Khamis, 1 April 2010

KOMIK ISU DALAM IBRAHIM ALI - AMJAL RESTORAN


INI LAH CARA MENANGKAP KATAK



NURUL IZZAH – MINAH CUN – LANCAR KOMIK ZUNAR ESOK - JUMAAT


AHLI Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar akan melancarkan
majalah terbaru Zunar berjudul Isu Dalam Katak. Majlis tersebut akan
diadakan pada hari Jumaat 2 April, jam 11 pagi di restoran Pak Amjal,
Pantai Baru, Kuala Lumpur.

Isu Dalam Katak adalah sebuah majalah kartun isu semasa yang
dihasilkan oleh Zunar serta kartunis-kartunis seperti Jonos, Ronasina,
Art, Lan dan Naza.

Tempat tersebut dipilih kerana kami mahu venue pelancaran kali ini
lebih dekat kepada rakyat, iaitu di sebuah restoran tepi jalan
berbanding hotel atau dewan.

Restoran Pak Amjal terletak di tengah laluan, dengan itu memudahkan
orang ramai untuk hadir dan bertemu dengan kartunis-kartunis kami.
Selain itu ia terletak berhadapan pintu masuk Universiti Malaya,
dengan itu memberi kemudahahan kepada mahasiswa untuk hadir bersama.

Sebagai tambahan, kami menawarkan diskaun istimewa kepada mahasiswa
untuk membeli produk-produk kami ketika pelancaran. Selain majlis
pelancaran dan ramah mesra, juga diadakan sesi bertemu kartunis,

karikatur dan bacaan puisi. Majlis akan bermula jam 10 pagi hingga 5
petang.

Antara yang menarik dalam Isu Dalam Katak ialah seksyen "wilayah
katak"yang dipenuhi dengan karya-karya menyindir ahli politik yang
melompat seperti ruangan "Wikipakdia" yang mengupas spesis-spesis
katak di Malaysia.

Selain itu, ada kartun khas tentang kes fitnah Kedua terhadap Anwar
Ibrahim, Dengan tajuk "6 Jahanam", kisah dimulakan dengan membongkar
kepincangan yang berlaku dalam konspirasi pertama pada 1998 membawa
kepada kepincangan konspirasi kedua.

Juga komik "Dari Kerana Mata" yang menghimbau kembali tragedi 20
September 1998 di lokap Bukit Aman.

Kartunis penyumbang ialah Enot, Haili, Enot, Nur, Abdullah Jones, Roy,
Rockafalas, Madsein, Kidol dan Ubilepih. Manakala penulis ialah
Hishamuddin Rais, Pyanhabib, Pusparos, Benludin, Aki Lanang dan Tok
Wan.

Ia setebal 84 muka surat dan dijual dengan harga RM10 setiap naskhah.
Pada 20 Mac lepas, sepasukan polis dari IPD Jasin Melaka merampas
majalah-majalah kartun kami -- Gedung Kartun, Perak Darul Kartun, Isu

Dalam Kartun dan 1Funny Malaysia.
Februari lepas, majalah sama juga dirampas di Seberang Jaya,
Butterworth, Permatang Pauh serta beberapa kawasan lagi di Pulau
Pinang.

Ogos tahun lepas, pegawai-pegawai KDN merampas 408 naskah sulung
majalah Gedung Kartun di pejabat saya di Brickfields, Kuala Lumpur
Juga dirampas ialah plat dari kilang percetakan.

Semua majalah ini boleh dibeli secara online di website
www.cartoonkafe.com atau email kepada cartoonkafe@gmail.com atau
hubungi pejabat Sepakat di 03 22-74-49-31 untuk keterangan lanjut.

Tiada ulasan:

Catat Komen