Khamis, 1 April 2010

ARAK BUDAYA PEMIMPIN UMNO


Oleh Datuk Halik Zaman


KUALA LUMPUR 1 Apr - Mendengar kekecohan pendedahan eksklusif Saifuddin Nasution Ismail, Ahli Parlimen Machang mengenai beberapa tokoh pemimpin Umno yang bukan sahaja tokoh rebut kuasa, malah ketokohan mereka dalam pelbagai aktiviti negatif, seperti tunggang arak, tokoh judi, tokoh 'tackle' artis muda dan sebagainya.

Ketokohan mereka dalam menunggang arak bukan suatu perkara baru. Perkara ini telah lama di perkatakan dari dahulu, namun ianya tidak menjadi apa-apa kesan kepada orang-orang Islam yang taksub kepada Umno. Kerana apa sahaja pemimpin Umno yang membuat kejahilan baik dari segi perundangan manusia mahu perundangan agama Islam kerana segalanya akan tetap di pandang mulia bagi para penyokong Umno.

Kalau pemimpin Umno ini melanggar perundangan manusia, itu kita tidak hairan kerana memang sudah lumrah manusia yang senantiasa lupa akan peraturan yang mereka sendiri gariskan. Yang menjadi kesalan dihati kita ialah sanggup seorang pemimpin yang beragama Islam turun temurun melanggar hukum Allah SWT.
Apakah mereka lupa atau sengaja melupakan apa yang dilarang dan terlarang dalam perundangan agama Islam kita? Adakah mereka tidak teringat atau sengaja enggan mengingati bahawa arak itu adalah haram bagi mereka yang beragama Islam? Tidak pula diketahui adakah botol arak yang bercap tanda halal!

Cerita ini bukan suatu isu baru sebenarnya isu lapuk. Dahulu, seorang pemimpin utama Umno dan isterinya telah di dedahkan gambar mereka dalam keadaan agak mabuk dengan tin minuman keras di tangan. Apa yang berlaku? Disebalik menjatuhkan pemimpin sebegini yang tidak mengamalkan unsur-unsur Islam dalam kehidupan mereka, pemimpin ini sebaliknya beliau di angkat menjadi salah satu pemimpin utama negara ini. Hebat bukan? Beginilah kehebatan kepimpinan Umno.

Hikayat terbaru, ada pemimpin Umno yang menyimpan stok minuman keras di pejabatnya, tidak cukup dengan itu dalam satu majlis sambutan ulangtahun perkahwinan salah seorang pemimpin muda Umno, di hidangkan deretan minuman arak yang berjenama mahal untuk di sajikan kepada hadirin. Molekkah itu? Persoalan ini saya serahkan kepada anda yang membaca untuk menilainya.
Apakah mereka alpa atau sengaja mengalpakan bahawa tugas mereka sebenarnya menjaga kepentingan rakyat yang mengundi mereka dan bukannya menjaga mesin-mesin slot judi sampaikan kerana terlalu sayangkan mesin slot judi ini sehinggakan mereka tertidur di pusat perjudian tersebut?

Tertawa seketika melihat sesetengah Ahli Parlimen Umno yang terlompat-lompat macam cacing kepanasan bila mendengarkan cerita dari Ahli Parlimen Machang itu. Kenapa agaknya? Takkanlah siapa makan cili, dia terasa pedasnya?
Perlu diingatkan kepada YB-YB Umno, bukan semua sahabat handai dan saudara-mara kita taksub kepada anda, kerana perkara-perkara mungkar yang terdedah ini tiada mustahilnya datang dari sahabat-handai atau saudara-mara anda sendiri. Maka beringatlah.

Satu lagi budaya Umno yang kian hangat diperkatakan dikampung-kampung, kononnya tidak sah menjadi ahli Umno kalau ahli itu lupa mengamalkan budaya cium tangan. Kalau ada ahli UMNO yang mencium tangan para pemimpin Umno, dia dianggap oleh para pemimpin Umno sebagai ahli Umno yang setia kepada parti. Cium tangan itu juga dianggap oleh setengah ahli Umno sebagai pelincir permohonan projek.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan