
Isnin, 25 Januari 2010
POLIS NAIK PENTAS HENTIKAN CERAMAH DSAI

Rabu, 20 Januari 2010
UMNO JUARA RASUAH, BUKAN JUARA RAKYAT

Ketua Penerangannya, Mohd Ezli Mashut yakin bahawa rakyat tidak mudah termakan dengan slogan itu kerana jelas bahawa trek rekod Umno dulu, kini dan selama ini sememangnya parti itu adalah juara rasuah politik dan banyak dasarnya menyusahkan dan membawa beban kepada rakyat dan negara.
“AMK Selangor ingin mengingatkan Umno memang juara rakyat dalam hal merampas tanah rakyat, rasuah dan penyelewengan, skandal akhlak dan moral, membawa kebobrokkan kepada sistem kehakiman, merampas kuasa di Perak dan pelbagai lagi persepsi negatif,” ujarnya dalam kenyataan kepada Harakahdaily.
Oleh itu, tegasnya rakyat perlu menyedari Umno akan berbuat apa sahaja untuk mengemis simpati rakyat dan menggunakan pelbagai isu sensitif untuk talian hayat politik sempit mereka.
Baginya, Umno semakin terdesak untuk mengemis sokongan rakyat setelah rakyat menolak politik perkauman sempit yang diamalkannya dalam Pilihan raya Umum (PRU) ke-12 lalu.
“Sebelum ini pemimpin-pemimpin politik Umno/BN angkuh dan sombong untuk mendengar suara dan rintihan rakyat malahan suara rakyat sering diperlecehkan dan diinjak-injak, malahan suara daripada golongan muda langsung tidak dipandang,” ujarnya.
Kini, katanya rakyat sedar dan mengetahui akan kebobrokkan politik Umno/BN yang sekadar berjuang untuk wang dan kepentingan diri yang sempit, ditambah dengan kekalahan teruk parti itu dalam sejarah pilihan raya umum di Malaysia.
Tambahnya, AMK Selangor ingin menyatakan bahawa rakyat tidak semudah dan selunak itu untuk terus ditipu dan dibohongi oleh politik Umno/BN yang sarat dengan budaya rasuah, penyelewengan wang rakyat dan skandal yang menjijikkan.
Katanya, jika Umno sahaja juara rakyat bagaimanapula parti komponen dalam BN yang lain.
Ini, tambahnya membuktikan bahawa Umno tidak pernah menganggap bahawa parti-parti dalam BN adalah juara rakyat juga selama ini.
Justeru, ujarnya apa lagi yang ditunggu untuk bersama-sama dalam BN kerana Umno hanya mempergunakan parti-parti komponen hanya dalam pilihan raya sahaja, lemudian jasa dan pengorbanan parti-parti komponen itu terus dilupakan.
“Maka ini adalah masa yang amat sesuai parti komponen dalam BN menilai semula hubungan politik dengan Umno kerana pPolitik Umno umpama bahtera yang sedang karam sedikit demi sedikit.“Oleh itu keluar segera daripada bahtera usang Umno yang semakin hari mulai tenggelam akibat arus perubahan besar yang melanda dunia dan iklim politik negara,” ujarnya lagi.
Selasa, 12 Januari 2010
BUKTI-BUKTI UMNO JUARA RAKYAT?

Antara tindakan TERBARU yang dilakukan Umno ialah :
1) Bayaran air bersih diswastakan dan kos bebanan ditanggung oleh rakyat. Malahan pemimpin
9) Insuran motor kereta kelas 3 dimansuhkan di mana ini menyukarkan rakyat
10) Stem dan bil telefon naik, berbeza dengan sebelum diswastakan
11) Kadar Tol semakin meningkat
13) Mengambil tindakan disiplin terhadap Pegawai Pertanian yang bekerjasama dengan program pertanian negeri-negeri PR. Ini menindas rakyat yang tidak berdosa
KEZALIMAN UMNO YANG TIDAK AKAN DILUPAKAN RAKYAT :-
2) Pembaziran wang rakyat dalam isu PKFZ
4) Menghapuskan tulisan jawi di zaman Khir Johari
5) Mendiskriminasikan rakyat Kelantan dan Terengganu di bawah kerajaan PAS
6) Menghapuskan bantuan kepada Sekolah Agama Rakyat (SAR)
10)Persempadanan semula kawasan Pilihanraya dengan menafikan penambahan kerusi Melayu
12) Menggabungkan syarikat-syarikat konglomerat orang Melayu iaitu; Sime Darby, Guthrie dan Golden Hope, dan sekaligus mengurangkan peluang orang Melayu daripada tiga syarikat kepada satu syarikat sahaja.
18. Mendedahkan pelaburan wang Tabung Haji satu ketika lalu dalam dengan syarikat Judi Pan Sweep, seperti yang didedahkan dalam buku Exco Kerajaan Kelantan, Dato' Paduka Husam Musa.
19. Membiarkan MAKSIAT BERLELUASA di dalam negara
20. Syarikat milik kerajaan seperti Petronas TIDAK MEMBAYAR ZAKAT
KALAU KERJA KERAJAAN CUMA BOLEH SOKONG BN/UMNO SAJA.. SOKONG LAIN NAHAS HANPA...!!

Datuk Seri Najib Tun Razak mahu sektor awam di negara ini menjadi satu perkhidmatan yang profesional sepenuhnya tanpa kecenderungan politik. Sambungnya lagi,"Ini satu prinsip yang suci dalam negara kita jika hendak negara kita mencapai kejayaan demi kejayaan. Tidak kira apa jua pendapat peribadi, kita mesti berpegang kukuh dan teguh kepada perkhidmawatan awam yang profesional sepenuhnya,”
HUBUNGAN SAUDARA KRISTIAN-ISLAM TETAP KUKUH

Bagaimanapun, di seberang Laut China Selatan di negeri Sarawak, meskipun terdapat laporan berlaku perbuatan vandalisme di Gereja Anglican Good Shepherd di Lutong, Miri, namun semangat hidup bersama secara harmoni di sebalik perbezaan agama amat terserlah.
Apa yang nyata, keadaan hanya terbatas di Semenanjung Malaysia, sungguhpun selepas berlaku insiden melempar bata ke arah gereja itu pagi Ahad lepas dan wujud kebimbangan bahawa insiden itu mungkin merebak ke Sarawak.
"Kami hidup dalam suasana harmoni. Sungguh menyedihkan apabila perkara seperti ini berlaku kalau benar pun ia mempunyai kaitan dengan apa yang berlaku di Semenanjung Malaysia. Pada pengetahuan kami, insiden ini mungkin tiada kena mengena dengan insiden di Lembah Klang," kata paderi Reverend Donald Juti ketika dihubungi dari sini.
Juti, yang mendapati tingkap kaca gereja itu pecah akibat dibaling beberapa biji bata pada pagi Ahad itu berkata, upacara sembahyang pada hari berkenaan berjalan seperti biasa sungguhpun beberapa penganut berasa takut dengan insiden yang berlaku.
"Oleh itu, keseluruhan khutbah pagi itu diisi dengan berdoa untuk keamanan serta melembutkan hati pelaku vandal dan segala-galanya berjalan lancar selepas itu," katanya.
Juti berkata, penduduk di Malaysia Timur sangat berupaya untuk saling memahami dan mengamalkan toleransi di sebalik perbezaan agama dan kaum, sesuatu yang telah lama berakar umbi dalam kalangan penduduk di Sarawak.
"Gereja ini, misalnya, terletak bersebelahan dengan sebuah masjid. Kami berjiran sejak sekian lama tanpa sebarang tanggapan negatif, sebaliknya menghormati dan bersaudara," katanya, sambil menambah Masjid An-Naim terletak disebelah gereja itu.
Malah katanya, imam Masjid An-Naim turut melawat ke gereja itu selepas mendapat tahu mengenai insiden membaling bata kerana sangat memahami bahawa perbuatan vandalisme itu tidak akan menimbulkan sebarang provokasi serangan terhadap mana-mana tempat ibadah seperti yang berlaku di sesetengah tempat.
"Persefahaman dan perasaan bersaudara dalam kalangan penganut Kristian setempat dan rakan mereka yang beragama Islam sangat dipelihara. "Hakikatnya, kami berbangga kerana Masjid An-Naim dan gereja ini terletak sebelah menyebelah satu bukti kepada persefahaman dan muhibbah yang sedia terjalin," katanya.
Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Dr George Chan Hong Nam berkata, masyarakat di Malaysia Timur secara amnya tidak mudah dipengaruhi oleh provokasi seperti itu memandangkan penduduk di Sarawak terkenal dengan sikap toleransi mereka.
"Kita mungkin mempunyai beberapa perbezaan membabitkan pendapat tertentu namun masyarakat di sini sama sekali tidak akan beralih kepada tindakan seperti itu. Jika mereka cuba menimbulkan provokasi seperti itu, saya pasti masyarakat di sini akan bergabung tenaga dan menangkap mereka," katanya.
Malah Ketua Polis Daerah Miri, Asisten Komisioner Jamaluddin Ibrahim dilaporkan berkata, tiada sebarang kemungkinan bahawa perbuatan vandalisme itu ada kena mengena dengan insiden yang berlaku di Semenanjung Malaysia sungguhpun siasatan menyeluruh sedang dijalankan ketika ini."Tolong jangan buat sebarang spekulasi atau mengaitkan insiden ini dengan apa yang berlaku di Semenanjung Malaysia memandangkan kami masih lagi menyiasat," katanya. - BERNAMA
Ahad, 10 Januari 2010
UMNO : 'JUARA RAKYAT' ATAU JUAL RAKYAT ?
'kita bukan macam pembangkang, yang buat sesuatu program dengan hasrat irihati kepada lawan sebaliknya kita buat untuk kepentingan rakyat.."


Sabtu, 9 Januari 2010
UMNO PERTAHAN NAMA ALLAH, TAPI KHIANAT ISLAM

Parti Islam Se-Malaysia (PAS) kesal dengan sikap Umno yang menangguk di air keruh dan mempolitikan isu nama Allah demi kepentingan mereka yang mahu diiktiraf 'juara rakyat' secara 'fast track'.
PAS mendesak Umno yang bangga dengan status 12 penggal mentadbir Malaysia untuk meminda Perlembagaan bagi menghalang pengaruh agama-agama lain terhadap umat Islam.
Harus diingat bahawa Umno bertanggungjawab dalam mewujudkan Enakmen Syariah bagi Mahkamah Syariah di negara ini, yang mana didalamnya terkandung klausa yang membolehkan umat Islam memohon untuk murtad sedangkan amalan perundangan ini tiada dalam hukum Islam.
PAS menuntut klausa ini mansuhkan segera.
PAS juga kesal kerana Umno suatu ketika dahulu pernah cuba membuang nama Islam dari digunakan oleh pertubuhan-pertubuhan Islam.
Umno juga bertindak zalim dengan merobohkan serta mengunci beberapa masjid dan surau sebelum ini kerana dendam politik.
PAS juga yakin bahawa rakyat turut berasa kesal kerana pemimpin-pemimpin Umno yang tegar mempertahankan nama Allah hari ini masih enggan mematuhi keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan yang menegah mana-mana umat Islam bertafakur dihadapan tugu negara yang dianggap sebagai perbuatan syirik yang 'berlesen besar'.
Umat Islam juga jelak dengan pemimpin Umno yang berdegil membenarkan ahli-ahlinya menjadi Ahli Lembaga Pengarah syarikat judi dan arak dinegara ini. Malah Umno juga enggan mengeluarkan larangan kepada umat Islam yang bekerja di premis arak dan judi.
Pemimpin-pemimpin Umno juga bertanggungjawab dalam menekan Jabatan-jabatan Agama yang melakukan operasi dipusat-pusat hiburan dan maksiat.
Suatu ketika dahulu Umno pernah mempertikaikan tindakan JAWI menahan umat Islam yang didapati minum arak secara terbuka di Kelab Malam Zouk di Jalan Ampang.
PAS dan umat Islam juga belum dapat memaafkan dosa Umno yang menarik bantuan kepada Sekolah-sekolah Agama rakyat yang menyebabkan berpuluh sekolah terpaksa ditutup dan pendidikan agama anak-anak umat Islam disekat.
Umno juga pernah mencuba untuk menyekat perkembangan Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) yang ditubuhkan PAS bagi memberikan didikan kepada anak-anak pra-sekolah, malahan PASTI di Melaka telah disaman oleh kerajaan umno di Melaka
Tidak dilupakan juga, rakaman debat olok-olok yang diadakan oleh Umno bagi mempertikaikan dasar-dasar Islam yang dibawa PAS.
Walaupun akhirnya debat itu berjaya menjelaskan kejahilan Umno terhadap Islam, namun rakyat melihat mereka sebenarnya mereka sengaja mempermainkan-mainkan dasar-dasar Islam dalam debat yang dianggap memperolokkan Islam keseluruhannya.
Terlalu banyak bukti yang menunjukkan pengkhianatan Umno kepada Islam dan PAS berharap isu nama Allah ini akan memberikan keinsafan buat Umno.
POKET RAKYAT BAKAL RABAK LAGI..PETROL NAIK 30 SEN...GULA NAIK 20 SEN, JUMLAH 50 SEN, INFLASI TAK TAHU LAGI HARGA PETROL NAIK LAGI 1 MEI INI.

Harga petrol naik lagi 1Mei ini, memandangkan harga gula naik, tidak dapat tidak inflasi juga bakal mencanak lagi.
Di masa ekonomi masih lagi belum pulih, umno/BN masih lagi memeras peluh rakyat marhaen dengan pelbagai kenaikan.
Benar mekanismenya bunyi menarik, bergantung kepada kapasiti enjin, tetapi sedar atau tidak garis kemiskinan manakah yang diguna pakai.
Perbezaan pendapatan bandar dan luar bandar, kos sara hidup di bandar dan luar bandar, jumlah isi rumah, saiz keluarga juga perlu diambilkira.
Harga minyak mentah di pasaran masih lagi di bawah paras 80 dollar setong, apa hisabnya yang rakyat terpaksa menanggung harga lebih tinggi sedangkan mutu minyak RON95 juga diragui,
Apa sebenar yang diutamakan....mengurangkan atau menambah duit dalam poket rakyat sebenarnya
FAKTA:-
RON95...subsidi kerajaan sebanyak 30 sen perliter.
Harga sekarang = RM1.80
Harga selepas 1 Mei 2010 = RM2.10
Perlaksanaan, mekanisme dan kesan akibat kenaikan = ???
Jumaat, 1 Januari 2010
JUAL PESAWAT MIG29N, SANDIWARA KERAJAAN UMNO/BN
