Kes-kes mahkamah melibatkan jawatan menteri besar Perak, tuduhan liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim dan inkues Teoh Beng Hock adalah di antara beberapa kes tahun 2009 yang menjadi tajuk utama dan diselaputi kontroversi.
Kes kontroversi pertama yang menjadi tajuk utama di dada-dada akhbar untuk sekian lama ialah apabila tiga anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Pakatan Rakyat di negeri Perak, Mohd Osman Mohd Jailu (Changkat Jering), Jamaluddin Othman (Behrang), Hee Yit Foong (Jelapang) meletak jawatan dan mengisytihar sebagai Adun Bebas yang pro Barisan Nasional (BN).
Apabila BN mendakwa memperoleh majoriti dalam Dun Perak, Sultan Perak Sultan Azlan Shah melantik Datuk Seri Zambry Abdul Kadir sebagai menteri besar yang baru, menggantikan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin.
Tanpa membuang masa, Nizar membawa kes rampasan kuasa BN di negeri itu ke mahkamah dan menamakan Zambry, menteri besar lantikan BN itu sebagai defendan. Nizar memfailkan kesnya di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur seawal bulan Februari untuk mendapatkan pengiktirafan beliau adalah menteri besar Perak yang sah dan memohon injunksi supaya Zambry dan agen-agennya ditegah dari menjalankan tugas sebagai menteri besar.
Hakim mahkamah tinggi, Abdul Aziz pada 11 Mei lalu mengisytiharkan Nizar adalah menteri besar yang sah dan kemudian keputusan ini telah dibatalkan oleh panel tiga hakim Mahkamah Rayuan pada keesokan harinya, dalam tempuh beberapa jam sahaja, waktupaling singkat dalam sejarah kehakiman negara.
Nizar memfailkan rayuan di Mahkamah Persekutuan Putrajaya dan kes ini akan melangkah ke tahun 2010. Sementara itu, Zambry bebas bergerak seolah-olah beliau adalah menteri besar yang sah walaupun kes mahkamah belum selesai.
Kes tuduhan liwat terhadap Ketua Umum Keadilan Anwar ke atas bekas pembantunya, Saiful Bukhari Mohd Azlan masih belum berakhir dan menjadi satu lagi kes yang penuh kontroversi.
Tiada bukti tusukan ke dalam dubur Saiful, hujah para peguam Anwar berdasarkan laporan pakar-pakar perubatan dari Hospital Kuala Lumpur dan Hospital Pusrawi. Anwar memfailkan kes Qazaf terhadap Saiful dan kes bersambung pada 5 Januari ini.
Kes Qazaf memerlukan empat orang saksi yang adil yang menyaksikan kejadian itu berlaku dan pihak yang menuduh boleh dikenakan sebatan mengikut undang-undang syariah jika gagal membawa saksi.
Dalam satu wawancara khas, Pengerusi Kesatuan Ulama’ Sedunia Sheikh Dr Yusuf Abdullah Al Qaradawi berkata beliau yakin Anwar tidak bersalah dan menjadi mangsa fitnah.
Sementara itu, kes saman fitnah RM100 juta Anwar terhadap mantan perdana menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad kerana menggelarnya homoseksual masih tertangguh kerana Answar memfailkan afidavitnya dalam bahasa Inggeris.
Mahkamah Persekutuan Putrajaya menetapkan 1 Mac depan untuk mendengar rayuannya bagi mencabar keputusan Mahkamah Rayuan itu.
Turut menjadi topik utama ialah kes setiausaha politik Teoh Beng Hock yang ditemui mati di Tingkat Lima, Plaza Masalam, Shah Alam, Selangor pada 16 Julai lalu setelah di soal siasat semalaman oleh para pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Cara kematian Teoh dianggap kontroversi sehingga kuburnya terpaksa di gali semula. Kerajaan negeri Selangor mendapatkan pakar pathologis dunia dari Thailand Dr Porntip Rosasunand, yang yakin 80% beliau dibunuh.
Keputusan mahkamah yang dianggap kontroversial ialah apabila Mahkamah Rayuan membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi bahawa saksi-saksi hanya boleh disiasat pada waktu pejabat. Kini SPRM boleh menyiasat tanpa mengira waktu dan timbul kebimbangan tragedi yang menimpa Teoh akan menimpa orang lain.
Imej SPRM juga tercalar ekoran kegagalan badan itu mensabitkan beberapa nama besar, bekas Menteri Kemajuan Tanah dan Pembangunan Koperasi, Tan Sri Kasitah Gaddam; bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Perdagangan, Datuk Ramli Yusoff dan Ketua Pengarah Tourism Malaysia, Datuk Mirza Mohammad Taiyab bagi kesalahan rasuah.
Badan itu bagaimanapun telah memperoleh kebenaran Mahkamah Tinggi untuk merayu terhadap pembebasan Mirza yang kembali memegang jawatannya itu selepas perbicaraan itu.
Dalam skandal PKFZ, bekas Pengurus Besar Lembaga Pelabuhan Klang (LPK) Datin Paduka O C Phang dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Klang terhadap tiga pertuduhan pecah amanah berjumlah RM254.85 juta.
Sementara Ketua Pegawai Operasi Kuala Dimensi Sdn Bhd (KDSB), Stephen Abok dan Bernard Tan dari BTA Architect, didakwa dengan dua tuduhan menipu LPK melibatkan RM4.8 juta dan RM1.3 juta.
Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail berkata lebih ramai lagi akan dibawa ke muka pengadilan tetapi sehingga berita ini ditulis tiada nama-nama besar yang didakwa walau pun Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara menamakan seorang bekas menteri harusdisiasat.
Setakat ini, LPK telah memfailkan saman RM920 juta terhadap KDSB untuk mendapatkan semula sebahagian dari kerugiannya itu.
Manakala Presiden MCA dan Menteri Pengangkutan Datuk Seri Ong Tee Keat memfailkan saman fitnah RM500 juta terhadap Ketua Pegawai Eksekutif KDSB Datuk Seri Tiong King Sing, yang juga anggota Parlimen Bintulu.Kes orang keempat yang ditahan, bekas kakitangan KDSB, Law Jenn Dong, yang didakwa bersama Tan atas sembilan tuduhan menipu LPK untuk pembayaran sebanyak RM46.1 juta. Kes Law akan didengar pada 4 Januari ini.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan