Ahad, 4 November 2012
Sabtu, 13 Oktober 2012
JAMUAN HI - TEA BERSAMA DSAI DAN YB NURUL IZZAH.
Angkatan Muda Keadilan dan PKR Cabang Parit Sulong akan mengadakan satu jamuan hi - tea dan ceramah bersama Datok Sri Anwar Ibrahim dan YB Nurul Izzah yang akan diadakan pada 20-10-12 jam 4-00 petang bertempat di SRI MERLIMAU BATU 4, KOLAM AIR, JALAN PARIT SULONG - YONG PENG, PARIT SULONG BATU PAHAT JOHOR. Kepada yang berminat untuk menghadirkan diri ke jamuan tersebut sila berhubung dengan ketua penerangan cabang parit sulong saudara haidir ditalian 010-4111775 untuk membeli tiket yang berharga RM 5-00 seorang.
Selasa, 26 Jun 2012
FOKUS MENUMBANGKAN UMNO/BARISAN NASIONAL.
Keputusan peribadi saya untuk menarik diri dari jawatan di Pejabat
Penasihat Ekonomi Selangor telah diperbesarkan oleh media Umno bahawa
kononnya ia petanda wujud keretakan di dalam pentadbiran Kerajaan
Selangor yang ditunjangi KEADILAN.
Saya telah menjelaskan
seawal minggu lepas bahawa ia keputusan peribadi yang telah lama saya
rancang demi menumpukan perhatian sepenuhnya kepada usaha KEADILAN dan
Pakatan Rakyat menumbangkan Umno/Barisan Nasional.
Saya
mula-mula menyatakan hasrat untuk menarik diri dari pentadbiran Kerajaan
Selangor dalam bulan Oktober 2011 semasa KEADILAN mula menumpukan
perhatian serius membongkarkan penyelewengan NFC. Memandangkan tarikh
pilihanraya umum belum jelas ketika itu, saya diminta menangguhkan
hasrat itu.
Kini, pembubaran Dewan Rakyat perlulah dibuat dalam
tempoh kurang dari satu tahun. Dengan kepastian ini, saya yakin masa
dan tenaga saya lebih baik ditumpukan kepada usaha merancang kempen
KEADILAN dan menyusun strategi menghadapi pilihanraya. Apatah lagi
apabila pentadbiran Kerajaan Selangor di bawah kepimpinan YAB Tan Sri
Khalid Ibrahim adalah utuh dan telah mempamerkan pencapaian cemerlang
setakat ini.
Oleh yang demikian, saya sekali lagi menegaskan
bahawa perletakan jawatan ini adalah satu tindakan biasa yang juga
dilandaskan pada asas moral kerana seorang ahli politik tidak wajar
dibayar gaji dari wang rakyat apabila tumpuannya cenderong kepada
aktiviti politik partinya.
Malang sekali, konsep kebertanggungjawaban sebegini tidak wujud di dalam Umno/Barisan Nasional.
Saban hari, Umno/Barisan Nasional menggunakan jawatan dan kemudahan
kerajaan yang ditanggung oleh rakyat untuk membayar pimpinan dan aktivis
mereka; sedangkan keseluruhan masa digunakan untuk berkempen politik
bagi parti mereka.
Contoh penyelewengan wang rakyat sebegini
ialah kehadiran lantikan politik di jabatan-jabatan kerajaan dan
syarikat berkaitan kerajaan sedangkan mereka bertugas untuk Umno/Barisan
Nasional.
Malah, sebuah jabatan khas iaitu JASA ditubuhkan
semata-mata untuk membayar gaji pimpinan dan aktivis Umno/Barisan
Nasional yang kemudiannya digunakan sepenuhnya untuk berkempen politik.
Sudah menjadi budaya Umno/Barisan Nasional bahawa seorang pemimpin
berebutkan jawatan politik untuk mendapat tempat di dalam kerajaan dan
menikmati habuan lumayan sedang mereka tiada sumbangan kepada kerajaan.
Oleh sebab itulah, Umno/Barisan Nasional cepat-cepat memutar belitkan
tindakan saya menarik diri dari Kerajaan Selangor kerana mereka
berfikiran budaya politik di dalam KEADILAN sama seperti yang diamalkan
mereka.
KEADILAN adalah sebuah parti reformasi. Budaya politik
kami berbeza dan saya cukup tidak selesa menerima gaji dari tabung
rakyat apabila tumpuan saya lebih kepada kerja politik. Selain mahu
menumpukan sepenuhnya kepada usaha menumbangkan Umno/Barisan Nasional,
saya juga mahu terus kekal dengan perjuangan reformasi yang memisahkan
kerja politik dari dana rakyat.
Rakyat akan dapat menghakimi
sendiri putar belit Umno/Barisan Nasional ini apabila saya makin lantang
membongkarkan rasuah dan penyelewengan mereka.
Hari ini bermula siri pendedahan besar berhubung Projek LRT Ampang yang melibatkan Dato’ Seri Najib Tun Razak sendiri.
Esok saya akan mula duduk berbincang dengan Cik Faekah Hussin untuk
meneliti semula fail-fail penyelewengan yang berlaku di Selangor semasa
pentadbiran Umno dahulu, sebagai menyahut seruan pimpinan Umno agar saya
membongkarkan penyelewengan yang berlaku di Selangor.
Oleh
kerana penyelewengan yang berlaku hanyalah semasa Umno memerintah, maka
senanglah saya menumpukan sepenuh perhatian menyiasat penyelewengan ini
seperti yang diminta mereka.
MOHD RAFIZI RAMLI
PENGARAH STRATEGI KEADILAN
25 JUN 2012
Selasa, 22 Mei 2012
BIAR PATAH HUJAH, JANGAN PATAH HATI.
