Isnin, 27 April 2009

TERBONGKAR SIAPA HILMI DAN KISAH SEBENAR DISEBALIK INSIDEN GAMBAR SEPARUH BOGEL WAKIL RAKYAT BUKIT LANJAN ELIZABETH WONG


Insiden "gambar separuh bogel" yang melibatkan Exco Kerajaan Negeri Selangor dan ADUN Bukit Lanjan, Elizabeth Wong telah menggemparkan seluruh negara baru-baru ini. Malah, pengedaran gambar Elizabeth menerusi internet, telah menyebabkan beliau akhirnya mengambil keputusan untuk meletakkan jawatan yang disandangnya itu. Elizabeth yang juga Ketua Penerangan Wanita Keadilan Pusat itu begitu tertekan dan amat kecewa dengan apa yang berlaku. Malah beliau rela melepaskan jawatannya itu demi membersihkan imej dan maruah peribadinya yang sedikit tercemar dengan isu tersebut. Susulan daripada kontroversi itu telah menyebabkan Elizabeth Wong diberikan cuti rehat oleh Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim selepas itu. Ramai yang menjangkakan bahawa Elizabeth akan kekal dengan hasrat beliau untuk melepaskan jawatan, tambahan pula dari riak air mukannya ternyata beliau memang sudah bertekad mahu mengundur diri. Namun segalanya tidak menjadi kenyataan, bila beliau akhirnya kembali menjalankan tugasnya sebagai Exco dan ADUN Bukit Lanjan. Sesuatu yang amat mengecewakan puak-puak UMNO dan Barisan Nasional Selangor, terutamanya Khir Toyo dan kuncu-kuncunya. Mereka berharap agar satu pilihanraya kecil dapat diadakan di Bukit Lanjan. Sudah pasti kantung mereka akan kembali terisi, bila limpahan projek "mee segera" dipunggah ke kawasan itu. Namun segala impian itu akhirnya berkecai apabila melihat Elizabeth kembali bertugas minggu lalu. Ketika isu ini hangat diperkatakan dulu, nama bintang paling popular yang disebut-sebut sebagai "dalang"nya ialah bekas tunang Elizabeth sendiri iaitu Hilmi Malek. Cuma kehebatannya gagal mengatasi Saiful Bukhari Azlan yang kononnya "mangsa liwat" Datuk Seri Anwar Ibrahim itu. Soalnya sekarang siapakah Hilmi ini sebenarnya, dan apakah benar beliau terlibat secara langsung dalam kes ini atau adakah kemungkinan adanya pihak ketiga yang telah mencaturkan segala yang terjadi ini.
Si Hilmi Rupanya Adalah Anak Dato' Malek
Beliau kini amat dikehendaki oleh pihak polis bagi membantu siasatan kes Elizabeth Wong itu. Menurut polis beliau dipercayai berada di luar negara dan kemungkinan besar di Batam Indonesia, berdasarkan kepada maklumat awal yang diterima setakat ini. Kami cuba untuk menyiasat dan membongkarkan perkara sebenarnya yang berlaku dan siapakah Hilmi Malek (foto) ini. Namanya tiba-tiba popular, malah wajahnya yang tampan itu memang dapat menyaingi kehebatan Saiful Bukhari. Persoalannya, kenapakah hingga ke hari ini pihak polis masih belum berjaya mengesan Hilmi Malek, walhal mereka tahu beliau berada di Indonesia?. Bukankah polis kita cekap dan profesional menjalankan tugas mereka. Kenapakah tidak digunakan khidmat Interpol untuk menangkap anak muda terbabit dan dibawa balik ke Malaysia. Malah, sewajarnya pihak polis tutur mendapatkan kerjasama polis Indonesia bagi menangkap Hilmi Malek. Beliau kini seolah-olah tidak diapa-apakan oleh pihak berkuasa. Inilah yang amat memusykilkan kita. Maka itu kami cuba mendapatkan gambaran sebenar siapakah Hilmi Malik, anak muda yang pernah bekerja di Pejabat Khidmat Ahli Parlimen Petaling Jaya Selatan, Hee Loy Sian. Namun dikatakan sudah berhenti mulai bulan Januari 2009 yang lalu.. Bak kata pepatah Melayu "Nak Seribu Daya, Tak Nak Seribu Dalih", maka itu kami hairan kenapakah polis kita begitu sukar untuk menjejaki Hilmi yang sudah diketahui lari ke Indonesia itu. Apakah polis Malaysia langsung tidak mempunyai jaringan hubungan kerjasama antara kedua-dua pihak?. Maka, kami cuba menyelongkar siapakah dia sebenarnya Hilmi Malek ini. Siasatan sulit kami mendapati rupa-rupanya beliau adalah merupakan anak kepada bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Pelangai, Bentong Pahang sebelum Dato' Seri Adnan Yaakob Menteri Besar sekarang ini. Bapanya dikenali dengan nama Dato' Malek mewakili UMNO dan BN bagi kerusi itu sebelum diambilalih oleh Adnan. Namun, berita terkini beliau dikatakan telah kecewa dengan UMNO dan BN dan kini bersama dengan Parti Islam SeMalaysia (PAS) dalam Pakatan Rakyat. Patutlah mereka tidak berani mendedahkan identitinya Hilmi Dato' Malek yang sebenarnya, kerana mereka malu dengan senario ini.
Di Manakah Hilmi Malek Berada Sekarang
Ramai yang tertanya-tanya, di mana sebenarnya Hilmi berada sekarang. Apakah benar beliau masih melarikan diri ke Indonesia. Maka kami cuba membuat risikan perkara ini. Rupa-rupanya kini Hilmi sebenarnya tidak lagi berada di Malaysia, tetapi telah berada di rumahnya di Ampang Selangor. Memang benar beliau telah lari ke Batam Indonesia buat seketika selepas insiden ini dihebohkan. Menurut sumber, beliau lari bukan kerana takut atau sebagainya. Sebaliknya beliau berbuat demikian kerana tidak tahan dengan perangai puak-puak UMNO yang terus datang ke rumahnya dengan membawa "habuan wang" supaya beliau meneruskan pendedahan gambar bogel Elizabeth Wong. Gambar yang disiarkan dilaman-laman internet itu sebenarnya bukanlah dilakukan oleh Hilmi. Mana mungkin beliau tergamak melakukan demikian, sedangkan beliau masih bersama Pakatan Rakyat. Maka itu bagaimana ia boleh berlaku. Kemungkinan besar pihak polis telah menggeladah rumanya untuk mendapatkan bukti-bukti hubungan beliau dengan Elizabeth. Maka akhirnya mereka berjaya mendapatkan gambar dari telefon bimbit Hilmi, yang pernah dirakamkan ketika Elizabeth sedang tidur di rumahnya. Maka dengan gambar-gambar itulah, menyebabkan Elizabeth tertekan bahkan kecewa dengan tindakan Hilmi yang merupakan bekas teman lelakinya itu. Hilmi tertekan dan tidak sanggup melakukan lebih dari itu, lantaran mahu menjauhkan diri daripada puak-puak UMNO inilah menyebabkan beliau terpaksa lari ke Indonesia. Anehnya, ketika di Indonesia tidak ada langsung pihak polis yang menjejaki beliau. Malah ketika beliau masuk semula ke Malaysia baru-baru ini, pihak Imigresen Malaysia juga tidak menahan beliau. Begitu juga ketika beliau berada di rumahnya sekarang.Tidak ada langsung kelibat anggota polis yang cuba menangkap beliau untuk didakwa dalam kes ini. Kenapa ia berlaku? Sebabnya ialah Hilmi tidak mahu bersubahat dengan mereka. Jika beliau mahu bersubahat, sudah pastilah beliau akan mendapat untung dan ganjaran besar yang sungguh lumayan sebenarnya.
Siapakah Dalang Dan Perancang Kes Elizabeth
Soalnya sekarang, kenapa pihak polis tidak menangkap Hilmi dan masih mengatakan beliau berada di Indonesia?. Mungkini juga jika beliau ditangkap sudah pasti Hilmi akan menceritakan siapakah dalang disebalik insiden ini. Lantaran itulah pihak polis mendapat arahan agar kes ini diredakan dahulu. Mereka takut Hilmi akan mendedahkan tentang penglibatan pemimpin UMNO negeri dalam usaha menjatuhkan serta memalukan Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor ini. Mujurlah, teman lelaki Elizabeth yang pernah berkhidmat dengan parti itu masih konsisten dalam tugasannya. Jika beliau boleh dijual beli, sudah pasti Elizabeth akan menerima padah yang lebih besar jika banyak lagi perkara dibongkarkan selepas ini. Kami amatlah pasti bahawa dalang sebenar di sebalik insiden ini ialah pihak-pihak yang kalah dalam pilihanraya umum ke-12 lalu. Mereka kini mencari berbagai jalan untuk mengambil alih kuasa Kerajaan Negeri Selangor, sama seperti apa yang berlaku di Perak dulu. Inilah yang amat diharapkan. Namun bila Elizabeth Wong kembali menjalankan tugasnya, begitu kecewalah puak-puak berkenaan melihat segala apa yang berlaku dihadapan mata mereka ini sebenarnya. Musnahlah segala harapan untuk mendapatkan projek-projek pilihanraya. Mahu ditangkap Hilmi, takut rahsia terdedah. Akhirnya dibiarkan anak muda itu tanpa sebarang tindakan, atas alasan beliau kini melarikan diri ke Indonesia.

