Khamis, 31 Disember 2009

HUSAM HANTAR SURAT TERBUKA KEPADA MAHATHIR




Untuk Tun Dr. Mahathir,(Surat Terbuka)Tun,Amat malang sekali PM telah menolak cadangan Tun supaya sebuah Suruhanjaya Diraja menyiasat pengurusan kewangan Tun dan Pak Lah dibentuk.Alasan Najib sekadar melepas batuk di tangga. Sapu bawah karpet. Kemudian goyang kaki.Jika Najib seorang PM yang serius melihat pulihnya pengurusan prudent, beliau mesti berbuat sesuatu. Kalau pun enggan menubuhkan Suruhanjaya Diraja.Menteri Kewangan boleh membentangkan Kertas Putih mengenai ke mana wang minyak RM 270 billion telah dibelanjakan. Tun harus menggerakkan cadangan ini. Paling tidak, Parlimen akan mendapat penjelasan melalui Kertas Putih MOF itu.Ia mampu dilakukan oleh Kerajaan dan atas prinsip telus dan berakauntable, tidak ada sebab Najib enggan berbuat demikian.Tentang penggunaan wang RM 270 billion tersebut, memang ada kebenarannya untuk diragui.Senarai ringkas di bawah sedikit sebanyak boleh memberikan gambaran bagaimana wang itu dibazirkan sesuka hati;a. Pembatalan kontrak Landasan Berkembar Rawang-Ipoh.Bayaran ganti rugi kepada DRB-Hicom - RM425milb. Pembatalan kontrak Jambatan Kedua Malaysia-SingapuraBayaran ganti rugi kepada Gerbang Perdana - anggaran awal RM360milc. Bayaran ganti rugi kepada operator lebuhraya RM380milCompensation to be paid to nine highway concessionaires are as follows
1. Ampang-Ulu Kelang Elevated Highway RM28 million,
2. North South Expressway (Central Link) RM18 million,
3. Seremban-Port Dickson Highway RM178 million,
4. Kulim-Butterworth Highway RM10 million,
5. Malaysia-Singapore Second Link RM6 million,
6. Sprint Highway RM34 million,
7. North Klang Valley Expressway RM9 million, and
8. Penang Bridge RM22 million.d. RM 500 juta - pembelian bas baru untuk Rapid KL milik Khazanah. 1,000 bas sedia ada terpaksa disadaie. Kompleks CIQ berharga RM 1 b menjadi gajah putih hasil pembatalan pembinaan Jambatan Kedua."The result is that more than RM1 billion has been wasted building the Customs, Immigration and Quarantine (CIQ) complex (left), foundation works for a new railway station, pilings and preliminary works on the road linking the CIQ to the bridge plus compensation to the contractors because of the cancellation of the projects."f. Kos pembinaan Landasan Berkembar Rawang- Ipoh, mengikut PAC, meningkat RM 1.43 billion dari harga asal. Mengikut laporan lain, ia meningkat dari RM 2.7 pada Julai 2007 kepada RM4.8 billion pada Mei 2008. Peningkatan 77% dalam tempoh 10 bulan!g. Pembatalan insinerator Broga - dianggarkan di antara RM 500 juta hingga RM 700 juta untuk bayaran pampasan dan berkaitan.Angka di atas sahaja dah mencecah RM 5.5 billion!Sebahagian kos ini berlaku kerana sistem runding terus. Sebahagian, untuk menyediakan peluang perniagaan kepada pihak tertentu semata-mata. Sebahagian kerana bayaran ganti rugi semata-mata.Siapa patut disalahkan, tidak disentuh di sini. Namun, bagaimana wang yang sangat besar boleh diselamatkan jika Kerajaan cekap dan berhemat.Saya percaya, Tun mampu mempengaruhi Najib membentangkan Kertas Putih itu pada sidang Parlimen akan datang.Atau, jika Tun ada cadangan lain bagaimana siasatan dan penjelasan terhadap isu ini boleh dilakukan.Terima kasih.Husam Musa(surat ini akan difakskan ke pejabat Tun M pada 31 Disember 2009)

PAKATAN RAKYAT TOLAK CADANGAN PENAMAAN CALON TIGA HARI


Cadangan Suruhanjaya Pilihan Raya memanjangkan proses penamaan calon dari satu hari kepada tiga hari disifatkan sebagai tidak munasabah dan membuang masa.
Naib Presiden Pas Salehuddin Ayob menggesa SPR untuk tidak menghabiskan sumber meminda Penjalanan Pilihanraya 1981 bagi tujuan tersebut, sebaliknya merencana usaha memastikan keamanan sepanjang proses pilihanraya.
Jelasnya, Pakatan Rakyat menggesa satu peraturan khusus dirangka berhubung penyediaan tempat perhimpunan para penyokong calon pada hari penamaan.
“Mengarut dan tidak masuk akal kerana tidak pernah berlaku sebelum ini kejadian-kejadian hingga menyebabkan ketegangan di antara kedua-dua parti. Tetapi yang berlaku hanyalah perlu ada satu peraturan untuk memberikan tempat yang sesuai untuk penyokong-penyokong parti politik berhimpun pada hari penamaan calon. Bukan sampai tiga hari kerana ini hanya akan membuang masa, mengarut dan tidak masuk akal," katanya.
Pemimpin Pas itu mendesak SPR supaya melihat semula tuntutan Gabungan Pilihanraya Adil dan Bersih supaya undi pos dihapuskan, memperkenalkan dakwat khas, ketelusan perbelanjaan pilihanraya, kebebasan bersuara dan penyalahgunaan jentera kerajaan.
“Sebenarnya tidak ada perkara yang kecoh di Malaysia. Yang penting adalah tempat yang sesuai untuk berhimpun, demokrasi disuburkan, berikan hak yang sama, kemudian kawalan di peringkat keselamatan ditingkatkan. Itu akan dapat membendung kejadian-kejadian yang tidak diingini," katanya. - FANSURINA ABDULLAH

Rabu, 30 Disember 2009

ZAMBRY DITAHAN DI SAN FRANSCISCO



Amerika Syarikat menghalang Menteri Besar Barisan Nasional Perak, Zambry Abd Kadir daripada memasuki Amerika negara itu kerana namanya tercatat dalam senarai pengganas yang dikenalpasti oleh negara tersebut.Memetik laporan akhbar rasmi PKR, Suarat Keadilan, Zamry berlepas ke San Francisco 9 Disember lalu atas misi perdagangan dan pelaburan anjuran Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA).
Menurut sumber yang rapat dengan pejabat Menteri Besar Perak, sampai sahaja di Lapangan Terbang Antarabangsa San Francisco pihak imigresen menahan Zambry dari memasuki negara itu apabila nama beliau tersenarai dalam pangkalan data pengganas. Sumber tersebut memberitahu Suara Keadilan keadaan itu menimbulkan kecurigaan pada pihak keselamatan dan Zambry gagal meleraikan syak wasangka pegawai AS berkenaan.Zambry tidak ada pilihan kecuali menaiki pesawat untuk pulang ke Malaysia.
"Beliau sepatutnya mengetuai delegasi Perak untuk mempromosi peluang pelaburan dan perdagangan tetapi diarah pulang dan tidak ada perwakilan Perak untuk misi itu," kata sumber.Misi perdagangan dan pelaburan ke Amerika Syarikat anjuran MIDA berlangsung dari 7 hingga 12 Disember di San Francisco dan Los Angeles.Ketika dihubungi Penolong Pengarah Kanan MIDA (FDI Amerika), Norhizam Ibrahim berkata pihaknya hanya diberitahu Zambry ada komitmen lain dan tidak dapat menghadiri misi berkenaan.

Selasa, 29 Disember 2009

KES MAHKAMAH 2009 DISELAPUTI KONTROVERSI


Kes-kes mahkamah melibatkan jawatan menteri besar Perak, tuduhan liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim dan inkues Teoh Beng Hock adalah di antara beberapa kes tahun 2009 yang menjadi tajuk utama dan diselaputi kontroversi.
Kes kontroversi pertama yang menjadi tajuk utama di dada-dada akhbar untuk sekian lama ialah apabila tiga anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Pakatan Rakyat di negeri Perak, Mohd Osman Mohd Jailu (Changkat Jering), Jamaluddin Othman (Behrang), Hee Yit Foong (Jelapang) meletak jawatan dan mengisytihar sebagai Adun Bebas yang pro Barisan Nasional (BN).
Apabila BN mendakwa memperoleh majoriti dalam Dun Perak, Sultan Perak Sultan Azlan Shah melantik Datuk Seri Zambry Abdul Kadir sebagai menteri besar yang baru, menggantikan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin.
Tanpa membuang masa, Nizar membawa kes rampasan kuasa BN di negeri itu ke mahkamah dan menamakan Zambry, menteri besar lantikan BN itu sebagai defendan. Nizar memfailkan kesnya di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur seawal bulan Februari untuk mendapatkan pengiktirafan beliau adalah menteri besar Perak yang sah dan memohon injunksi supaya Zambry dan agen-agennya ditegah dari menjalankan tugas sebagai menteri besar.
Hakim mahkamah tinggi, Abdul Aziz pada 11 Mei lalu mengisytiharkan Nizar adalah menteri besar yang sah dan kemudian keputusan ini telah dibatalkan oleh panel tiga hakim Mahkamah Rayuan pada keesokan harinya, dalam tempuh beberapa jam sahaja, waktupaling singkat dalam sejarah kehakiman negara.
Nizar memfailkan rayuan di Mahkamah Persekutuan Putrajaya dan kes ini akan melangkah ke tahun 2010. Sementara itu, Zambry bebas bergerak seolah-olah beliau adalah menteri besar yang sah walaupun kes mahkamah belum selesai.
Kes tuduhan liwat terhadap Ketua Umum Keadilan Anwar ke atas bekas pembantunya, Saiful Bukhari Mohd Azlan masih belum berakhir dan menjadi satu lagi kes yang penuh kontroversi.
Tiada bukti tusukan ke dalam dubur Saiful, hujah para peguam Anwar berdasarkan laporan pakar-pakar perubatan dari Hospital Kuala Lumpur dan Hospital Pusrawi. Anwar memfailkan kes Qazaf terhadap Saiful dan kes bersambung pada 5 Januari ini.
Kes Qazaf memerlukan empat orang saksi yang adil yang menyaksikan kejadian itu berlaku dan pihak yang menuduh boleh dikenakan sebatan mengikut undang-undang syariah jika gagal membawa saksi.
Dalam satu wawancara khas, Pengerusi Kesatuan Ulama’ Sedunia Sheikh Dr Yusuf Abdullah Al Qaradawi berkata beliau yakin Anwar tidak bersalah dan menjadi mangsa fitnah.
Sementara itu, kes saman fitnah RM100 juta Anwar terhadap mantan perdana menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad kerana menggelarnya homoseksual masih tertangguh kerana Answar memfailkan afidavitnya dalam bahasa Inggeris.
Mahkamah Persekutuan Putrajaya menetapkan 1 Mac depan untuk mendengar rayuannya bagi mencabar keputusan Mahkamah Rayuan itu.
Turut menjadi topik utama ialah kes setiausaha politik Teoh Beng Hock yang ditemui mati di Tingkat Lima, Plaza Masalam, Shah Alam, Selangor pada 16 Julai lalu setelah di soal siasat semalaman oleh para pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Cara kematian Teoh dianggap kontroversi sehingga kuburnya terpaksa di gali semula. Kerajaan negeri Selangor mendapatkan pakar pathologis dunia dari Thailand Dr Porntip Rosasunand, yang yakin 80% beliau dibunuh.
Keputusan mahkamah yang dianggap kontroversial ialah apabila Mahkamah Rayuan membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi bahawa saksi-saksi hanya boleh disiasat pada waktu pejabat. Kini SPRM boleh menyiasat tanpa mengira waktu dan timbul kebimbangan tragedi yang menimpa Teoh akan menimpa orang lain.
Imej SPRM juga tercalar ekoran kegagalan badan itu mensabitkan beberapa nama besar, bekas Menteri Kemajuan Tanah dan Pembangunan Koperasi, Tan Sri Kasitah Gaddam; bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Perdagangan, Datuk Ramli Yusoff dan Ketua Pengarah Tourism Malaysia, Datuk Mirza Mohammad Taiyab bagi kesalahan rasuah.
Badan itu bagaimanapun telah memperoleh kebenaran Mahkamah Tinggi untuk merayu terhadap pembebasan Mirza yang kembali memegang jawatannya itu selepas perbicaraan itu.
Dalam skandal PKFZ, bekas Pengurus Besar Lembaga Pelabuhan Klang (LPK) Datin Paduka O C Phang dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Klang terhadap tiga pertuduhan pecah amanah berjumlah RM254.85 juta.
Sementara Ketua Pegawai Operasi Kuala Dimensi Sdn Bhd (KDSB), Stephen Abok dan Bernard Tan dari BTA Architect, didakwa dengan dua tuduhan menipu LPK melibatkan RM4.8 juta dan RM1.3 juta.
Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail berkata lebih ramai lagi akan dibawa ke muka pengadilan tetapi sehingga berita ini ditulis tiada nama-nama besar yang didakwa walau pun Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara menamakan seorang bekas menteri harusdisiasat.
Setakat ini, LPK telah memfailkan saman RM920 juta terhadap KDSB untuk mendapatkan semula sebahagian dari kerugiannya itu.
Manakala Presiden MCA dan Menteri Pengangkutan Datuk Seri Ong Tee Keat memfailkan saman fitnah RM500 juta terhadap Ketua Pegawai Eksekutif KDSB Datuk Seri Tiong King Sing, yang juga anggota Parlimen Bintulu.Kes orang keempat yang ditahan, bekas kakitangan KDSB, Law Jenn Dong, yang didakwa bersama Tan atas sembilan tuduhan menipu LPK untuk pembayaran sebanyak RM46.1 juta. Kes Law akan didengar pada 4 Januari ini.

