Jumaat, 2 April 2010

17 APRIL PENAMAAN CALON, 25 APRIL MENGUNDI DI HULU SELANGOR








Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof hari ini mengumumkan tarikh penamaan calon bagi pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor ialah pada 17 April manakala hari pengundian ialah pada 25 April ini.

Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian penyandang kerusi kawasan itu, Datuk Dr. Zainal Abidin Ahmad dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada 25 Mac lalu akibat barah otak.

Pada pilihan raya umum lalu, Allahyarham, yang juga bekas Timbalan Menteri Besar Selangor, menewaskan calon Barisan Nasional (BN) Datuk G. Palanivel dengan majoriti tipis 198 undi.

Allahyarham menyertai PKR pada 2005, memperoleh 23,177 undi, manakala Palanivel yang juga Timbalan Presiden MIC, mendapat 22,979 undi.

JANGAN SALAHKAN RAKYAT JIKA POLIS DIPANDANG NEGATIF

KUALA LUMPUR, 1 April: Kementerian Dalam Negeri (KDN) digesa untuk tidak menyalahkan Pakatan Rakyat (PKR) sekiranya rakyat kebelakangan ini begitu memandang serong kepada institusi Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Menurut Ahli Parlimen Batu, Tian Chua (gambar), persepsi serong tersebut sebenarnya disedari oleh rakyat sendiri.

"Bukan kami yang mengawal persepsi (negatif terhadap PDRM), semua itu (adalah) persepsi rakyat sendiri,” katanya ketika mencelah penggulungan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein di Dewan Rakyat, petang ini.

Tian Chua yang juga Ketua Strategik PKR berkata, persepsi buruk tersebut berlaku ekoran berlakunya beberapa kes kematian di dalam lokap.

“Tidak cukup dengan itu, kaedah polis menyiasat kes-kes tersebut menebalkan lagi persepsi negatif rakyat kepada polis.

"Misalnya, seorang lelaki seperti kes (mendiang) A. Kugan yang mati di lokap, tetapi kes-kes kematian itu disiasat sendiri oleh polis," katanya.

Maka, siasatan tersebut, menurut pandangan Tian Chua adalah tidak mencerminkan tahap integriti PDRM.

Dalam pada itu, beliau turut meminta Hishammuddin supaya menjelaskan insiden tembakan rambang yang menimpa Norizan Salleh pada Oktober lalu.

Beliau juga meminta Hishammuddin memberi jaminan bahawa kredibiliti PDRM masih boleh diperbaiki.

Hishammuddin kemudiannya menjelaskan bahawa mangsa ditembak kerana disyaki penjenayah.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Sembrong berkata, kereta yang dinaiki Norizan bersama empat rakannya disyaki kereta curi.

Tian yang bangun mencelah mempersoalkan tindakan polis menyepak rusuk mangsa, selepas mengeluarkannya yang ketika itu cedera parah akibat ditembak polis.

Khamis, 1 April 2010

JAWAP DAHULU SEBELUM SERANG SAYA - DSAI
















KUALA LUMPUR, 1 April: Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mempertikai tindakan kerajaan BN yang mahu mengheretnya ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen ekoran mengaitkan 1 Malaysia dengan One Israel.

Baginya, isu sebenar adalah tertumpu kepada kenapa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tidak menjawab pendedahan yang dibuatnya.

Baginya, adalah tidak wajar jika BN terus merujuknya ke jawatankuasa khas tersebut tanpa sebarang penjelasan berhubung isu yang dibangkitkan itu.

"Najib perlu jawab siapakah APCO? Apa kaiatan APCO dengan Israel? Apakah itu sudah dijawab atau belum?

"Buat apa nak serang saya lagi, saya dah diserang banyak," katanya ketika ditemui di parlimen lewat petang ini.

Beliau turut mempersoal tindakan kerajaan yang dilihat bermati-matian mempertahan penglibatan APCO dalam kempen 1Malaysia.

"Soalnya Umno dan Perdana Menteri perlu jawab, kenapa pilih APCO dan pertahan APCO mati-matian?," soalnya lagi.

Beliau memberitahu demikian sebagai mengulas pengumuman BN yang dibuat Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz siang tadi.

Nazri pada sidang madia tegahhari tadi memberitahu BN akan menghadapkan Anwar kepada jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen, kerana didakwa mengelirukan Dewan Rakyat dengan mengaitkan 1Malaysia dengan One Israel.

MEB: FOMCA, MTUC BANTAH PENGGUNAAN DANA KWSP



SHAH ALAM 1 APR: Gabungan Persatuan-persatuan Pengguna-pengguna Malaysia (FOMCA) dan Kongres Kesatuan Pekerja (MTUC) mahu kerajaan memberi jaminan sebarang pelaburan melibatkan dana Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) di luar negara, selamat dan terjamin.

Ketua Pegawai Eksekutif Fomca, Mohd Yusof Abd Rahman dan Pengerusi MUTC, Syed Shahir Syed Mohamud senada dalam isu melibatkan MEB yang dicadang Perdana Menteri yang seakan-akan mempertaruhkan setiap sen simpanan wang rakyat.

Kedua-dua pemimpin itu bimbang pelaburan yang dibuat KWSP tidak memberi pulangan yang sewajarnya kepada pencarum, bahkan sebaliknya menghakis dana sedia ada.

"Perlu ada jaminan sekiranya kerajaan membenarkan KWSP melabur di luar negara, maka kerajaan perlu memastikan ia adalah pelaburan yang selamat.

"Sebab, kita dapati banyak pelaburan yang dibuat KWSP tidak memberi manfaat kepada pengguna dari segi pulangan umpamanya pelaburan dalam sektor berisiko tinggi," kata kepada TV Selangor, hari ini.

Mohd Yusof juga menyatakan Fomca bimbang dengan sikap Jawatankuasa Pelaburan yang sering melabur tanpa memaklumkan Lembaga Pengarah KWSP seperti yang dibangkitkan Kongres Kesatuan Pekerja (MTUC).

"Masalahnya jawatankuasa pelaburan tidak dianggotai oleh wakil pekerja, sebaliknya dianggotai pihak profesional dari segi pelaburan.

"Dari segi pemantauan dan 'check and balance', kita dapati masih kurang. Malah, apa juga yang dilaburkan kadang kala tidak dimaklumkan kepada Lembaga Pengarah," kata Mohd Yusof lagi.

Syed Shahir pula tidak menolak kemungkinan kekaburan fakta berkaitan MEB mungkin bertujuan menutup kelemahan dasar itu yang hanya menguntungkan golongan atasan sebaliknya meminggirkan masyarakat bawahan.

“Kita tak nampak jelas apakah tumpuannya terhadap golongan bawahan. Seolah-olah wujud andaian bahawa apabila selesai masalah ekonomi, maka selesailah masalah pekerja atau orang bawahan,” katanya.

Beliau jmenganggap cakap-cakap kerajaan mahu meningkatkan pendapatan rakyat hanya omong kosong, sebaliknya bimbang amalan penswastaan menyebabkan pemerintah terpaksa menampung kerugian syarikat dengan menggunakan wang rakyat.

“Kita mendapati banyak kelemahan dalam hal berkaitan penswastaan. Malah ada yang terpaksa diambil balik oleh pemerintah. Misalnya, syarikat penerbangan Malaysia yang suatu waktu dulu diswasta tapi terpaksa ditampung balik," katanya.

Sehubungan itu, beliau mengingatkan kerajaan bahawa pelaburan menggunakan dana KWSP perlu dilakukan secara penuh waspada dengan mempertimbangkan setiap risiko.

“KWSP kena berhati-hati betul, cermat berhemat untuk memastikan wang pencarum yang untuk simpanan hari tua itu, selamat dan memberi pulangan munasabah,” katanya.

SELAMATKAN RAKYAT DARI NAFSU SEORANG PERDANA MENTERI







1. Dewan Pemuda PAS Pusat pada Julai 2009 melalui Unit Kajian dan Maklumbalas Isu Semasanya pernah mengutarakan isu penglibatan dan pengaruh sebuah Firma Konsultan Antarabangsa [APCO Worldwide] yang berpangkalan di Amerika Syarikat dalam kerajaan negara kita .


2. Selain daripada merujuk kepada pendedahan Datuk Seri Anwar Ibrahim di Parlimen , Dewan Pemuda PAS Pusat menyokong gesaan yang dibuat oleh Naib Presiden PAS Pusat Datuk Hj. Mahfuz Omar agar satu Suruhanjaya DiRaja segera dibentuk bagi menyiasat dakwaan ini justeru ia melibatkan soal keselamatan rakyat dan negara .

3. Kita tidak mungkin membiarkan rakyat dan negara tercinta ini begitu terdedah kepada risiko dan ancaman luar semata - mata untuk memenuhi keinginan nafsu rakus seorang Perdana Menteri . Sudahlah negara terpaksa membelanjakan wang rakyat sebanyak RM 20 juta semata - mata untuk memulihkan imej sang Perdana Menteri yang rosak dan punah teruk di mata masyarakat dan dunia , Firma Konsultan [ APCO ] yang dipilih pula adalah sebuah syarikat yang mempunyai hubungan dengan Zionis Israel alaihi laknatullah .

4. RM 20 juta adalah satu jumlah yang sangat keterlaluan untuk digunakan hanya tujuan menggilap imej seorang pemimpin dan partinya yang sekian lama terpalit dengan pelbagai dosa dan noda . Entah dari mana wang sebanyak itu diperolehi , alangkah jika ianya disuntik ke dalam pakej rangsangan ekonomi untuk membantu dan meningkatkan taraf hidup rakyat tatkala berdepan dengan pertumbuhan ekonomi yang longlai dan lesu .

5. Penasihat Perdana Menteri Omar Mustafa Ong dilihat sangat berkuasa dalam hal ini sehingga mengatasi menteri dan pegawai kanan kerajaan . Beliau didakwa bertanggungjawab memperkenalkan APCO Worlwide kepada kerajaan Malaysia dan membawanya masuk malah sampai ke peringkat syarikat ini berjaya membuka "pejabat"nya di dalam pejabat Perda Menteri .

6. Kerajaan Malaysia kini sedang dilihat mempertaruhkan masa depan rakyat dan negara kerana mengizinkan syarikat konsultan seperti APCO ber"sarang" di dalam pentadbiran dan pemerintahan negara kita . Semua orang tahu bahawa APCO adalah sebuah syarikat pro Zionis yang sedang melebarkan pengaruh dan penguasaannya ke atas negara - negara luar Israel khasnya negara umat Islam di seluruh dunia . Negara kini seperti di dalam cengkaman Zionis Israel apabila pemimpin utamanya [ Datuk Seri Najib Abd Razak ] kini didalam pengaruh dan nasihat APCO Worlwide .

7. Tindakan Perdana Menteri turut dilihat sebagai satu penghinaan ke atas ummat Islam seluruh dunia amnya dan Palestine khasnya . Kenapa tidak , saat Zionis Israel mengganas dan menggila di Gaza Palestine , Perdana Menteri mengheret kerajaan pimpinannya untuk membuta hubungan langsung dengan syarikat pro Zionis tersebut . Lebih membimbangkan ialah maklumat strategik negara kini di "mulut" Zionis apabila APCO bebas menggilap dan menasihati perdana menteri .

8. Kenapa mahu bazirkan wang sedemikian banyak dengan mengenepikan syarikat konsultan tempatan jika Perdana Menteri benar - benar terdesak untuk memulihkan imejnya yang rosak teruk ? Apakah Perdana Menteri tidak yakin pada keupayaan syarikat konsultan tempatan ? sehingga tidak segan mengundang APCO yang pernah menasihati Ehud Barak agar melancarkan " One Israel " untuk memulih imej perdana menteri Israel tersebut . Apakah One Malaysia [ Satu Malaysia ] merupakan strategi serupa ? Awas negara kini dalam bahaya dengan agenda One Malaysia tajaan zionis ini .

9. Jika imej menjadi persoalan yang menghantui dan menghambat YAB Perdana Menteri , kenapa tidak beliau bina imej berasaskan akhlak Islami yang telah diwariskan oleh Nabi saw sebagai Rasul yang diutus oleh Allah swt untuk menyempurnakan keindahan akhlak dan syakhsiyah . Bahkan Islam sememangnya mempunyai skill dan skima tersendiri dalam membentuk karektor seorang pemimpin yang baik dan hebat .

