulang tayang peristiwa dan konspirasi paling jahat ke atas beliau. Di sini mari kita perhatikan individu-individu yang jelas mempunyai motif politik dalam membuat fitnah yang kononnya Anwar melengah-lengah kes ini :-

- Peguam Hasnal Rezua Marican sebenarnya telah memberi pandangan tidak profesional kepada Utusan dengan hasad prasangka keji terhadap Anwar. Hasnal, bekas ketua pemuda Umno Selayang, merupakan seorang ahli UMNO yang setia aktif. Hasnal sendiri pernah meminta penangguhan bagi pihak anakguam-anakguam beliau bagi kes-kes yang diwakili beliau. Beliau juga merupakan peguam bagi Ezam yang telah beberapa kali memohon penangguhan bagi kes-kes perhimpunan haram Ezam dari Mahkamah. Kes-kes tersebut ditangguh selama 10 tahun!

- Tan Sri Abu Zahar Ujang, Presiden Persatuan Peguam Muslim, merangkap Presiden Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (Mubarak) – kedua-dua Persatuan yang pro-UMNO dan anti-Anwar ini tidak memberi pandangan secara waras tapi penuh dengan syak wasangka dan tidak adil. Peliknya Presiden persatuan-persatuan ini tidak pula mempersoalkan kelewatan pertuduhan Qazaf terhadap Saiful di Mahkamah Syariah. Sehingga ke hari ini, ia langsung tidak dipedulikan. Mereka tidak mempercayai proses perundangan Syariah di Malaysia yang membenarkan Anwar membuat aduan fitnah di Mahkamah Syarie. Tan Sri Abu Zahar Ujang juga adalah ahli Lembaga Disiplin UMNO dan merupakan bekas calon UMNO.

- Lokman Noor Adam dan Roslan Kassim, bekas ahli PKR yang membelot daripada perjuangan reformasi. Kedua mereka menghadapi pertuduhan menyertai perhimpunan haram di Mahkamah Majistret. Mereka paling kerap tidak hadir ke Mahkamah tanpa alasan yang munasabah. Malah mereka selalu meminta penangguhan. Mereka tergolong dalam kelompok orang yang pernah keluar UMNO lantas merangkak balik kepada UMNO dan menyalak kerana duit!

- Chandra Muzaffar, seorang yang menyamar menjadi kononnya intelektual, bermuka-muka dan bersifat lalang. Komen-komen beliau hanya menjurus kepada satu tujuan khusus untuk menyerang Anwar, dengan mendapat imbuhan lumayan, seperti kurniaan jawatan pengerusi penaung Yayasan 1 Malaysia.

Akhirnya ulasan Profesor Salleh Buang, seorang pakar perundangan dibuat sembarangan tanpa hati-hati meneliti fakta. Beliau ikut menuduh Anwar membuat helah melengah-lengahkan kes dengan membuat permohonan ala peguam-peguam di Amerika. Undang-undang di Malaysia sendiri membenarkan mana-mana tertuduh membuat pelbagai permohonan untuk menjamin hak beliau. Tidak perlulah merujuk kepada Amerika bagi tujuan ini. Misalan, permohonan mendapatkan dokumen sangat jelas dan termaktub di dalam Kanun Prosedur Jenayah, iaitu Seksyen 5, 51, 51A. Perlembagaan Persekutuan menjamin seseorang tertuduh itu berhak mendapat perbicaraan yang adil. Biarpun tidak ada bukti jolokan (penetrasi) langsung ke dalam dubur Saiful, (dan ini berdasarkan sekurang-kurangnya laporan 4 doktor termasuk 3 dari HKL!) – suatu elemen wajib yang harus wujud untuk mendakwa kesalahan, pihak DPP tetap meneruskan kes ini. Sepatutnya kes ini wajib dibuang saja. Pihak yang dituduh wajib menikmati hak untuk mendapatkan kesemua dokumen bagi penyediaan pembelaan.

Akhbar Utusan sebagai lidah UMNO tambah mengapi-apikan fitnah kononnya Anwar sengaja melengahkan kes pertuduhan. Hakikatnya pertuduhan ini adalah suatu konspirasi jahat untuk memastikan Anwar merengkok semula ke dalam penjara Sungai Buloh. Malah Utusan dalam laporan bertarikh 8 September 2009 memanipulasikan kenyataan Pensyarah Undang-Undang Perlembagaan, Universiti Teknologi Mara (UiTM) Prof. Dr. Shad Saleem Faruqi dan bekas Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Shaik Daud Md. Ismail. Kedua-dua mereka hanya memberi pandangan umum berkenaan proses Mahkamah yang adil sebagaimana termakutub dalam Perlembagaan Persekutuan serta Mahkamah tidak akan menangguh tanpa alasan.

Mereka langsung tidak menyentuh kes Anwar dan tidak memberi apa-apa komen terhadap kes beliau. Kita sedang menyaksikan, sekali lagi peristiwa konspirasi jahat untuk menjatuhkan Anwar yang menjadi ancaman terhadap kerakusan kuasa kerajaan Barisan Nasional!

Rabu, 28 Oktober 2009

SIASAT KHAIRY JAMALUDDIN - DSAI



KUALA LUMPUR - Ketua UMUM Pakatan Rakyat (PR), Datuk Seri Anwar Ibrahim minta diwujudkan satu suruhanjaya bebaas untuk menyiasat kekayaan Ketua Pergerakan Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin termasuk kesemua harta yang hilang secara bebas. DSAI turut menggesa agar siasatan dijalankan terhadap beberapa pemimpin Barisan Nasional (BN) yang memiliki kekayaan melampau.

DSAI sebagai mengulas dakwaan beliau mempunyai simpanan sebanyak RM3 bilion seperti mana didedahkan bekas Penolong Gabenor Bank Negara, Datuk Abdul Murad Khalid beberapa tahun lalu. Sehubungan itu Khairy Jamaluddin meminta polis menyiasat DSAI. Gesaan ini dibuat susulan kenyataan kenalan baik bekas Timbalan Perdana Menteri itu S.Nallakarupan yang mendakwa DSAI mempunyai pelbagai sumber kewangan yang besar seperti mana didakwa Abdul Murad Khalid.

DSAI menjelaskan beliau tidak gentar dengan dakwaan tersebut. Dedahnya, finah itu dibuat sejak 1988 lagi tetapi sehingga sekarang mereka tidak dapat membuktikan keterlibatannya dalam kes tersebut. DSAI juga menolak dakwaan Khairy bahawa beliau memiliki simpanan dalam beberapa 'master accounrs' dan mengakui pernah disiasat oleh Badan Pencegahan Rasuah (BPR) tetapi tidak menemui sebarang bukti.

"Kalau mahu check...checklah. Saya tidak peduli. Sila siasat. Saya tidak takut. Saya juga minta satu suruhanjaya bebas ditubuhkan bagi menyiasat dakwaan beberapa pemimpin BN dan UMNO yang memiliki kekayaan melampau atau akaun luar biasa. Siasan juga perlu dilakukan terhadap Khairy," kata DSAI. DSAI akui sudah 11 tahun dakwaan itu dibuat ke atasnya namun beliau tidak berasa bimbang kerana berada di pihak yang benar. Sebaliknya Khairy yang perlu berasa takut kerana mampu mengumpul kekayaan sehingga beratus-ratus juta. Soalnya di mana Khairy mendapat kekayaan tersebut. Sebelum ini Angkatan Muda Keadilan (AMK) pernah mendakwa Khairy yang juga menyandang jawatan Naib Ketua Pemuda UMNO pada waktu itu meminjam RM9.2 juta untuk membeli saham ECM Libra. Selepas empat bulan Khairy terpaksa menjualnya kerana tidak tahan dengan tekanan dan kritikan yang dilemparkan terutama Tun Dr Mahathir Mohamad pernah mendakwa bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi mengamalkan nepotisme.

Malah ketua AMK Shamsul Iskandar Mohd Akin pernah mencadangkan Perdana Menteri, Abdullah Ahmad Badawi memanggil BPR untuk melakukan siasatan menyeluruh terhadap diri dan menantu beliau agar terbukti bersih daripada amalan rasuah dan salah guna kuasa. Justeru dalam wawancara dengan akhbar Thailand, Bangkok Post, Abdullah mempertahankan menantunya. Antara lain beliau berkata, "Orang tua itu (Dr. Mahathir) telah menabur pasir ke dalam periuk nasi Khairy." Kenyataan ini antara ain merujuk tindakan Dr Mahathir yang menyerang menantunya dalam pelbagai isu termasuk pembelian saham tersebut.

Abdullah juga berkata dalam wawancara itu, "Inilah benda yang amat menyedihkan saya. Khairy Jamaluddin terpaksa menjual kepentingannya dalam bank saudagar ECM Libra. Ini bermakna menjualnya dengan menanggung kerugian. Sekarang dia mempunyai hutang untuk dilunaskan."

Justeru itu, DSAI menggesa agar siasatan secara telus dapat dilakukan terhadap Khairy. Tegasnya bagaimana seorang pemimpin muda seperti Khairy mampu meminjam wang begitu banyak untuk membeli saham-saham ECM Libra.