ENJIN F-5E: KERAJAAN UMNO/BN DALAM KETAKUTAN




Kes kehilangan enjin jet F-5E baru-baru ini telah menjadikan banyak pihak tertanya-tanya: mengapa beriya-iya benar Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak menyatakan tidak akan ada "cover-up" terhadap siasatan kes berkenaan.
Ini ikuti pula dengan kenyataan Peguam Negara, Abdul Gani Patail bahawa beliau memberi jaminan pejabat beliau akan berusaha habis-habisan bagi menyelesaikan kes itu.
"Ini perkara serius. Setahu saya, ia melibatkan dua enjin dan apa yang lebih teruk lagi ialah kehilangan itu hanya diketahui kira-kira setahun kemudian. Saya mahu siasatan penuh dibuat. Saya berpendapat orang ramai berhak mengetahuinya," kata beliau.
Uniknya, dengan usaha yang dilihat masih untuk melindungi pihak tertentu, Menteri Pertahanan, Zahid Hamidi menyatakan tiada pegawai kanan terlibat dalam kejadian kehilangan dua buah enjin pesawat tempur F-5E milik TUDM). Sebaliknya beliau menjelaskan, hanya Pegawai Lain-Lain Pangkat (LLP) yang didapati terlibat."Setakat ini yang kita tahu hanya Pegawai LLP terlibat, maknanya pangkat sarjan ke bawah, dalam siasatan tidak ada pegawai kanan yang terlibat", katanya.
Pihak Amerika Syarikat telah meminta Malaysia menyediakan laporan lengkap kehilangan dua enjin pesawat tempur, F-5E, milik TUDM dua tahun lalu.Difahamkan, permintaan dibuat atas kapasiti AS sebagai negara pengeluar pesawat dan mahu menggunakan laporan itu untuk siasatan kerana membabitkan isu keselamatan.Pada Jun dan November 2007, dua enjin pesawat F-5E yang berpangkalan di Skuadron 12 Scorpion Butterworth, Pulau Pinang dilaporkan hilang ketika proses penyenggaraan rutin.
Kecurian itu dipercayai didalangi orang dalam syarikat penyenggaraan pesawat dan skuadron tersebut.Kehilangan enjin pertama dilaporkan di Gudang Material Udara I, Sungai Besi manakala enjin kedua sebaik sahaja meninggalkan pangkalannya di Butterworth untuk ke ibu negara.Ia dipercayai dijual sebagai komponen alat ganti kepada sindiket antarabangsa di luar negara.Bagaimanapun, kehilangan kedua-dua enjin bernilai RM100 juta itu hanya disedari setahun kemudian sebelum laporan dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah Brickfields pada 4 Ogos 2008.Jika Malaysia gagal untuk menyediakan laporan lengkap terhadap kehilangan jet enjin tersebut sepertimana yang diminta oleh pihak berkuasa Amerika, Malaysia akan menjadi negara yang diperhatikan.Maka itu Najib, Gani Patail dan Zahid kini terpaksa seorang demi seorang keluarkan kenyataan tentang komitmen kerajaan membongkar kes itu, bukan untuk rakyat Malaysia mendengarnya, tetapi untuk AS!Ada petunjuk Kerajaan Malaysia dalam ketakutan di dalam hal ini.