10. YAB Perdana Menteri sewajarnya menghayati nilai akhlak Islami yang berasaskan iman dan taqwa . kelak ia akan meluhurkan peribadi sehingga lahir susuk seorang pemimpin yang beriman , bertaqwa , menjauhi rasuah , arak , zina , judi bahkan menjadi insan yang taat kepada Allah swt serta melaksanakan syariat dan syiar agama Allah swt . Kenapa tidak lihat kepada hebatnya karisma dan jati diri yang dibina oleh pemimpin yang beriman , berilmu dan bertaqwa seperti Tuan Guru Hj. Nik Abdul Aziz dan Tuan Guru Hj. Abdul Hadi Awang ? Mereka tidak pernah terlibat dengan korupsi , arak , judi dan sebagainya .

Nasrudin Hassan at Tantawi,
Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat

KOMIK ISU DALAM IBRAHIM ALI - AMJAL RESTORAN


INI LAH CARA MENANGKAP KATAK



NURUL IZZAH – MINAH CUN – LANCAR KOMIK ZUNAR ESOK - JUMAAT


AHLI Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar akan melancarkan
majalah terbaru Zunar berjudul Isu Dalam Katak. Majlis tersebut akan
diadakan pada hari Jumaat 2 April, jam 11 pagi di restoran Pak Amjal,
Pantai Baru, Kuala Lumpur.

Isu Dalam Katak adalah sebuah majalah kartun isu semasa yang
dihasilkan oleh Zunar serta kartunis-kartunis seperti Jonos, Ronasina,
Art, Lan dan Naza.

Tempat tersebut dipilih kerana kami mahu venue pelancaran kali ini
lebih dekat kepada rakyat, iaitu di sebuah restoran tepi jalan
berbanding hotel atau dewan.

Restoran Pak Amjal terletak di tengah laluan, dengan itu memudahkan
orang ramai untuk hadir dan bertemu dengan kartunis-kartunis kami.
Selain itu ia terletak berhadapan pintu masuk Universiti Malaya,
dengan itu memberi kemudahahan kepada mahasiswa untuk hadir bersama.

Sebagai tambahan, kami menawarkan diskaun istimewa kepada mahasiswa
untuk membeli produk-produk kami ketika pelancaran. Selain majlis
pelancaran dan ramah mesra, juga diadakan sesi bertemu kartunis,

karikatur dan bacaan puisi. Majlis akan bermula jam 10 pagi hingga 5
petang.

Antara yang menarik dalam Isu Dalam Katak ialah seksyen "wilayah
katak"yang dipenuhi dengan karya-karya menyindir ahli politik yang
melompat seperti ruangan "Wikipakdia" yang mengupas spesis-spesis
katak di Malaysia.

Selain itu, ada kartun khas tentang kes fitnah Kedua terhadap Anwar
Ibrahim, Dengan tajuk "6 Jahanam", kisah dimulakan dengan membongkar
kepincangan yang berlaku dalam konspirasi pertama pada 1998 membawa
kepada kepincangan konspirasi kedua.

Juga komik "Dari Kerana Mata" yang menghimbau kembali tragedi 20
September 1998 di lokap Bukit Aman.

Kartunis penyumbang ialah Enot, Haili, Enot, Nur, Abdullah Jones, Roy,
Rockafalas, Madsein, Kidol dan Ubilepih. Manakala penulis ialah
Hishamuddin Rais, Pyanhabib, Pusparos, Benludin, Aki Lanang dan Tok
Wan.

Ia setebal 84 muka surat dan dijual dengan harga RM10 setiap naskhah.
Pada 20 Mac lepas, sepasukan polis dari IPD Jasin Melaka merampas
majalah-majalah kartun kami -- Gedung Kartun, Perak Darul Kartun, Isu

Dalam Kartun dan 1Funny Malaysia.
Februari lepas, majalah sama juga dirampas di Seberang Jaya,
Butterworth, Permatang Pauh serta beberapa kawasan lagi di Pulau
Pinang.

Ogos tahun lepas, pegawai-pegawai KDN merampas 408 naskah sulung
majalah Gedung Kartun di pejabat saya di Brickfields, Kuala Lumpur
Juga dirampas ialah plat dari kilang percetakan.

Semua majalah ini boleh dibeli secara online di website
www.cartoonkafe.com atau email kepada cartoonkafe@gmail.com atau
hubungi pejabat Sepakat di 03 22-74-49-31 untuk keterangan lanjut.

ARAK BUDAYA PEMIMPIN UMNO


Oleh Datuk Halik Zaman


KUALA LUMPUR 1 Apr - Mendengar kekecohan pendedahan eksklusif Saifuddin Nasution Ismail, Ahli Parlimen Machang mengenai beberapa tokoh pemimpin Umno yang bukan sahaja tokoh rebut kuasa, malah ketokohan mereka dalam pelbagai aktiviti negatif, seperti tunggang arak, tokoh judi, tokoh 'tackle' artis muda dan sebagainya.

Ketokohan mereka dalam menunggang arak bukan suatu perkara baru. Perkara ini telah lama di perkatakan dari dahulu, namun ianya tidak menjadi apa-apa kesan kepada orang-orang Islam yang taksub kepada Umno. Kerana apa sahaja pemimpin Umno yang membuat kejahilan baik dari segi perundangan manusia mahu perundangan agama Islam kerana segalanya akan tetap di pandang mulia bagi para penyokong Umno.

Kalau pemimpin Umno ini melanggar perundangan manusia, itu kita tidak hairan kerana memang sudah lumrah manusia yang senantiasa lupa akan peraturan yang mereka sendiri gariskan. Yang menjadi kesalan dihati kita ialah sanggup seorang pemimpin yang beragama Islam turun temurun melanggar hukum Allah SWT.
Apakah mereka lupa atau sengaja melupakan apa yang dilarang dan terlarang dalam perundangan agama Islam kita? Adakah mereka tidak teringat atau sengaja enggan mengingati bahawa arak itu adalah haram bagi mereka yang beragama Islam? Tidak pula diketahui adakah botol arak yang bercap tanda halal!

Cerita ini bukan suatu isu baru sebenarnya isu lapuk. Dahulu, seorang pemimpin utama Umno dan isterinya telah di dedahkan gambar mereka dalam keadaan agak mabuk dengan tin minuman keras di tangan. Apa yang berlaku? Disebalik menjatuhkan pemimpin sebegini yang tidak mengamalkan unsur-unsur Islam dalam kehidupan mereka, pemimpin ini sebaliknya beliau di angkat menjadi salah satu pemimpin utama negara ini. Hebat bukan? Beginilah kehebatan kepimpinan Umno.

Hikayat terbaru, ada pemimpin Umno yang menyimpan stok minuman keras di pejabatnya, tidak cukup dengan itu dalam satu majlis sambutan ulangtahun perkahwinan salah seorang pemimpin muda Umno, di hidangkan deretan minuman arak yang berjenama mahal untuk di sajikan kepada hadirin. Molekkah itu? Persoalan ini saya serahkan kepada anda yang membaca untuk menilainya.
Apakah mereka alpa atau sengaja mengalpakan bahawa tugas mereka sebenarnya menjaga kepentingan rakyat yang mengundi mereka dan bukannya menjaga mesin-mesin slot judi sampaikan kerana terlalu sayangkan mesin slot judi ini sehinggakan mereka tertidur di pusat perjudian tersebut?

Tertawa seketika melihat sesetengah Ahli Parlimen Umno yang terlompat-lompat macam cacing kepanasan bila mendengarkan cerita dari Ahli Parlimen Machang itu. Kenapa agaknya? Takkanlah siapa makan cili, dia terasa pedasnya?
Perlu diingatkan kepada YB-YB Umno, bukan semua sahabat handai dan saudara-mara kita taksub kepada anda, kerana perkara-perkara mungkar yang terdedah ini tiada mustahilnya datang dari sahabat-handai atau saudara-mara anda sendiri. Maka beringatlah.

Satu lagi budaya Umno yang kian hangat diperkatakan dikampung-kampung, kononnya tidak sah menjadi ahli Umno kalau ahli itu lupa mengamalkan budaya cium tangan. Kalau ada ahli UMNO yang mencium tangan para pemimpin Umno, dia dianggap oleh para pemimpin Umno sebagai ahli Umno yang setia kepada parti. Cium tangan itu juga dianggap oleh setengah ahli Umno sebagai pelincir permohonan projek.

JABATAN KEHAKIMAN AS BUKTI APCO BERKERJA UNTUK ISRAEL

















KUALA LUMPUR - 31 MAC : Tindakan syarikat perunding antarabangsa Yahudi APCO Worldwide menafikan ia pernah diupah oleh kerajaan Israel terbukti tidak benar.

Pengesahan bahawa APCO menabur fitnah mengenai hubungannya dengan kerajaan Zionis itu dikesan menerusi kenyataan yang difailkan dengan Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat.
Akhbar Straits Times Singapore menegaskan pegawai- pegawai tertinggi syarikat APCO mengesahkan syarikat itu menandatangani perjanjian dengan kerajaan Israel pada tahun 1992.
Antara lain, APCO mengesahkan ia menjalankan kerja-kerja berhubung dengan sektor perumahan di Israel yang membabitkan kewangan Amerika.

Kenyataan APCO yang difailkan dengan jabatan kehakiman Amerika syarikat itu sekali gus menempelak penafian syarikat itu kononnya ia tidak pernah tidak menjalankan sebarang urusan untuk kerajaan Israel.
Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini membidas Umno- Barisan Nasional kerana mengupah APCO walaupun syarikat itu jelas mengikat pelbagai perjanjian dengan Israel serta pemimpin diktator negara lain.

Selain itu syarikat itu juga di pimpin oleh pegawai- pegawai yang pernah berkhidmat dalam agensi perisikan Israel dan tentera negara itu. Keadaan itu mendedahkan Malaysia kepada risiko keselamatan.

APCO diupah oleh kerajaan pimpinan Najib Razak untuk untuk menggubal strategi dan pendekatan bagi memulihkan imej Najib dan kerajaan yang tercalar dengan pelbagai skandal peribadi dan kewangan.

Ahad, 14 Mac 2010

KARPAL HERET NAJIB, ROSMAH KE MAHKAMAH



SEBERANG JAYA 14 Mac - Ketua Peguambela Datuk Seri Anwar Ibrahim bertekad mengheret Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isteri beliau, Datin Seri Rosmah Mansor ke muka pengadilan bagi menjawab pembabitan mereka dalam Konspirasi II terhadap Ketua Umum KEADILAN.

Menurutnya lagi kejahatan pasangan suami isteri itu yang enggan memberi kerjasama dalam kes fitnah terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim menunjukkan mereka berdua adalah bersalah kerana takut menjadi saksi sapina kes tersebut.

"Saya akan terus mengheret kedua-dua mereka ke mahkamah sebagai saksi dan akan terus memaksa mereka untuk berterus-terang berhubung kes tersebut.

"Kejahatan Umno-BN tidak dapat dibendung lagi berikutan mereka sentiasa merancang untuk memporak-perandakan Pakatan Rakyat yang semakin mara dan diterima rakyat," tegas Pengerusi Kebangsaan DAP itu.

Ahli Parlimen Bukit Gelugor itu juga turut menyifatkan tindakan Umno dan Pergerakan Pemudanya membuat puluhan malah ratusan laporan polis terhadap beliau dan pemimpin Pakatan Rakyat bakal mendatangkan kecelakaan kepada Umno dan sayap pemudanya kerana mereka tidak mampu untuk berhadapan dengan kekuatan dan perpaduan Pakatan Rakyat.

Karpal berkata selagi beliau dan barisan peguam Pakatan Rakyat terus menentang selagi itulah Umno tidak akan berjaya menindas melalui undang-undang zalim yang dicipta oleh Umno.
"Umno-BN dan Pemudanya cukup celaka kerana mereka tidak sedar siapa yang mereka cuba lawan.

"Mereka tidak mampu melawan singa-singa garang Pakatan Rakyat yang tidak akan berdiam diri dengan kezaliman dan kejahatan Umno untuk merosakkan Pakatan Rakyat," jelasnya semasa ceramah sempena ulangtahun kedua kemenangan Pakatan Rakyat di Tapak Expo Seberang Jaya Rabu lalu.

Berhubung sokongan pemimpin Pakatan Rakyat terhadap Anwar, Karpal berkata persoalan siapa Ketua Pembangkang tidak timbul sama sekali kerana perkara itu telah dipersetujui sebulat suara untuk mengekalkan kedudukan beliau.

"Kami Pakatan Rakyat akan sentiasa memberi sokongan kepada Anwar dan bukannya seperti pengkhianat-pengkhianat parti yang menolak Anwar atas sebab gilakan duit haram.
"Saya akan terus mencabar pengkhianat-pengkhianat yang keluar parti agar melepaskan jawatan jika mereka fikirkan rakyat masih terus menyokong mereka selepas pilihan raya baru diadakan," katanya lagi.