Akal membezakan antara manusia
dan haiwan, berfungsi untuk berfikir dan menilai sesuatu secara logik. Hati
pula tempat letaknya perasaan dan penilaian menggunakan emosi hati nurani. Pun
begitu, jika akal tidak digunakan secara optimum dan berkesan, kita boleh saja dipermainkan oleh perasaan, jatuh ke dalam kancah
emosi tidak terkawal. Sering kita berdepan hujah-hujah intelektual untuk
menjustifikasikan sesuatu yang batil seperti fahaman-fahaman palsu. Ini berlaku
pada zaman feudal, Nazi, komunis, Aparteid dan nasionalisme jingoistik apabila
hujah-hujah logikal dihasilkan bertujuan mengagung, mempertahan mahupun
mempromosikan fahaman-fahaman palsu ini. Ramai juga termakan dan telah membuka
pintu hati menerima hujah-hujah fahaman palsu ini sebagai akidah mereka. Lihat
sahaja di Bukit Jalil minggu lepas, liputan merah amarah dengan pemimpin
berhujah lesu menghasut emosi sehingga kebolehan mengira pun tak masuk akal di
mana 40,000 dikatakan 100,000 pula. Justeru, sudah tiba masanya untuk kita
menilai empat hujah pokok politik yang mencorak masa depan bangsa dengan akal
cerdas dan hati terbuka. Elok benar kita gunakan akal untuk patahkan hujah
palsu agar kita tidak ‘patah hati’ nanti selepas PRU13. Pertama, hujah hak
Melayu terancam jika BN kalah pilihan raya bukan sahaja tidak masuk akal tapi
dijadikan bahan api membakar emosi. Mana logiknya apabila kedudukan istimewa
Melayu sudah terpahat di dalam Perlembagaan Persekutuan yang hanya boleh diubah
dengan undi dua pertiga Parlimen dan restu Majlis Raja-Raja. Mana masuk akal
apabila jumlah pengundi Melayu melebihi 60 peratus dan masih kekal sebagai
majoriti di bumi sendiri. Penjawat awam pula hampir 80 peratus juga berbangsa
Melayu. Bermaksud hak Melayu terpelihara tidak kira pihak mana membentuk
kerajaan. Kedua, hujah negara akan bankrap jika pembangkang memerintah juga
tidak masuk akal dan menutup hati daripada hakikat bahawa majoriti rakyat masih
miskin manakala majoriti menteri Kabinet, keluarga dan kroni adalah jutawan
belaka. Ketika ini iklim ekonomi dengan hutang negara 53 peratus KDNK apabila
ditambah dengan hutang isi rumah 70 peratus KDNK menjadikan jumlah RM1.1
trilion - ketirisan ekonomi yang dianggarkan juga melebihi RM1 trilion dan
keperluan pelaburan RM1.4 trilion untuk menjayakan program-program ETP kerajaan
- memperlihatkan kita sudah melangkau ‘krisis ekonomi bertrilion’ - di mana kos
sara hidup meningkat tetapi tangga gaji hanya meningkat 2.6 peratus secara
purata setahun dengan jurang kemiskinan tertinggi di Asia Tenggara pada 0.46
mengikut indeks GINI - membuktikan BN dan bukan Pakatan Rakyat yang akan
membankrapkan negara. Ketiga, hujah hanya BN membawa pembangunan dengan membina
sekolah, perumahan kos rendah, jalan raya dan memberikan perkhidmatan
pendidikan, perubatan dan sebagainya memang langsung tidak masuk akal. Bukankah
British membina prasarana dan memberikan perkhidmatan asas hasil daripada
sumber asli negara ini sendiri? Dan bukankah BN juga menggunakan sumber cukai
dan pendapatan hasil bumi dan keringat rakyat juga? Ini yang dikatakan lembu
punya susu, sapi dapat nama. Keempat, hujah bahawa pilihan raya kita adalah
bebas dan adil atau ‘bersih’ lagi tidak masuk akal. Perkara paling utama
menentukan negara terus maju dan makmur adalah jaminan pilihan raya bebas dan
adil. Hanya dengan ini kita dapat memilih kerajaan yang ‘sah’ untuk mewakili
suara, kuasa dan kepentingan rakyat. Adakah pilihan raya kita bebas dan adil
jika: daftar pemilih masih pincang; warga asing diberikan kewarganegaraan untuk
mengundi; undi pos digandakan kategori dan bilangannya; beratus orang pengundi
tinggal di satu alamat sahaja; tv, radio dan surat khabar hanya untuk sebelah
pihak sahaja; waktu berkempen terlalu pendek; kerusi-kerusi Parlimen ditetapkan
melalui persempadanan tidak adil di mana hanya 20 peratus pengundi menentukan
majoriti mudah 112 kerusi; dan jentera kerajaan digunakan habis-habisan? Akhir
kata, demi masa depan anak-anak kita jangan pula kita menjadi buta hati dan
buta perut serta terus hilang akal daripada mematahkan hujah-hujah palsu dan
membersihkan apa yang sudah kotor.
Y.B. Nurul Izzah Anwar.
Isnin, 21 Mei 2012
PENTAS ANAK MUDA
Kami AMK Cabang Parit Sulong sekali lagi menjemput Kakak-kakak, abang-abang, tuan-tuan, puan-puan dan adik-adik untuk hadir ke Pentas Anak Muda "FAKTA VS AUTA" yang akan diadakan pada 29-5-12 jam 9-00 malam bertempat di Kampung Peserai Lama Mukim 3, 83000 Batu Pahat Johor. Penceramah yang kami jemput adalah terdiri daripada YB Nurul Izzah Anwar ( Ahli Parlimen Lembah Pantas dan Puan Normala Sudirman ( Dewan Muslimat Pas Negeri Johor ).
Jumaat, 11 Mei 2012
AMANAT DATOK ' SERI ANWAR IBRAHIM SEBELUM PRU 13
Assalamualaikum dan
Salam Sejahtera! Saya mohon agar rakyat Malaysia bertenang dan dapat
meluangkan 10 minit dari masa berharga anda untuk membaca luahan hati
saya agar rakyat faham mengapa saya bersungguh-sungguh dan beria sangat
ingin merebut Putrajaya. Jika saya
katakan ia bukanlah perjuangan peribadi bagi membela ketidakadilan yang
telah berlaku ke atas saya, pastilah ramai yang tidak akan percaya
dengannya. Oleh itu, saya mengambil keputusan menulis beberapa fakta
agar ia dapat meyakinkan rakyat bahwa saya ikhlas dan jujur
memperjuangkan nasib kita semua. Saya pernah dituduh liwat beberapa
tahun lalu dan mahkamah mendapati saya tidak bersalah atau lebih tepat
saya tidak melakukan perbuatan terkutuk itu sebagaimana yang didakwa
oleh musuh-musuh politik saya. Tidak cukup dengan itu, saya kemudiannya
diheret semula ke mahkamah dengan tuduhan lain pula. Kali ini mereka
mendakwa saya telah melakukan kesalahan ‘menyalahgunakan kuasa’. Saya
akui saya tersilap mempercayai anggota polis yang sering mengiringi saya
ketika itu. Saya telah meminta beliau menyiasat siapakah penulis buku
’50 dalil mengapa Anwar tidak boleh jadi PM’. Hanya itulah kesalahan
yang mereka takrifkan sebagai ‘menyalahgunakan kuasa’ yang akhirnya
menyebabkan saya terpaksa meringkuk selama 6 tahun dalam penjara.
Bolehkah anda bayangkan perasaan saya dan keluarga ketika itu? Sebaik
keluar dari penjara, setelah 6 tahun menghabiskan sisa-sisa hidup dengan
pelbagai amalan keagamaan di dalam sana, saya amat bersyukur akhirnya
Tun Mahathir mengaku dalam satu sidang video bahwa beliau memang sengaja
mengada-adakan kesalahan saya bagi memastikan kerjaya politik saya
berkubur dalam penjara Sg.Buloh. Ramai rakyat yang telah tahu dan pernah
menonton video pengakuan Tun Mahathir ini. Anda juga boleh melihat
pengakuan Tun Mahathir di link youtube ini: http://www.youtube.com/ watch?v=aPKrsCqznS0
Apabila satu persatu tembelang BN terbongkar, mereka mulai berasa
kurang selesa serta risau dan mereka mula mengatur sebuah lagi fitnah
bagi ‘menyibukkan’ saya dengan sesuatu yang tidak pernah saya lakukan.
Tiba-tiba seorang pemuda mengaku diliwat oleh saya sehari selepas beliau
bertemu Dato Seri Mohd Najib di pejabatnya. Saya yang berada 6 tahun
dalam penjara seolah tidak pernah belajar bahwa ‘kebebasan’ itu adalah
nikmat yang harus saya syukuri. Saya sekali lagi terpaksa berhadapan
dengan kemelut yang amat memalukan saya dan keluarga. Saya ingin
bertanya, selama 6 tahun dalam penjara, berapa ramaikah banduan yang
telah saya liwat? Mengapa perlu tunggu keluar penjara untuk melakukan
perbuatan terkutuk itu? Saya sebenarnya tiada ruang untuk menjelaskan
kebenaran ini. Saya dinafikan keadilan. Saya juga turut dinafikan hak
bersuara di semua akhbar, stesen TV dan Radio milik BN. Saya tiada
tempat yang dapat menjelaskannya secara meluas kepada rakyat jelata.
Dimanakah dapat saya kemukakan bukti bahwa saya sungguh tidak pernah
melakukan perbuatan terkutuk itu? Mereka suruh saya buktikan di
mahkamah, sedang merekalah yang sebenarnya menguasai mahkamah. Ya benar!
Mahkamah kita masih belum bebas. Ia masih terus dikuasai sepenuhnya
oleh ‘orang’ yang berkuasa. Saya menolak untuk bersumpah kerana bukan
saya yang sepatutnya bersumpah, tetapi orang yang mendakwa diliwatlah
yang sepatutnya bersumpah laknat. Dia telah pun bersumpah dan biarlah
Tuhan sahaja yang melaksanakan laknat-Nya ke atas mereka yang bersumpah
bohong. Itu bukan lagi dalam kekuasaan saya. LA HAWLA WALA QUWATAILLAH
BILLAH. Jangan lupa, beberapa individu yang terbabit memfitnah saya
dahulu ada yang telah mati dengan tragis dan ada pula yang masih hidup
tetapi mengalami sakit yang aneh. Dan berhubung DNA pula, saya enggan
diambil sekali lagi sample DNA kerana mereka telah punyai DNA saya dalam
pertuduhan kes liwat yang pertama dahulu. Saya bimbang seandainya
mereka mempunyai muslihat jahat terhadap sample DNA terbaru itu nanti.
Saya harus lebih berhati-hati. Andaikata benarlah saya ini ‘kaki liwat’
sebagaimana fitnah mereka, bukankah molek jika ianya saya lakukan di
luar Negara. Saya mengajar di sebuah Universiti di Amerika Syarikat,
it’s a free country, jika benarlah saya ini kebulur sangat meliwat
seseorang, saya boleh melakukannya dengan sesiapa sahaja yang saya
ingini di sana. Mengapa harus saya lakukan perbuatan jahat itu di Negara
sendiri, di Negara yang mana saya berpolitik, berkeluarga dan mempunyai
ribuan kenalan dan sahabat handai. Ia tidak masuk akal dan tidak
munasabah. Ia satu fitnah jahat yang amat berat buat saya dan keluarga.
Justeru itu saya berazam untuk menyelamatkan Malaysia dari kejahatan
orang-orang yang jahat dan tidak berperikemanusian itu. Saya rela mati
kerana rakyat Malaysia. Hanya dengan menguasai Putrajaya sahajalah
segala tipu muslihat mereka dapat kita bongkar kepada umum. Masa itu,
anda nilailah sendiri dan saya akan memaafkan anda yang turut menuduh
dan memfitnah saya ketika ini kerana saya mengandaikan bahwa anda
‘jahil’ atau ‘tidak tahu’ ketika itu. Saya akan biarkan anda semua
berkesempatan bertaubat kepada Allah atas dosa dari kesalahan memfitnah
saya, yang disifatkan Allah dan Rasul-Nya sebagai lebih buruk daripada
membunuh satu jiwa mukmin. Berhubung pemilikan harta, setakat ini belum
ada bukti bahwa saya memiliki harta atau wang yang luar biasa banyaknya
samada dalam mahupun di luar negara. 9 tahun lamanya sebagai Menteri
Kewangan Malaysia serta Timbalan Perdana Menteri Malaysia, ramai dari
kalangan pemimpin BN yang berpendapat adalah amat bodoh saya tidak
menggunakan kesempatan untuk 'membaham' khazanah negara ketika itu.
Memang benar ketika itu saya boleh sahaja melakukannya jika mahu, ia
adalah dalam bidang kuasa saya sebagai Menteri Kewangan Malaysia, namun
hukum Allah dan syariat Islamlah yang telah membendung saya dari
melakukan perbuatan khianat seperti itu kepada rakyat Malaysia. Kami,
pemimpin Pakatan Rakyat berjuang dengan menggunakan hasil pendapatan
masing-masing dan dari kemelut 'kekurangan dana' ini, akhirnya membawa
kepada keluarnya beberapa pemimpin yang 'kononnya' ingin berjuang
bersama tetapi rupanya mempunyai hasrat 'berbeza'. Pemimpin Pakatan
Rakyat yang bercita-cita jahat untuk meratah khazanah kekayaan negara
awal-awal lagi telah 'disingkir' oleh Allah Swt melalui ujian-ujian-Nya.
Antara mereka adalah Ezam Nor dan Zulkifli Nordin, sekadar menyebut
beberapa nama dari mereka. Syukur Alhamdulillah! Baiklah, setakat itu
sahaja yang dapat saya perjelaskan tentang apa yang telah berlaku kepada
saya selama ini. Saya ingin bertanya, apakah anda sebagai rakyat
Malaysia sanggup membiarkan orang yang paling bermotif membunuh, menjadi
PM? Jika anda sangsi dengan dakwaan saya bahwa mereka,
pemimpin-pemimpin BN terpaksa bersekongkol dengan perancang utama satu
plot pembunuhan hanya kerana ‘survival’ politik mereka, cuba anda
perhatikan fakta-fakta dan bukti-bukti di bawah ini:- PEMBUNUHAN
ALTANTUYA - WAJARKAH RAKYAT MENUTUP KES INI? Firman Allah surah An
Nisaa' (105): Sesungguhnya Kami telah menurunkan kitab kepadamu dengan
membawa kebenaran, supaya kamu mengadili antara manusia dengan apa yang
telah Allah wahyukan kepadamu, dan janganlah kamu menjadi penentang
(orang-orang yang tidak bersalah), kerana membela orang-orang yang
khianat (lagi berdusta), Fakta Individu-individu yang terbabit secara
langsung @ tidak dalam kes Pembunuhan Altantuya: Altantuya Sharibuu @
Aminah bt. Abdullah adalah penterjemah Bahasa Perancis bagi urusan
pembelian kapal selam oleh Kementerian Pertahanan Malaysia melalui
'Perimekar' milik Penganalisis Strategi Ketenteraan Malaysia yang juga
merupakan teman baik Dato Seri Mohd Najib. Dato Seri Mohd Najib -
Menteri Pertahanan Malaysia / Timbalan Perdana Menteri Malaysia. Abdul
Razak Baginda - Penganalisis Pertahanan kepada Kementerian Pertahanan
Malaysia / pemilik 'Perimekar'. Ketua Inspektor Hazilah Hadri - (UTK)
yang berkhidmat sebagai 'body guard' di pejabat Dato Seri Mohd Najib.
Koperal Sirul Azhar Umar - (UTK) juga berkhidmat sebagai 'body guard' di
pejabat Dato Seri Mohd Najib. Aziz Buyong - Kolonel Tentera / Pakar bom
C4. Abdullah Ahmad Badawi - Perdana Menteri Malaysia / Menerima Kertas
Siasatan dari Penyiasat Polis Tentera Malaysia (MP). Khairy Jamaludin -
Menantu Perdana Menteri Malaysia / Menyimpan Kertas Siasatan berkenaan
bagi tujuan survival politiknya setelah ketiadaan Pak Lah nanti. Rosmah
Mansor - Isteri Dato Seri Mohd Najib / Berada di tempat mayat diletupkan
dengan C4. Norhayati - Isteri Kolonel Aziz Buyong / Pembantu Khas
Rosmah yang turut berada di tempat kejadian letupan bom C4. Fakta-Fakta
lain dalam kes Pembunuhan Kejam Altantuya: Bom C4 milik Angkatan Tentera
Malaysia. Dua anggota UTK - Suspek utama pembunuhan adalah body guard
di pejabat Dato Seri Mohd Najib. Rekod Imigresen kemasukan Altantuya dan
sepupunya ke Malaysia di'lenyap'kan oleh seseorang dari Jabatan
Imigresen Malaysia dengan arahan orang-orang tertentu bagi menutup
konspirasi ini. Zahid Hamidi ketika mengambilalih tugas Menteri
Pertahanan Malaysia akhirnya terpaksa membuat kenyataan 'konon'nya
Angkatan Tentera Malaysia tidak memiliki Bom jenis C4 dan itu adalah
amat bercanggah dengan kenyataan sepanjang kes perbicaraan Pembunuhan
Altantuya di mahkamah. Atas arahan siapakah beliau 'berbohong' dan untuk
survival siapa? Keterangan-keterangan ringkas dan jelas: Ketua
Inspektor Hazilah dan Koperal Sirul Azhar dari Unit Tindakan Khas, yang
juga merupakan ‘body guard’ Dato Seri Mohd Najib tidak pernah mengenali
Altantuya sebelum kejadian 'bunuh' itu dan tidak langsung mempunyai
'motif' untuk membunuh model berkenaan tetapi mereka berdua mungkin
telah diarah oleh sesorang 'yang berkuasa' untuk melaksanakan
kerja-kerja pembersihan dalam konspirasi pembunuhan ini. Mereka berdua
akhirnya didapati bersalah oleh mahkamah kerana membunuh dengan niat dan
dijatuhi hukuman mati oleh hakim mahkamah. Mereka ini jelas telah
'dikambing hitamkan' oleh pihak tertentu dalam usaha menutupi pekung
'pengarah sebenar konspirasi' pembunuhan Altantuya. Abdul Razak Baginda
memang mempunyai motif untuk membunuh Altantuya kerana beliau
dilaporkan 'kononnya' adalah pasangan kekasih kepada model ini dan
kedatangan Altantuya dengan sepupunya Burmaa Oyunchimeg adalah
'kononnya' untuk mengambil komisyen berjumlah US500 ribu yang dijanjikan
kepadanya seandainya pembelian kapal selam itu terlaksana. Adalah
difahamkan bahwa Syarikat milik Abdul Razak Baginda 'Perimekar' menerima
komisyen jualan sebanyak RM4.7 billion dari kerajaan Malaysia melalui
Kementerian Pertahanan Malaysia, hasil dari kejayaan dalam urusan
pembelian 3 buah kapal selam dari Perancis untuk kegunaan Tentera Laut
Malaysia. Anehnya Abdul Razak Baginda kemudiannya didapati tidak
bersalah dan dia dibebaskan sepenuhnya dari pertuduhan membunuh kerana
dilihat tiada mempunyai kuasa untuk 'mengarah' suspek utama kes, yakni
Ketua Inspektor Hazilah dan Koperal Sirul Azhar dari UTK untuk melakukan
pembunuhan mangsa (Altantuya). Jadi siapakah yang mempunyai kuasa
ketika itu? Jika diamati serta diperhalusi, 'orang yang tak berapa nak
cerdik' pun boleh menilai fakta ini dengan baik. Cuba lihat rantaian
fakta ini bagi mengaitkan siapa jua yang bermain di minda anda sebagai
'suspek sebenar' yang bertindak sebagai 'pengarah operasi' permbersihan
nama baik seorang PEMBESAR dalam kes pembunuhan ini. Siapakah PALING
BERMOTIF untuk membunuh Altantuya selain Abdul Razak Baginda? Dan fakta
yang paling penting untuk kita perhalusi adalah siapakah yang berkuasa
atau mempunyai kuasa untuk mengarah dua orang UTK (Pengawal peribadi
Dato Seri Mohd Najib - Hazilah dan Sirul) serta Pakar Bom C4 tentera
(Kolonel Aziz Buyong)? Siapakah pula yang berkemungkinan mempunyai
pengaruh dalam 'melenyapkan' rekod kemasukan Altantuya ke Malaysia?
Sudah tentulah ia melibatkan sesuatu yang AMAT BESAR sehingga perlu
dihapuskan wanita 'berbahaya' ini. Siapakah pengarah sebenar dalam
konspirasi pembunuhan ini? Apakah motif sebenar nya? Apa jua jawapan
yang bermain di'minda fikiran' anda, simpan dahulu untuk telahan fakta
berikutnya. Dato Seri Mohd Najib kemudiannya bersumpah bahwa beliau
tidak pernah mengenali dan tiada kaitan samada secara langsung atau
tidak dengan Altantuya. Sedangkan umum akhirnya mengetahui bahwa
Altantuya rupanya adalah 'Perterjemah Bahasa Perancis' yang diguna pakai
ketika berlangsungnya urusan pembelian kapal selam berkenaan. Ini
menyebabkan Dato Seri Mohd Najib 'terpaksa' juga mengenalinya walaupun
dia ingin sangat agar rakyat tahu 'konon'nya dia tidak pernah mengenali
Altantuya. Fakta ini bukan omong kosong. Ia turut dinyatakan di mahkamah
dalam sebutan kes yang berlangsung di Paris, Perancis berhubung
penipuan yang berlaku dalam skandal penjualan dan pembelian kapal selam
itu. Menambah buruk persepsi itu adalah apabila sepupu Altantuya,
Burmaa Oyunchimeg mengemukakan bukti bergambar di mahkamah ketika
diminta memberi keterangan. Bukti itu adalah gambar Abdul Razak Baginda,
Dato Seri Najib dan Altantuya sedang menjamu selera di sebuah restoran
eksklusif. Ya lah! Takan hanya kerana keluar makan bersama sahaja terus
hendak dikaitkan beliau sebagai pembunuh, itu tidak adil dan zalim
namanya. Cuma yang jelas di sini adalah Dato Seri Mohd Najib telah
bersumpah 'bohong'. Dia sebenarnya memang mengenali Altantuya. Kenapa ia
seakan hendak di’sembunyi’kan dari rakyat Malaysia? Pasti ada sebab
BESAR disebalik semua itu. Baiklah, sekarang amati pula dari sudut
berbeza, Abdul Razak Baginda hanya perlu melunaskan US500 ribu atau
hanya kira-kira RM1.6 Juta sahaja berupa komisyen kepada Altantuya. Dan
jika mengambil kira jumlah komisyen yang dimilikinya iaitu RM4.7 billion
(Ringgit Malaysia Empat Ribu Tujuh Ratus Juta), jumlah RM1.5 juta itu
amatlah kecil dan boleh dilunaskannya pada bila-bila masa sahaja. Sekali
lagi, Abdul Razak Baginda dilihat tiada sebab atau motif kukuh untuk
membunuh 'kekasih gelap'nya itu (Altantuya), dan lebih meyakinkan adalah
beliau juga dilaporkan tidak berupaya atau tidak mempunyai kuasa bagi
mengarah suspek-suspek yang terdiri dari Ketua Inspektor Hazilah,
Koperal Sirul dan Kolonel Aziz untuk melaksanakan tugas-tugas
'pembersihan' itu. C4 adalah bom milik Angkatan Tentera Malaysia, dan
harus diingat Dato Seri Mohd Najib Razak adalah Timbalan Perdana Menteri
merangkap Menteri Pertahanan Malaysia yang berkuasa penuh terhadap apa
jua aktiviti Angkatan Tentera Malaysia. Dari semua fakta ringkas di
atas, anda pasti sudah boleh mengagak serta mengetahui siapakah KETUA
sebenar dalam 'KONSPIRASI PEMBUNUHAN KEJAM' ini. Demi survival politik
dan survival parti, 'orang yang zalim' ini terpaksa dilindungi oleh
orang-orang besar parti yang lainnya. Apakah anda mengandaikan semua
barisan kepimpinan BN itu 'bodoh', 'buta' dan tidak mengetahui tentang
hal sebenar ini? Tidak, mereka semua bukanlah orang-orang yang bodoh,
malah mereka bijak berpolitik dan tahu apa sebenarnya yang sedang
berlaku. Jika begitu, jika benar mereka semua tahu, mengapa pula mereka
beria-ia menyembunyikan fakta sebenar dan sekaligus mempertahankan
'orang yang zalim' ini? Nyatanya, semua ketumbukan kepimpinan BN
sebenarnya amat sedar dan tahu akan kebenaran ini, namun mereka jauh
menyedari serta tahu bahwa menyelamatkan 'orang zalim ini' adalah sama
seperti menyelamatkan kedudukan mereka sendiri. Mereka sedar seandainya
jatuh 'orang yang zalim' ini, maka hancur berkecailah keseluruhan
empayar yang telah mereka bina selama ini. Justeru itu, mereka tiada
pilihan lain kecuali berusaha mempertahankan juga 'orang yang zalim' ini
sekalipun terpaksa 'membohongi' rakyat jelata. Tidak mungkin mereka
mahu melihat Pakatan Rakyat menguasai PUTRAJAYA hanya kerana kesilapan
yang dilakukan oleh 'orang yang zalim' ini. Mereka 'terpaksa' jua
mengangkat 'orang yang zalim' ini sebagai pemimpin mereka, walaupun hati
mereka jelas menolaknya. Sayang sekali mereka semua terlupa pada Tuhan.
Mereka terlupa bahwa Tuhan Maha Mengetahui apa sahaja yang mereka
nyatakan atau sembunyikan dalam hati mereka. Mereka lupa bahwa mereka
kelak akan tetap didatangi oleh Malaikat Maut. Mereka berusaha dan cuba
untuk melupakan semua kemelut itu demi kehidupan dunia yang fana ini.
Ada di antara mereka yang telah menerima 'hukum' Allah yakni mati, namun
yang masih hidup terus leka dan lalai dengan segala macam imbuhan
duniawi yang diterima mereka dari 'orang yang zalim' itu. Kehidupan
dunia ini adalah segalanya bagi mereka-mereka ini. Mereka tahu ada
akhirat menanti tetapi mereka berasa 'yakin' kononnya mereka berada di
pihak yang benar dan akan 'terselamat' dari api neraka. Mereka bersangka
baik terhadap harapan palsu yang dijanjikan syaitan buat mereka dan
penyokong-penyokong mereka. Sedang mereka dan penyokong mereka
bersekongkol dengan 'orang yang zalim' itu, Allah juga mempunyai
rancangan-Nya. Dan sudah tentulah perancangan Allah jauh lebih baik dari
ciptaan-Nya. Apa boleh buat saudara, kita terpaksa menunggu sehingga
ke hari pembalasan, yakni akhirat, bagi melunaskan semua yang kita
persangkakan. Takan kita semua mahu turut serta bersama mereka dalam
menyokong 'orang yang zalim' itu. Mereka sendiri pun sebenarnya
'terpaksa' menyokongnya demi survival politik sempit mereka. Ayuh rakyat
Malaysia, berfikir dan bertindaklah dalam Pilihanraya Umum nanti. Mari
kita tegakkan kebenaran dan keadilan buat semua. Kita tunjukkan bahwa
rakyatlah yang paling berkuasa, dan bukan mereka para pemimpin yang
jahat itu. Important link to the case: http://en.wikipedia.org/wiki/ Murder_of_Shaariibuugiin_Altant uyaa
Harus diberi perhatian serius bahwa Allah dan Rasul-Nya telah acap
kali mengingatkan dan memberi amaran kepada kita agar berwaspada
terhadap suatu zaman di mana pemimpin yang dusta itulah yang akan
'dipercayai' dan diberi kuasa. Ia sedang berlaku sekarang dan kita 'yang
diberi hidayah Allah' mudah membezakan antara penyokong yang melakukan
kebaikan (amal makruf) dengan mereka yang melakukan kebathilan (Mungkar)
Firman Allah surah Al Maa-idah (51): Hai orang-orang yang beriman,
janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani (yakni orang
yang suka berdusta) sebagai pemimpin-pemimpin (mu), sebahagian mereka
adalah pemimpin bagi sebahagian yang lain. Barangsiapa di antara kamu
mengambil mereka sebagai pemimpin, maka sesungguhnya orang itu termasuk
golongan mereka. Sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada
orang-orang yang zalim. Hadis Rasulullah Saw pula menegaskan bahwa:
Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: “Akan
datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang
berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan
kedustaan mereka dan membantu (mendukung/menyokong) tindakan mereka yang
berbuat aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku
daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada
di syurga)”.- Hadis Riwayat Tirmizi, Nasae’i dan Hakim. Sudah jelas
bahwa Allah dan Rasul-Nya melaknati orang-orang yang berdusta dan
berbuat aniaya. Malah penyokong-penyokong yang mendukung aspirasi
pemimpin-pemimpin jahat itu juga nantinya akan turut sama terpelosok di
kancah neraka jahannam. Pasti akan ada kelompok ini yang bertanya:
"Bagaimana pula dengan ustaz-ustaz dan ulama UMNO?. Apakah mereka ini
turut bernasib malang dan terpaksa menghuni neraka jahannam?". Jawapan
saya 'itu semua, keputusan ke mana mereka akan dikembalikan kelak, kita
serah bulat-bulat kepada Allah Azzawajalla sahaja'. Bukan kita yang
berhak menentukan ke mana kembalinya mereka nanti. Namun, di sebalik
penyerahan tawakal kepada Allah, kita harus faham bahwa Rasulullah Saw
diutus bagi menyempurnakan akhlak kita semua. Dalam sirah nabi banyak
sekali dipaparkan kisah-kisah bagaimana Rasulullah Saw bukan sahaja
bijak dalam ilmu agama, malah Baginda amat arif menilai akhlak
orang-orang di sekelilingnya. Baginda mengajar semua khalifah dan umat
ketika itu bagaimana dapat mereka mengenali samada orang itu berakhlak
terpuji atau sebaliknya. Ini bermakna, mereka para ustaz dan ulama bukan
sahaja perlu menilai pemimpin dari sudut agamanya sahaja, akhlak
pemimpin itu turut menjadi faktor utama dalam penilaian mereka sebelum
seseorang pemimpin itu wajar disokong. Seharusnya itulah yang menjadi
panduan ustaz-ustaz dan Ulama UMNO di dalam menentukan sokongan mereka.
Menyokong membabi buta akan menyebabkan mereka terdedah untuk menerima
nasib yang sama dengan kelompok ini kelak. Rasulullah Saw telah bersabda
dalam banyak hadis yang saya rangkumkan peringatannya, antara lainnya
untuk mengenali akhlak seseorang yang baik itu ada beberapa ciri utama:-
1. Pertama lihat suaminya samada dia bersolat fardhu di masjid atau
tidak? 2. Kemudian lihat isterinya, apakah dia menutup aurat atau tidak?
3. Kemudian lihat pula anak-anak gadisnya, apakah mereka menutup aurat
atau tidak? 4. Lihat bagaimana mereka sekeluarga berbelanja, apakah
mereka boros atau tidak? Walaupun banyak lagi ciri-ciri lain, solat
fardhu umpamanya, boleh dilakonkan watak itu dikhalayak ramai oleh
seorang munafik kerana kekerapan bersama dilihat menjadi faktor ia mudah
dilakonkan. Jadi, memadai melihat 4 ciri di atas yang ditekankan
Rasulullah saw, yang saya rasa amat sukar untuk dilakonkan kerana ia
memerlukan seseorang itu istiqamah dalam perilakunya itu. Itulah yang
harus dinilai terlebih dahulu agar kita dapat menetapkan kaedah menilai
individu pemimpin berkenaan seterusnya. Akhirkata, saya menyeru kepada
semua rakyat Malaysia, marilah kita 'share' amanat ini di kalangan
fb'ians' dan teman kita semua di luar sana, samada dengan mencetak dan
mengedarkan amanat ini kepada keluarga serta semua sahabat handai atau
mencetak dan mengedarkan ia di kampung-kampung, di mana maklumat
ter'sekat' oleh pembangunan yang sengaja di'tahan' ke sana oleh
pemimpin-pemimpin tertentu. Jika bukan saya serta pemimpin-pemimpin
lain dalam Pakatan Rakyat yang bangkit memperjuangkan nasib kita semua,
andalah yang terpaksa bangkit dan berjuang bersama demi kesejahteraan
generasi anak-anak kita yang akan datang. Ayuh! Marilah kita semua
'Gegakkan Gempita' kerana semboyan telahpun berbunyi. Setiap dari kita
rakyat Malaysia berkewajipan mencanang semboyan ini kepada
sekurang-kurangnya ahli keluarga terdekat. Andaikata anda berkuasa
melakukan lebih dari itu, saya dahului dengan ucapan ribuan terima kasih
yang tidak terhingga. Berilah peluang kepada Pakatan Rakyat menguasai
Putrajaya pada PRU ke 13 nanti. Saya akan pastikan semua mereka yang
boros membelanjakan wang rakyat termasuk Rosmah Mansor yang sanggup
membeli sebutir cincin berlian berharga RM24juta di kala rakyatnya ada
yang masih hidup dalam kemiskinan dan ahli keluarga kepada Ketua Wanita
UMNO Shahrizat Jalil yang tergamak membelanja sampai RM250 juta wang
dana Tabung Makanan kita dalam skandal NFC di bawa ke muka pengadilan.
Janganlah 'terpedaya' atau 'diperbodohkan' lagi hanya kerana 'sogokan'
wang RM100, RM500 dan beberapa ratus lagi menjelang pilihanraya yang
akan di'saji'kan oleh pemimpin-pemimpin BN. Lihat angka yang mereka
'baham'. angka yang diberikan kepada anda amatlah kecil berbanding
jumlah yang mereka ambil tanpa restu anda semua. Nasihat saya, anda
ambillah wang itu kerana wang itu memang milik rakyat dan bukan milik
mereka, kemudian undilah Pakatan Rakyat dalam PRU-13 nanti. Pakatan
Rakyat akan pastikan mereka-mereka yang bertanggungjawab atas setiap
kesalahan mereka itu menerima hukuman yang setimpal dengan kesalahan
yang telah mereka lakukan kepada negara dan rakyat Malaysia. Bangkitlah
wahai rakyat Malaysia!!! Oleh: Anwar Ibrahim
Rabu, 18 April 2012

Parit Sulong, Johor - Pada 14hb. April, 2012 telah menjadi tanda sejarah bagi PKR Cabang Parit Sulong apabila Datuk Sri Dr Wan Azizah Binti Wan Ismail selaku Presiden Parti Keadilan Rakyat telah meresmikan pejabat PKR Cabang Parit Sulong. Parit Keadilan Rakyat telah mula bertapak di parit sulong pada seawal tahun 1999 yang mana ketika itu parti ini dikenali sebagai Parti Keadilan Nasional. Dengan peresamian ini pejabat PKR Cabang Parit Sulong akan dijadikan bilik gerakan utama untuk PRU 13.


Selepas peresamian pejabat PKR Cabang Parit Sulong Datuk Sri Wan Azizh Wan Ismail telah ke tapak ceramah. Kira-kira 2,000 orang yang hadir pada malam itu untuk mendengar ceramah yang disampaikan oleh beliau.
Sabtu, 14 April 2012
CERAMAH UMUM ANJURAN PAKATAN RAKYAT PARIT SULONG

Kami diangkatan muda keadilan cabang parit sulong, menjemput kepada semua terutamanya bagi penduduk dikawasan parit sulong untuk hadir ke caramah umum " WANITA TOLAK UMNO PRU 13 " yang akan diadakan pada hari ini 14-4-12 jam 9-00 malam bertempat di No. 27A Kampung Separap jalan simpang lima parit sulong.
Jumaat, 6 April 2012
MENJAWAP FITNAH TERHADAP AZMIN

Timbalan Presiden PKR Azmin Ali Azmin tidak perlu jawab fitnah yang dilemparkan daripada mana-mana pihak kerana ia skrip ulangan yang telah pun dipatahkan melalui laporan Badan Pencegahan Rasuah (BPR), laporan perubatan dan juga keputusan mahkamah.
Isu fitnah tentang saham RM8.5 juta itu muncul sejak tahun 1995 dan Azmin telah disiasat Badan Pencegah Rasuah (BPR) ketika itu atas tuduhan memiliki aset yang tidak setara dengan pendapatannya. Azmin bagaimanapun terbukti tidak bersalah kerana tiada tindakan susulan daripada siasatan itu.
“Penahanan Azmin pada 16 September 1998 untuk siasatan kes Datuk Seri Anwar yang dituduh menghalang siasatan dan melindungi Setiausaha Sulitnya (Azmin) daripada kesalahan pada 1995 juga telah membuktikan bahawa polis gagal menemui sebarang bukti kukuh.
“Tuduhan terhadap Datuk Seri Anwar itu juga telah digugurkan". Perkara ini turut diulas oleh Datuk Shafee Yahaya dalam biografinya “The Shafee Yahaya Story: Estate Boy to ACA Chief” di mukasurat 306 yang menjelaskan bahawa Azmin tidak bersalah.
“Fitnah inilah yang diulang oleh Pengerusi Yayasan Pembangunan India Malaysia, S.A Vickneswaran,” kata kenyataan Pegawai Khas Azmin, Hilman Idham.
Mengenai tuduhan persoalan anak kandungnya, Azmin berserta isteri Shamsidar Taharin dan anaknya telah membuat ujian DNA dua kali, yang pertama di Institute of Science and Forensic Medicine, Singapura pada 2 Julai 1998 dan kemudiannya di Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada 28 Julai 1998.
Kedua-dua ujian ini dibuat oleh Azmin demi membersihkan fitnah jahat terhadap isteri dan anak beliau biarpun dinasihatkan supaya tidak berbuat demikian oleh Raja Aziz Addruce, peguambela Anwar.
Ujian DNA
“Kedua-dua laporan ujian DNA tersebut telah mengesahkan bahawa Azmin dan Shamsidar adalah ‘biological parent’ kepada Farah Afifah ".
“Laporan daripada hospital di Singapura itu menyebut; “The results from all three genetic loci show that the donor of blood specimen marked ‘X’ (putative father) is the biological father of the donor of the blood specimen marked ‘Y’ (child).”
“Laporan DNA yang dibuat di Hospital Kuala Lumpur atas arahan Tan Sri Musa Hassan (Ketika itu Penolong Pesuruhjaya Polis Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman) juga menunjukkan keputusan yang sama,” katanya.
Walau bagaimanapun menurut Hilman keputusan bertulis bagi ujian yang dibuat oleh Dr Zahari Noor dan Dr Dahlia tidak diserahkan kepada Azmin sehingga hari ini.
Namun, keputusan itu dipastikan melalui satu kenyataan akhbar yang dibuat oleh Ketua Polis Negara ketika itu, Tan Sri Rahim Noor yang mengesahkan penemuan DNA itu membuktikan Azmin adalah bapa kepada anak tersebut.
Katanya, melalui jalan undang-undang juga, Azmin telah membawa kes ini ke Mahkamah Seksyen Ampang dan pada Jun 2005, Datuk Khalid Jafri didapati bersalah di bawah Seksyen 8A(1) Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 kerana memfitnah Azmin dan keluarganya dalam buku ’50 Dalil Mengapa Anwar Tidak Boleh Jadi PM’.
Hakim dalam hujahnya telah menjatuhkan hukuman penjara satu tahun kepada Khalid atas kesalahan yang sangat serius kerana melibatkan banyak pihak dan kesengsaraan akibat kesan psikologi yang terpaksa ditanggung sepanjang hayat oleh anak kecil Azmin.
“Maka Ummi Hafilda (Ali) , Datuk Dr Hasan Ali atau sesiapapun tidak boleh dipercayai kerana ia adalah skrip fitnah ulangan dan telah dipatahkan melalui laporan perubatan dan juga keputusan Mahkamah. Azmin tidak harus terperangkap dengan permainan politik ini,” kata Hilman Idham.
Langgan:
Catatan (Atom)