CONTOH WANITA YANG DIPUJI DAN DIHINA OLEH ISLAM

Sejarah telah mencatat beberapa nama wanita terpandang yang di antara mereka ada yang dimuliakan Allah dengan surga, dan di antara mereka ada pula yang dihinakan Allah dengan neraka. Karena keterbatasan tempat, tidak semua figur bisa dihadirkan saat ini, namun mudah-mudahan apa yang sedikit ini bisa menjadi ibrah (pelajaran) bagi kita.
Wanita Yang Beriman
-----------------------
Sabda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam :“Seutama-utama wanita ahli surga adalah Khadijah binti Khuwailid, Fathimah binti Muhammad, Maryam binti Imran dan Asiyah binti Muzahim.” (HR. Ahmad)
1. Khadijah binti Khuwailid
----------------------------
Dia tumbuh dalam lingkungan keluarga yang terhormat sehingga mendapat tempaan akhlak yang mulia, sifat yang tegas, penalaran yang tinggi, dan mampu menghindari hal-hal yang tidak terpuji sehingga kaumnya pada masa jahiliyah menyebutnya dengan ath thahirah (wanita yang suci).
Dia merupakan orang pertama yang menyambut seruan iman yang dibawa Muhammad tanpa banyak membantah dan berdebat, bahkan ia tetap membenarkan, menghibur, dan membela Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam di saat semua orang mendustakan dan mengucilkan beliau. Khadijah telah mengorbankan seluruh hidupnya, jiwa dan hartanya untuk kepentingan dakwah di jalan Allah. Ia rela melepaskan kedudukannya yang terhormat di kalangan bangsanya dan ikut merasakan embargo yang dikenakan pada keluarganya.
Pribadinya yang tenang membuatnya tidak tergesa-gesa dalam mengambil keputusan mengikuti kebanyakan pendapat penduduk negerinya yang menganggap Muhammad sebagai orang yang telah merusak tatanan dan tradisi luhur bangsanya. Karena keteguhan hati dan keistiqomahannya dalam beriman inilah Allah berkenan menitip salamNya lewat Jibril untuk Khadijah dan menyiapkan sebuah rumah baginya di surga.
Tersebut dalam sebuah hadits dari Abu Hurairah, ia berkata:Jibril datang kepada Nabi kemudian berkata: Wahai Rasulullah, ini Khadijah datang membawa bejana berisi lauk pauk, makanan dan minuman. Maka jika ia telah tiba, sampaikan salam untuknya dari Rabbnya dan dari aku, dan sampaikan kabar gembira untuknya dengan sebuah rumah dari mutiara di surga, tidak ada keributan di dalamnya dan tidak pula ada kepayahan.” (HR. Al-Bukhari).
Besarnya keimanan Khadijah pada risalah nubuwah, dan kemuliaan akhlaknya sangat membekas di hati Rasulullah sehingga beliau selalu menyebut-nyebut kebaikannya walaupun Khadijah telah wafat. Diriwayatkan dari Aisyah, beliau berkata: “Rasulullah hampir tidak pernah keluar dari rumah sehingga beliau menyebut-nyebut kebaikan tentang Khadijah dan memuji-mujinya setiap hari sehingga aku menjadi cemburu maka aku berkata: Bukankah ia seorang wanita tua yang Allah telah meng-gantikannya dengan yang lebih baik untuk engkau? Maka beliau marah sampai berkerut dahinya kemudian bersabda: Tidak! Demi Allah, Allah tidak memberiku ganti yang lebih baik darinya. Sungguh ia telah beriman di saat manusia mendustakanku, dan menolongku dengan harta di saat manusia menjauhiku, dan dengannya Allah mengaruniakan anak padaku dan tidak dengan wanita (istri) yang lain. Aisyah berkata: Maka aku berjanji untuk tidak menjelek-jelekkanny a selama-lamanya.
2.Fatimah
-----------
Dia adalah belahan jiwa Rasulullah, putri wanita terpandang dan mantap agamanya, istri dari laki-laki ahli surga yaitu Ali bin Abi Thalib.Dalam shahih Muslim menurut syarah An Nawawi Nabi bersabda: “Fathimah merupakan belahan diriku. Siapa yang menyakitinya, berarti menyakitiku.”Dia rela hidup dalam kefakiran untuk mengecap manisnya iman bersama ayah dan suami tercinta. Dia korbankan segala apa yang dia miliki demi membantu menegakkan agama suami.Fathimah adalah wanita yang penyabar, taat beragama, baik perangainya, cepat puas dan suka bersyukur.
3. Maryam binti Imran
------------------------
Beliau merupakan figur wanita yang menjaga kehormatan dirinya dan taat beribadah kepada Rabbnya. Beliau rela mengorbankan masa remajanya untuk bermunajat mendekatkan diri pada Allah, sehingga Dia memberinya hadiah istimewa berupa kelahiran seorang Nabi dari rahimnya tanpa bapak.
4. Asiyah binti Muzahim
-------------------------
Beliau adalah istri dari seorang penguasa yang lalim yaitu Fir’aun laknatullah ‘alaih. Akibat dari keimanan Asiyah kepada kerasulan Musa, ia harus rela menerima siksaan pedih dari suaminya. Betapapun besar kecintaan dan kepatuhannya pada suami ternyata di hatinya masih tersedia tempat tertinggi yang ia isi dengan cinta pada Allah dan RasulNya. Surga menjadi tujuan akhirnya sehingga kesulitan dan kepedihan yang ia rasakan di dunia sebagai akibat meninggalkan kemewahan hidup, budaya dan tradisi leluhur yang menyelisihi syariat Allah ia telan begitu saja bak pil kina demi kesenangan abadi. Akhirnya Asiyah meninggal dalam keadaan tersenyum dalam siksaan pengikut Fir’aun.
Dari Abu Hurairah, Nabi Shallallahu alaihi wasalam berkata:“Fir’aun memukulkan kedua tangan dan kakinya (Asiyah) dalam keadaan terikat. Maka ketika mereka (Fir’aun dan pengikutnya) meninggalkan Asiyah, malaikat menaunginya lalu ia berkata: Ya Rabb bangunkan sebuah rumah bagiku di sisimu dalam surga. Maka Allah perlihatkan rumah yang telah disediakan untuknya di surga sebelum meninggal.
"Wanita yang durhaka"
------------------------
1. Istri Nabi Nuh
2. Istri Nabi Luth
Mereka merupakan figur dua orang istri dari para kekasih Allah yang tidak sempat merasakan manisnya iman. Hatinya lebih condong kepada apa yang diikuti oleh orang banyak daripada kebenaran yang dibawa oleh suaminya. Mereka justru membela kepentingan kaumnya karena tidak ingin dimusuhi dan dibenci oleh orang-orang yang selama ini mencintai dan menghormati dirinya. Maka kesenangan sesaat ini Allah gantikan dengan kebinasaan yang didapat bersama kaumnya. Istri Nabi Nuh ikut tenggelam oleh banjir besar bersama kaumnya yang menyekutukan Allah dengan menyembah patung-patung orang shalih, sedangkan istri Nabi Luth ditelan bumi karena adzab Allah atas kaumnya yang melakukan liwath (homoseksual) .
Semua cerita ini telah Allah rangkum dalam sebuah firmanNya yang indah dalam surat At-Tahrim ayat 10-12, yang artinya: “Allah membuat istri Nuh dan istri Luth perumpamaan bagi orang-orang kafir. Keduanya berada di bawah pengawasan dua orang hamba yang shalih di antara hamba-hamba Kami, lalu kedua istri itu berkhianat kepada kedua suaminya, maka kedua suaminya itu tiada dapat membantu mereka sedikitpun dari (siksa) Allah: dan dikatakan (kepada keduanya) : Masuklah ke neraka bersama orang-orang yang masuk (neraka). Dan Allah membuat istri Fir’aun perumpamaan bagi orang-orang yang beriman, ketika ia berkata: Ya Tuhanku, bangunlah untukku sebuah rumah di sisimu dalam Surga. Dan selamatkanlah aku dari Fir’aun dan perbuatannya, dan selamatkanlah aku dari kaum yang dhalim. Dan Maryam puteri Imran yang memelihara kehor-matannya, maka Kami tiupkan ke dalam rahimnya sebagian dari roh (ciptaan) Kami, dan dia membenarkan kalimat-kalimat Tuhannya dan kitab-kitabnya dan adalah dia termasuk orang-orang yang taat.
”Semoga kisah para wanita ini bisa menjadi pelajaran bagi para wanita zaman ini untuk berkaca diri, kira-kira saya termasuk golongan yang mana? Apakah golongan yang dicintai Allah atau yang dimurkaiNya?
Bagi wanita yang belum berumah tangga, saat ini merupakan kesempatan besar baginya untuk memperbanyak amalan shalih dan mendekatkan diri pada Allah, bukannya justru menghabiskan masa mudanya dengan hura-hura dan kegiatan lain yang tidak bermanfaat. Dan bagi mereka yang sudah berumah tangga, selain menjaga keistiqomahannya dalam berIslam dia juga diberi beban tambahan oleh Allah untuk membantu suami menjalankan agamanya. Istri yang demikian meru-pakan harta yang paling berharga.
Dari kisah mereka, kita juga bisa mengambil pelajaran bahwa dalam keadaan bagaimanapun, hendaknya ketundukan kepada syariat Allah dan RasulNya harus tetap di atas segala-galanya. Asalkan berada di atas kebenaran, kita tidak perlu takut dibenci oleh masyrakat, sahabat, maupun orang yang paling istimewa di hati kita. Justru kewajiban kita adalah menunjukkan yang benar kepada mereka. Dengan begitu kita akan mendapatkan cinta sejati .. cinta Allah Rabbul ‘alamin.Mudah-mudahan kita selalu diberi keistiqomahan untuk menapaki dan mengamalkan syariat yang haq (benar) walaupun kita seorang diri. Amin.
Maraji’:
-----------
1. Ahkamun Nisa’, Ibnul Jauzi.
2. Fathul Bari, Ibnu Hajar Al-Atsqalani.
3. Tuhfatul Ahwadzi, Al Mubarakfuri.
4. Wanita-wanita Shalihat Dalam Lintas Sejarah Islam, Muhyidin Abdul Hamid.

Jumaat, 25 Disember 2009

ENJIN JET TUDM HILANG MUNGKIN EMPAT?


PETALING JAYA, Dis 25 — Jumlah enjin jet pejuang milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang hilang setakat ini hanya dua ataupun lebih daripada itu?

Kekhuatiran ini ditimbulkan oleh Ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) dengan mengambil kira beberapa perkembangan semasa.
"Mula-mula kata satu, kemudian dua... jadi apakah benar apa yang saya dengar kemungkinan yang hilang sebenarnya empat enjin?" kata beliau.

Azan mendakwa maklumat awal yang diterima menunjukkan kemungkinan jumlah enjin yang hilang, yang bilangannya hanya dua setakat ini, kemungkinan sudah sampai empat.
"Saya difahamkan kemungkinan empat enjin yang hilang, bukannya dua. Tetapi saya belum menerima bukti yang kukuh... berdasarkan maklumt diterima oleh saya, mungkin empat enjin sudah hilang.

"Saya berharap pihak berkuasa dapat memberikan laporan lengkap kepada umum mengenai isu ini... menjelaskan kepada umum keadaan sebenar," kata beliau kepada The Malaysian Insider.
Selain pendirian Jabatan Peguam Negara yang meminta agar polis menjalankan siasatan rapi, kata Azan, beliau mengesyaki perkara itu kerana Laporan Audit 2008 tidak menyertakan bahagian yang membabitkan Kementerian Pertahanan.

"Jadi timbul persoalan, sama ada Jabatan Audit Negara adalah membuat audit berkaitan dengan pengurusan Kementerian Pertahanan buat tahun 2008 dan jika ada, apakah ia ada mengenal pasti masalah besar sehingga bahagian berkaitan Kementerian Pertahanan tidak dimasukkan.
"Ataupun sememangnya Jabatan Audit Negara tidak membuat audit langsung mengenai Kementerian Pertahanan. Laporan 2007 ada memasukan Kementerian Pertahanan, yang antara lain menyentuh soal program latihan khidmat negara tetapi tahun 2008 tiada," kata Azan yang juga Timbalan Pengerusi PKR Pahang.

Semalam, Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan berkata siasatan polis berhubung kes kehilangan dua enjin pesawat pemintas F-5E milik TUDM kini tertumpu kepada bagaimana ia dibawa keluar merentasi sempadan negara.
Kata beliau pihaknya dalam proses mengumpul dokumen-dokumen penting bagi menyiasat perkara tersebut.

"Peguam Negara (Tan Sri Abdul Gani Patail) yang minta kita membuat siasatan ini (bagaimana enjin itu boleh ke luar negara). Jadi kita dalam proses untuk mendapatkan dokumen-dokumen penting," katanya. Salah sebuah enjin jet pesawat supersonik yang dicuri dua tahun lalu itu didakwa 'ditemui' di Argentina.

Menurut laporan akhbar, enjin turbo jet General Electric J85-21A tersebut untuk kegunaan pesawat F-5E Tiger 11 satu tempat duduk dan RF-5E Tigereye telah dibawa keluar menerusi Pelabuhan Klang ke sebuah negara ketiga sebelum ia tiba ke destinasi akhir iaitu di Argentina.
Awal minggu ini, Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata selain dua buah enjin pesawat tempur F-5E yang dilaporkan hilang, peralatan lain yang berkaitan turut lesap

PELAJAR CEMERLANG DIRASUAH AHMAD SAID



"Dari semua bantuan dan sumbangan yang kerajaan buat ini, saya tidak minta perkara besar dari tuan-tuan, hanya ada satu permintaan kecil sahaja iaitu bagilah undi tuan puan untuk BN dalam pilihan raya akan datang."


Ungkapan di atas dikeluarkan oleh Menteri Besar Terengganu, Datuk Ahmad Said di Dewan Besar, Wisma Darul Iman semalam.

Ia dibuat di hadapan ibu bapa dan para pelajar seluruh Terengganu yang menerima hadiah kecemerlangan Pelajar Yayasan Terengganu.

Inilah kemuncak bagi 'segala kerja baik' dari kerajaan negeri kepada rakyat iaitu 'satu undi untuk BN'. Namun kali ini ia tidak diminta secara 'berlapik' lagi tetapi secara terus terang.

Seorang bapa kepada seorang pelajar yang menerima hadiah itu terkejut besar dengan ungkapan itu.

Ini kerana, sepanjang kerier beliau sebagai seorang pegawai kerajaan negeri tidak pernah Menteri Besar sebelum ini mengeluarkan ungkapan seterang itu.

"Kalau dia nak minta kita sokong BN pun, dia berlapik sikit...berkias-kias...tetapi MB yang ini terus kepada undilah BN," kata beliau kepada Harakahdaily.

Melalui program ini, Yayasan Terengganu telah membelanjakan lebih RM10 juta untuk memberikan hadiah kepada pelajar cemerlang ini yang bermula sejak tahun 1980 lagi.

Tahun ini, 6,740 pelajar menerima sumbangan ini yang melibatkan peruntukan sebanyak hampir RM1 juta.

Kerajaan negeri tidak meminta perkara besar dari semua sumbangan yang sangat banyak ini cuma 'satu undi untuk BN' bagi setiap rakyatnya yang layak mengundi sahaja.

"Kalau begitu, ini rasuahlah," kata bapa kepada pelajar berkenaan.

Rabu, 23 Disember 2009

NEGARA DALAM BAHAYA



Rakyat sekali lagi dikejutkan oleh satu pendedahan yang memalukan negara apabila Menteri Pertahanan Dato' Zahid Hamidi memberitahu bahawa enjin jet pejuang F-5E bernilai RM 50 juta hilang dan beberapa barangan lain turut lesap .Tidak adalah tempat yang paling selamat di dalam negara kita melainkan kawasan dibawah kawalan Kementerian Pertahanan .Malangnya kementerian ini juga gagal mempertahankan enjin jet pejuangnya , maka apa lagi sandaran keselamatan negara dan rakyat di dalam negara ini ?

3. Memalukan ! inilah sahaja kalimah yang boleh saya lafazkan sewaktu pertama kali ditanya mengenai kehilangan enjin jet pejuang negara pada tahun 2007 yang kini hangat diperkatakan . Sungguh ini memalukan negara justeru menunjukkan sistem kawalan keselamatan negara terlalu rapuh . Apa lah yang boleh diharapkan pada pertahanan negara dan para pejuangnya untuk melindungi keselamatan negara dan rakyat jika enjin jet pejuang mereka boleh hilang dan lesap .

4. Tahun 2007 ini juga mengingatkan saya bagaimana kenyataan Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan bahawa terdapat ahli politik kanan menerima rasuah RM 5 juta untuk membebaskan penjenayah yang sangat dikehendaki kerana terlibat dalam pelbagai aktiviti jenayah seperti pelacuran , gengster , ah long dan lain - lain .


5. Persidangan Dewan Negara pernah diberitahu [ pada tahun 2007 ] terdapat tiga kumpulan gengster utama yang telah dikenal pasti wujud di negara ini sejak 2005 dengan jumlah anggota mencecah 17,000 orang. Timbalan Menteri Keselamatan Dalam Negeri Datuk Mohd Johari Baharum berkata kumpulan gengster Ang Bin Hoey mempunyai 122 kumpulan dengan 11,764 anggota, kumpulan Wah Kee mengetuai 40 kumpulan dengan 1,991 anggota manakala Thug Gang mempunyai 123 kumpulan dengan 3,497 anggota.

6. Pada 12 ogos 2007 melalui ruangan tetap Tun Hanif Omar [ bekas ketua polis negara ] mendedahkan di akhbar The Star bahawa terdapat 40% daripada anggota polis terlibat dengan rasuah .

7. Sementara pada 14 February 2004 , Datuk Seri Rais Yatim juga pernah mendedahkan bagaimana 18 kes rasuah yang melibatkan high profile sedang diperingkat akhir siasatan tetapi malang sehingga kini tidak lagi kedengaran sebarang tindakan diambil .

8. Ahli Parlimen Kapar S Manikavasagam pernah seketika dulu membuat laporan kepada BPR [ kini SPRM ] apabila laman web seorang yang dituduh penjenayah, Michael Soosai yang seketika dulu dipercayai bersembunyi di India , mendedahkan kegiatan sembilan anggota polis yang terlibat secara langsung dengan rasuah.

9. Baru - baru ni kita dikejutkan dengan berita bumbung stadium Sultan Mizan runtuh di Terengganu , kemudian jambatan gantung di Dipang juga runtuh dan mengakibat hilang nyawa beberapa orang pelajar sekolah yang menggunakan jambatan tersebut . Terbaru hentian bas di Kuala Berang juga dilaporkan runtuh . Saya percaya semuanya ini adalah bermula dan berpunca dari amalan rasuah yang membarah .

10. Indeks rasuah negara di peringkat antarabangsa kini di angka 52 . Angka yang sangat memalukan dan jauh ketinggalan dari negara jiran kita Singapore . Lebih malang , tiada usaha yang serius dan berkesan dari kerajaan UMNO dan BN untuk menangani isu rasuah ini malah mereka kelihatan selesa dengan wabak rasuah yang kian menular ini . Akibatnya , keselamatan negara dan rakyat kini terancam dan berada di dalam keadaan bahaya