Rabu, 22 April 2009

KERAJAAN NEGERI UMNO BN PERAK LELONG SEMULA 16 BUAH KERETA RESMI TOYOTA CAMRY 2.4



IPOH - Kerajaan Perak akan melelong 16 kereta Toyota Camry 2.4 yang sebelum ini digunakan sebagai kenderaan rasmi Exco pakatan pembangkang ketika menerajui pentadbiran kerajaan negeri. Menurut kenyataan tender terbuka yang dihantar ke bahagian iklan sebuah akhbar berbahasa Melayu di sini hari ini, lelongan kereta itu akan berlangsung di tempat letak kereta Bangunan Perak Darul Ridzuan di sini mulai 9.30 pagi hingga 4 petang pada 4 hingga 18 Mei ini. Kenyataan tender yang dikeluarkan pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak itu menyatakan kenderaan berkenaan boleh dibeli secara pukal atau seunit dengan harga rizab RM148,000 sebuah, Kereta itu adalah yang menggunakan nombor pendaftaran AGS10, AFD11, AFD22, AFD33, AFD55, AFD66, AFD77, AFD88, AFD99, AFD333, AFD999, AFF33, AFF88, AFF99, AGS828 dan AEU606 yang kesemuanya didaftarkan pada 9 Januari tahun ini. Kenyataan tender itu turut menyatakan semua kenderaan itu adalah baru yang digunakan antara satu hingga dua bulan, perbatuan rendah dan masih dalam tempoh jaminan tiga tahun oleh syarikat pengeluar. Kenderaan berkenaan juga mempunyai nombor pendaftaran orang kenamaan, cermin gelap bernilai RM2,000 serta bebas daripada sebarang kemalangan. Bagaimanapun, difahamkan kereta rasmi dengan nombor pendaftaran AGS10 yang digunakan bekas Menteri Besar, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin, tidak akan dilelong kerana beliau dikatakan telah membuat tempahan membeli kereta tersebut. Dokumen tender boleh didapati pada waktu pejabat mulai 4 Mei hingga 18 Mei ini di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, Bahagian Pengurusan, Aras 3, Bangunan Perak Darul Ridzuan dengan harga RM20 senaskah. Mereka yang ingin membeli kenderaan berkenaan perlu menghantar kembali surat tawaran tender itu sebelum jam 12 tengah hari pada 18 Mei ini.
Nampaknya kerajaan UMNO BN Perak begitu fobia melihat kereta Camry yang dibeli untuk kegunaan exco semasa pemerintahan kerajaan Pakatan Rakyat Perak dulu. Lantaran itulah kereta yang baru dibeli dua bulan itu mahu dilelong, walhal ia tidak mendatangkan apa-apa mudarat sekali pun jika ia digunakan terus sebagai kenderaan rasmi kerajaan negeri yang baru itu. Apakah mereka akan menukarkan semula dengan kereta lama atau membeli kereta yang lebih eksklusif untuk menjaga imej serta status exco-exco kerajaan negeri UMNO BN di Perak selepas ini agaknya. Apapun, tahniah kepada MB Nizar kerana berjaya memiliki salah satu kereta itu tanpa bertukar tangan kepada sesiapa pun setelah kerajaan negeri Pakatan Rakyat dirampas secara zalim Februari lalu.

Selasa, 21 April 2009

SENARIO PROGRAM ANWAR DAN NAJIB DI BUMI PAHANG MEMBUKTIKAN KONSEP ONE MALAYSIA ITU TERNYATA TELAH GAGAL DILAKSANAKAN



KUANTAN - Kehadiran dua pemimpin utama negara ke Kuantan Sabtu lalu amat menarik untuk diperkatakan oleh sebahagian besar penduduk di sini. Hingga sekarng, ramai yang masih lagi memperkatakan dua senario yan berbeza "antara dua darjat" sambutan rakyat kepada dua pemimpin besar itu iaitu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan juga Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Najib bertemu rakyat di Kuantan seawal jam 9.00 pagi lagi. Kehadiran Perdana Menteri disambut dengan berbagai acara program. Di Kuantan ia diadakan di Padang MPK1 yang terletak berhadapan dengan Masjid Negeri Sultan Ahmad Shah I. Laporan media arus perdana menyebut lebih 40,000 orang rakyat yang hadir ke majlis itu. Apakah benar statistik itu atau sekadar penyedap halwa telingan rakyat? Namun sesuatu yang harus diingat ialah apakah Najib benar-benar mahukan perubahan dalan kerajaan. Ini kerana program menyambut Perdana Menteri itu sudah menjadi program menyambut Presiden UMNO dan Barisan Nasional. Bukti jelas menunjukkan bahawa tiada langsung undangan yang dibuat kepada pemimpin pembangkang, parti politik pembangkang atau pun pertubuhan bukan kerajaan yang cenderung kepada pembangkang. Apa yang dapat dilihat kehadiran ramai rakyat pada sambutan itu lebih menjurus kepada projek UMNO dan BN sendiri. Ini kerana semua parti komponen dilihat mengambil bahagian dan terlibat secara langsung. Jika rakyat diutamakan, sepatutnya sambutan PM itu tidak dipolitikkan.Namun itulah hakikatnya. Senario yang sama berlaku di Pekan tatkala Najib serta rombongan pulang ke kawasannya itu. Sambutan yang dibuat juga lebih kepada berunsur politik semata-mata dan tidak langsung menggambarkan Perdana Menteri untuk seluruh rakyat di kawasan itu. Apa yang menarik pihak media termasuk RTM mengadakan lintas langsung siaran khas kembalinya Najib ke Pahang. Malah kami difahamkan banyak wang yang digunakan untuk memunggah rakyat pelbagai golongan untuk hadir beramai-ramai. Mereka dibayar upah dan disediakan makanan, biarpun ada insiden yang tidak dapat wang dan makanan itu akibat "disonglap" oleh pihak-pihak tertentu. Namun, jelas kelihatan rakyat sebenarnya memang dipaksa hadir ke kedua-dua program tersebut. Ada yang menyebut, jika tidak dipaksa sudah pasti program sambutan Perdana Menteri itu akan kelihatan hambar sebenarnya. Agensi kerajaanmewajibkan kakitangan mereka hadir. Isititusi Pengajian Tinggi Awam dan Swasta dekat sini juga memaksa pelajarnya hadir, malah ada yang memasukkannya ke dalam "jam kredit" para pelajar. Begitu juga dengan pelajar-pelajar sekolah rendah dan menengah sekitar Kuantan dan Pekan yang dipaksa hadir. Itu belum termasuk pelatih Pusat Latihan Khidmat Negara, pengakap, pandu puteri serta lain-lain pasukan beruniform dikalangan pekajar yang turut dipaksa. Pendek kata program sambutan Perdana Menteri itu dihadiri oleh mereka yang "rela dalam paksa". Bagi memberi gula-gula kepada rakyat, wang saku pula disediakan sebagai habuan. Ini bermakna, Perdana Menteri Malaysia itu telah memperkotak-katikkan nasib rakyat untuk memberi persepsi kononnya beliau disokong oleh sebahagian besar dari kalangan mereka. Walhal, dari tinjauan kami tidak sampai pun 10,000 rakyat Pahang yang hadir dalam kedua-dua program Sambutan Najib itu sebenarnya.
Bukti, rakyat yang hadir ke sambutan Najib tidak seperti yang dijangka
Terpaksa, inilah sebahagian daripada para pelajar sekolah yang hadir

Bukti, rakyat yang hadir ke sambutan Najib tidak seperti yang dijangkaTerpaksa, inilah sebahagian daripada para pelajar sekolah yang hadir.Laporan media menggambarkan seolah-olah begitu ramai rakyat yang hadir. Jika tidak dipaksa, apakah mereka tergamak mengorbankan masa cuti hujung minggu untuk berlapar dan berpanas menanti ketibaan Najib agaknya. Inilah amalan dan senrio yang dapat dilihat kepada seorang Perdana Menteri yang tidak diiktiraf oleh majoriti rakyat sebenarnya. Ini jauh sekali berbeza dengan satu lagi program yang melibatkan tokoh pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Kuantan juga pada hari yang sama dengan kehadiran Najib. Biarpun tiada elaun dan imbuhan yang ditawarkan kepada rakyat, namun mereka sanggup hadir berbondong-bondong untuk menyambut kehadiran Anwar dari siang hingga ke malam. Anwar yang merasmikan pejabat baru PKR Pahang di Jalan Beserah dekat sini, juga terkejut dengan kehadiran begitu ramai rakyat pada sebelah malamnya. Walau pun senario ini ditempelak oleh penyokong UMNO dan BN, namun mereka harus menerima hakikat bahawa rakyat yang datang ke program Anwar itu adalah dengan hati yang tulis dan ikhlas. Langsung tidak wujud unsur paksaan dan sebagainya. Malah lebih menarik lagi, mereka juga sanggup berhujan pada sebelah malam untuk mendengar ceramah Anwar. Inilah dia semangat perjuangan rakyat yang mahukan perubahan sebenarnya. Rakyat berbagai bangsa Melayu, Cina dan India sanggup datang dari jauh dan dekat semata-mata untuk bersama pemimpin PKR itu. Lautan manusia dilihat hadir pada malam itu menggambarkan bahawa sokongan rakyat semakin memuncak.
Bukti, biarpun hujan tapi ribuan rakyat membanjiri ceramah Anwar

Jumaat, 17 April 2009

TAHNIAH AMK PARIT SULONG


AMK Parit Sulong telah berjaya menjalankan ceramah umum pada 12 April yang lalu dan buat pertama kalinya dipanelkan oleh rakan seperjuangan dalam Pakatan Rakyat. Ceramah tersebut telah dijayakan oleh Tuan Haji Faisal dari PAS, Ahmad Bin Ton dari DAP dan Faris Musa menggantikan Shamsul Iskandar dari KeADILan. Program ini juga menampilkan Hasmi Hashim selaku Ketua Bahagian PKR Parit Sulong sebagai penceramah jemputan untuk menghangatkan lagi program pada malam tersebut. Antara isu yang dibangkitkan oleh ahli-ahli panel adalah berkenaan pilihanraya kecil di tiga kawasan yang mana dun Bukit Selambau dan parlimen Bukit Gantang dimenangi oleh calon dari Pakatan Rakyat. Ahli-ahli panel juga antara lain menyeru masyarakat tempatan agar memberi kepercayaan serta sokongan kepada Pakatan Rakyat dalam usaha menawan negeri Johor yang selama ini dianggap kubu kuat Barisan Nasional. Program pada malam tersebut juga diharap dapat menjadi titik tolak permulaan kebangkitan Pakatan Rakyat di negeri Johor, seterusnya merealisasikan harapan masyarakat tempatan yang inginkan perubahan dari kongkongan Barisan Nasional.

Selasa, 7 April 2009

TERTANGKAP, ENAM BUAH BAS PELANCONG DARI NEGERI SEMBILAN DISYAKI MEMBAWA PENGUNDI HANTU DITAHAN PETUGAS PAKATAN RAKYAT



BUKIT SELAMBAU - Seperti yang telah didedahkan oleh kami sebelum ini bahawa terdapat hampir 3,029 nama "orang tidak dikenali" berdaftar di DUN Bukit Selambau. Biarpun laporan polis telah dibuat oleh Timbalan Ketua AMK Pusat Fariz Musa, Skuad AMK Kedah dan tuan rumah terbabit, namun sehingga semalam tidak ada tindakan yang dibuat oleh pihak berkenaan. Laporan juga telah dibuta kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Kedah, namun seperti biasa pihak SPR menafikan kewujudan pengundi hantu biarpun banyak maklumat dan bukti-bukti kukuh bahawa terdapat alamat rumah penduduk di sini yang digunakan oleh lebih 50 orang pengundi yang tuan rumah langsung tidak mengenali mereka. Malah pihak polis juga turut memberi amaran "jangan halang pengundi", "tindakan menghalang pengundi adalah melanggar undang-undang" dan "pihak keselamatan tidak akan teragak-agak mengambil tindakan tegas terhadap pihak yang menghalang pengundi menunaikan tanggungjawab". Kenyataan ini bagi menyokong apa yang diucapkan oleh Naib Presiden UMNO, Hishamuddin Hussein dan Bekas MB Kedah Mahathir Khalid bahawa isu pengundi hantu sengaja diwar-warkan oleh pembangkang untuk meraih simpati. Kononnya jika pembangkang menang, isu itu tidak timbul. Sebaliknya jika mereka tahu akan kalah maka isu itu akan timbul dan diperbesarkan. Pihak berkenaan juga menyatakan bahawa "tuduhan parti pembangkang itu tak masuk akal", "mereka mungkin anak tempatan yang bekerja di luar dan berpakat balik mengundi bersama-sama" dan "pembangkang terdesak dan mencari alasan sebagai persediaan kalau kalah".
Inilah dia bas-bas pelancung yang datang dari Rembau
Negeri Sembilan kononnya mahu melawat Bukit Selambau
untuk pergi melancong

Bagi membuktikan kewujudan pengundi hantu di Bukit Selambau, makan malam tadi sekitar jam 2 hingga 5 pagi pihak Pakatan Rakyat telah mengadakan operasi untuk menangkap pengundi hantu yang dijangka akan mula berkeliaran dan menyeludup masuk ke sini. Dalam operasi yang dijalankan sebanyak 6 buah bas telah dikepung. 4 di pekan Kuala Trong, 1 di CALTEX Trong (NBY 9977) dan 1 di simpang Plaza Tol Changkat Jering (BHQ 5155). Semua bas itu dilindungi oleh abang botak yang menaiki Toyota Harrier nombor pendaftaran BGN 6600 dan sebuah Proton Perdana NBD 10. Rombongan itu telah mengaku datang dari Rembau Negeri Sembilan (kawasan Khairy Jamaluddin). Sebahagian mereka memberitahu datang sebagai pelancong manakala sebahagian lagi mengaku sebagai petugas pilihanraya. Beberapa orang yang lain menyatakan mereka datang sebagai pasukan sorak untuk BN di pusat-pusat pengundian. 4 buah bas yang berada di pekan Kuala Trong tidak dapat dihampiri oleh petugas-petugas Pakatan Rakyat kerana dikawal sepenuhnya oleh pasukan FRU yang datang dengan 5 buah trak. Polis dan FRU memaki hamun dan menghalau petugas-petugas Pakatan Rakyat yang mahu mendapatkan kepastian ke mana arah tujuan rombongan tengah malam itu. Belum pernah berlaku dalam sejarah di sini , bas pelancong masuk ke pekan kecil Kuala Trong pada pukul 3 pagi kononnya mahu melancong ke Pulau Pasir Hitam. Anehnya, kenapa pupa para pelancong dari Negeri Sembilan itu bercuti beramai-ramai pada hari Selasa yang bukannya cuti umum?
Bukti, sebuah Toyoya Harier BGN6600 menjadi pemandu pelancong

Kecoh, bila pihak petugas Pakatan Rakyat cuba untuk menyiasat mereka

PENGUNDIAN TIGA PILIHANRAYA KECIL BERMULA

KUALA LUMPUR - Proses pengundian bagi pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gantang di Perak dan bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Selambau di Kedah dan Batang Air, Sarawak berlangsung serentak hari ini selepas pusat pengundian dibuka jam 8 pagi ini. Di Bukit Gantang, calon Barisan Nasional (BN), Ismail Saffian menghadapi bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin daripada PAS dan calon Bebas, Kamarul Ramizu Idris. Pertandingan di Bukit Selambau pula mencatat sejarah dengan 15 calon bersaing iaitu calon BN, Datuk S Ganesan menghadapi calon Parti Keadilan Rakyat (PKR), S Manikumar serta 13 calon Bebas. Pilihan raya di Batang Air pula menyaksikan persaingan satu lawan satu antara calon BN, Malcom Mussen Lamoh dan Jawah Gerang daripada PKR. Parlimen Bukit Gantang mempunyai 55,562 pemilih berdaftar, dengan majoriti pengundi Melayu diikuti pengundi Cina dan India; manakala Bukit Selambau mempunyai 35,140 pengundi, dengan majoriti pengundi Melayu, diikuti India dan Cina. Kerusi Batang Air mempunyai 8,006 pengundi, kebanyakannya kaum Iban yang tinggal di pedalaman Sarawak. Pilihan raya di Bukit Gantang dan Batang Air diadakan berikutan kematian penyandang kerusi masing-masing iaitu Roslan Shaharum (Pas) dan Datuk Dublin Unting Inkot (BN) manakala di Bukit Selambau susulan peletakan jawatan penyandang, V Arumugam (PKR). Kebanyakan pusat pengundian dijadual ditutup jam 5 petang, dan keputusan pilihan raya dijangka diketahui seawal jam 9 malam.

TERBONGKAR, RUPA-RUPANYA KESEMUA 13 CALON BEBAS MERUPAKAN ORANG-ORANG BN YG DITUGASKAN UNTUK MEMECAHKAN UNDI PAKATAN RAKYAT

BUKIT SELAMBAU - Laporan kami yang terdahulu bahawa calon bebas di Bukit Selambau adalah ditaja oleh BN kini bagai nampak menjadi kenyataannya. Ini berikutan edisi siasatan Pakatan Rakyat mendapati hampir kesemua calon bebas terbabit rupanya adalah orang BN atau bekas pemimpin BN yang masih setia pada parti itu. Sangkaan kita sebelum ini hanya Mejar (B) Anuar Abd Hamid yang memakai lambang Telefon sahaja yang dipercayai orang UMNO dan proksi Mahathir. Khabarnya beliau akan masuk UMNO bila Mahathir diterima masuk UMNO. Maka kini "comfirm" jiwa dan raganya sudah kembali bersama UMNO. Sangkaan kita undi BN akan berpecah kepada dua satu untuk MIC dan satu lagi untuk UMNO. Tambahan pula Mahathir dijangkan menyampaikan amanatnya di Bukit Selambau jam 5.00 petang ini yang akan disiarkan secara "live" oleh RTM. Berita menggemparkan diterima apabila hampir kesemua calon-calon bebas memang ditaja atau orang-orang BN yang bertopengkan bebas sebenarnya. Tujuan mereka sudah pastinya untuk memecahkan undi Pakatan Rakyat. Target setiap seorang calon ialah menarik sekurang-kurangnya 200 undi, maka jika ada 13 calon mereka sudah berjaya membawa lari 2,600 undi atas pagar. Itu belum lagi termasuk 3,029 pengundi hantu yang telah dikesan sebelum ini. Maka itu ternyatalah bahawa UMNO dan Barisan Nasional begitu kemaruk untuk menang dalam pilihanraya kecil kali ini. Ia mungkin bagi menjaga imej dan maruah Perdana Menteri Malaysia yang baru, Dato' Seri Najib Tun Razak.Maklumat penuh tentang calon-calon terbabit ialah ANUAR B HAMID - An ex-Armed Forces major (retired), an UMNO member of Sungai Air Mendidih branch in Merbok division, frustrated with Umno after Dr. Mahathir left the party sulking. He was also responsible for closing down the Sungai Air Mendidih Umno’s Hall , RADZI B LAZIM - Claimed to be ex-PKR division chief. Its nonsense, he is now an UMNO member with several ex-PKR members including former Kedah youth chief, Zamil Ibrahim & ex-Merbok PKR chief, Mochtar Mansor, KHAMIS B AWANG - An UMNO member of Sungai Layar branch in Sungai Petani, ABD RAHIM B ABU - An UMNO member of Bukit Selambau, under the supervision of Pakjang Badri, former assemblyman of Bukit Selambau in the 1990’s , HUSAINI YAACOB - Also an UMNO member , a businessman who owns 5 quarries in Singkir, Perlis, Bukit Perak, Sik & Juru. His firm owns an UMNO associated company, Kemelong, FADZIL B ABD WAHAB - An ex-Army Officer who owns a cafe & kedai nasi kandar in Ambamgan Heights, Sg Lalang. He’s well known for his nickname “TokMisai”. He is also an UMNO samseng affiliate @ ‘Ayahanda’ Pekida.TAN HOCH HUAT - A Gerakan member of Sungai Petani, a component of Barisan Nasional., CHANDARAJAH A/L TANASEGARAN - A MIC member of Taman Ria Jaya, Sungai Petani. Also a businessman, G SARALA A/P LOGNATHAN - An ex- Kedah People’s Progressive Party Wanita Chief, VENASON A/L MICHELE - An ex-MIC member of Taman Ria Jaya, LOGANATHAN A/L RAMACHANDRAN - An ex-MIC member too , MOGANAKUMA A/L SUBRAMANIAM - An ex- MIC, a Kedah HINRAF leader, JAYAGOPAL A/L ADAIL KALAM - An ex-PKR member who was suspended by PKR Pokok Sena Division.So, for all too see, These candidates can lie about their so called secret association & UMNO Barisan National.

Ahad, 5 April 2009

PERALIHAN KUASA, AKHIRNYA MAHATHIR MOHAMAD SAH MASUK UMNO SEHARI LEBIH AWAL DARI MASA YANG DIJANJIKAN


PUTRAJAYA - Akhirnya mantan Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad sah kembali semula kepada parti UMNO hari ini, sehari sebelum tarikh yang dijanjikan Isnin ini. Beliau menyerahkan borang keahlian kepada Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Razak di kediamannya Sri Satria hari ini. Turut sama berbuat demikian ialah isteri beliau, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali, dan anak mereka, Datuk Mokhzani. Sebagai langkah permulaan, Mahathir khabarnya akan bersama dalam kempen pilihanraya kecil Bukit Gantang dan juga Bukit Selambau Isnin ini. Menurut laporan, beliau khabarnya akan mengadakan satu ceramah kahas di Bukit Selambau pada petang Isnin, yang akan disiarkan secara langsung oleh RTM pada jam 5.00 petang itu.

ISA PERLU DIMUSNAHKAN BUKAN HANYA BEBASKAN TAHANAN, ANWAR MINTA RAKYAT JANGAN TERTIPU LAGI DENGAN TATIK TERBARU KERAJAAN BN


BUKIT SELAMBAU- Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta rakyat supaya tidak tertipu dengan pengumuman pembebasan 13 tahanan ISA oleh Perdana Menteri baru, Datuk Seri Najib Tun Razak malam tadi. Ketika ditemui pemberita di Bukit Selambau, Anwar berkata pembebasan tahanan ISA itu tidak sama dengan reformasi Sepatutnya, tegas beliau, Akta Keselamatan Dalam Negeri itu dimansuhkan terus. Beliau yang juga ketua umum PKR berkata, memang sudah menjadi kebiasaan bagi perdana menteri yang baru dilantik, untuk membebaskan tahanan ISA bagi menunjukkan sikap keterbukaannya. Tetapi, katanya, selepas itu, mereka kembali semula bersikap kuku besi dan terus menggunakan ISA bila kuasa mereka terancam. Contohnya, tegas Anwar, beliau sendiri dibebaskan oleh Tun Hussein Onn selepas dilantik sebagai perdana menteri ketiga. "Tetapi selepas itu, (beliau) kembali guna ISA untuk tangkap orang. Dr Mahathir juga sama, bila naik, beliau juga bebaskan tahanan ISA. "Tetapi sampai Operasi lalang beliau tangkap orang seperti Lim Kit Siang," katanya. Anwar berkata, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi juga membebaskan tahanan ISA apabila menjadi pertama kelima. "Tetapi apabila (merasakan) kerajaannya terancam, beliau juga menangkap pemimpin Hindraf," tambahnya. Dalam ucapan sulungnya ke seluruh negara malam tadi, selain mengumumkan pembebasan 13 tahanan ISA, termasuk dua pemimpin Hindraf, Najib juga membatalkan larangan penerbitan ke atas akhbar PAS dan PKR - Harakah dan Suara Keadilan. Sementara itu, hari ini Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan pembebasan 13 tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dilakukan untuk kepentingan rakyat, bukan untuk meraih populariti. Beliau berkata mengutamakan kepentingan rakyat adalah misi terpenting dalam agenda pentadbiran negara justeru keputusan tersebut adalah justifikasi kepada aspek itu “Kalau kita tak bebaskan, mereka akan kata kerajaan bersikap menindas, tapi kalau kita bebaskan, mereka kata kita populis. Saya lakukannya demi kepentingan rakyat,” katanya hari ini.
Dua pemimpin Hindraf tersebut ialah peguam V Ganabatirau, 40, dan R Kenghadharan,40. Mereka adalah antara lima pemimpin Hindraf yang ditahan sudah hampir dua tahun. Tiga orang lagi ialah peguam M Manoharan, 46, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kota Alam Shah, P Uthayakumar, 46, dan bekas pegawai bank, K Vasantha Kumar, 36. Turut dibebaskan ialah Pakana Selama, Amir Hussain, Sundaraj Vijay, San Khaing, Wan Amin Wan Hamat, A Artas A Burhanuddin, Francis Indanan, Mohd Nazri Dollah, Mohd Arasad Patangari, Idris Lanama dan Binsali Omar Menurut Menteri Kementerian Dalam Negeri, mereka ini dibebaskan kerana tidak lagi dianggap sebagai ancaman kepada negara.

Khamis, 2 April 2009

ISU PERALIHAN KUASA PERDANA MENTERI MERUPAKAN HARI MALANG BUAT RAKYAT BILA BAKAL PM DIPERTIKAI IMEJ, MARUAH DAN KREADIBILITINYA




KUALA LUMPUR [10.26 am] - Seperti yang dijanjikan, maka tepat jam 9.56 pagi tadi khabarnya Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Badawi dan timbalannya Dato' Seri Najib Razak telah tiba di Istana Negara untuk mengadap Yang Di Pertuan Agong, Sultan Mizan Zainal Abidin bagi menyerahkan surat melepaskan jawatan Perdana Menteri dan memohon perkenan melantik Najib sebagai Perdana Menteri yang baru. Menurut maklumat, Yang Di Pertuan Agong juga sudah berkenan supaya istiadat mengangkat sumpah jawatan Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai Perdana Menteri diadakan pada 10 pagi esok. Soalnya apakah benar Pak Lah akhirnya menyerahkan jawatan PM kepada Najib dan bukan sebaliknya. Apakah rakyat Malaysia boleh menerima seorang Perdana Menteri yang dipertikaikan kreadibilitinya?. Justeru itu kami melihat apa yang bakal berlaku ini sebagai satu "episod malang" buat rakyat Malaysia. Ini kerana, belum pernah berlaku sebelum ini seorang pemimpin yang "imejnya tercalar" sebelum dilantik menjadi Perdana Menteri. Najib sebenarnya masih belum menjawab segala pertuduhan yang dikemukakan terhadapnya tentang isu rasuah dan penyelewengan yang berlaku dalam isu kapal selam Scorpene, helikopter Eurocopter, jet pejuang Sukhoi dan banyak lagi kes termasuk isu pembunuhan Altantunya. Biarpun Najib menafikan beliau terlibat dalam kes-kes tersebut, namun rakyat melihat selagi beliau tidak hadir sebagai saksi di mahkamah ini bermakna kreadibiliti beliau masih diragui. Ia berbeza dengan kes Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang terpaksa berhadapan dengan kes mahkamah dan akhirnya dipenjara dan kemudianya dibebaskan. Ini bermakna segala pertuduhan yang dibuat terhadap dirinya telah dijawab dan dibersihkan di mahkamah. Ia berbeza dengan Najib, beliau langsung tidak hadir ke mahkamah malah mencari jalan untuk mengelak dari dipanggil sebagai saksi terutamanya dalam kes pembunuhan wanita Monggolia Altantunya Shariibuu itu.Maka disini, bagaimana kita harus menerima yang Najib seorang pemimpin yang bersih dan suci dan rakyat boleh menerima beliau sebagai Perdana Menteri?. Najib sepatutnya sedar akan perkara ini. Jika beliau menganggap bahawa segala pertuduhan yang dibuat terhadap dirinya itu adalah fitnah semata-mata, maka beliau boleh menyaman media antarabangsa yang telah menyiarkan berita tentang penglibatan beliau dalam kes Altantunya. Baru-baru ini sebuah akhbar Perancis, Liberation telah menyiarkan berita dan artikel tentang kes tersebut. Malah berita itu juga turut disiarkan di banyak media asing di seluruh dunia. Masyarakat dunia mempertikaikan kewibaan serta imej Najib. Laporan tersebut turut disiarkan dalam kebanyakan laman web popular di seluruh duni. Ini bermakna, masyarakat dunia melihat apakah kewajaran Malaysia melantik seseorang yang terlibat dalam skandal besar seperti itu sebagai Perdana Menteri?. Najib tidak menafikan segala laporan berkenaan, malah tidak pula bertindak menyaman akhbar dan laman web negara terbabit. Beliau harus membersihkan namanya terlebih dahulu sebelum bersedia untuk memimpin negara. Pak Lah harus lebih bertanggungjawab demi rakyat Malaysia sebenarnya. Memberi kuasa dengan mudah kepada "orang yang dipertikaikan kreadilitinya" jelas sekali menghancurkan harapan majoriti rakyat Malaysia. Najib hanya disokong oleh pemimpin dan ahli UMNO yang memang sudah tidak nampak "mana intan mana kaca". Ini kerana mereka telah dikaburi dengan limpahan kemewahan dan politik wang yang bermaharajalela dalam UMNO selama ini. Maka itulah mereka menyokong Najib membabi buta tanpa boleh memikirkan langsung impak dan akibatnya kepada ekonomi negara pada masa akan datang.
Dengan bukti-bukti ini sudah cukup untuk membuktikan bahawa masyarakat dunia memandang "hina kepada Malaysia jika melantik Najib sebagai Perdana Menteri yang baru". Apakah semua ini tidak disedari oleh Pak Lah? Atau mungkin juga beliau takut sekali lagi dituduh tidak berpegang kepada janji. Pak Lah agak selesa selepas berjaya menaikkan Khairy Jamaluddin sebagai Ketua Pemuda UMNO dan meminggirkan anak Mahathir, Mukhriz dalam pemilihan pergerakan itu baru-baru ini. Lantaran itulah agaknya beliau akhirnya bersedia meneruskan agenda peralihan kuasa. Bayangkan jika Khairy tewas, apakah beliau akan meneruskan hasrat tersebut. Jika ini yang bermain dikepala Pak Lah, maka ternyata Pak Lah tidak berjiwa rakyat sebaliknya lebih kepada "survival politik" beliau sendiri. Jika beliau memikirkan nasib rakyat, beliah harus membatalkan perjanjian pelan peralihan kuasa yang dirancang itu. Jika tidak kita takut Malaysia akan terus dipandang hina di mata dunia, bahkan pelabur asing takut untuk menanam modal lagi di negara ini. Itu belum termasuknya dengan kegawatan ekonomi yang menyebabkan banyak pelaburan asing ditarik balik sekarang ini.

PILIHANRAYA KECIL BUKTI SELAMBAU, TUAN RUMAH BUAT LAPURAN POLIS DAKWAAN 40 PENGUNDI HANTU GUNA ALAMAT RUMAH TANPA KEBENARAN



Bukti laporan polis perihal pengundi hantu yg
di buat malam tadi.

BUKIT SELAMBAU [11.43 am] - Satu laporan polis telah dibuat terhadap Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berhubung dengan isu pengundi hantu malam tadi. Laporan dibuat oleh Tuan Hj. Abdul Lariff B Nat Noor yang mana alamat rumahnya dipercayai telah digunakan oleh 40 orang yang tidak dikenali sebagai pengundi pilihanraya kecil Bukit Selambau tanpa kebenarannya. Beliau amat kecewa dengan tindakan tersebut dan menyangkal dakwaan Pengerusi SPR Kedah dan Naib Presiden UMNO, Hishamuddin Hussein yang mengatakan bahawa tiada pengundi hantu seperti yang diwar-warkan itu. Beliau juga terkejut bagaimana alamat rumahnya boleh digunakan sedangkan hanya beliau dan isterinya sahaja yang menetap di situ. Ini adalah satu penyelewengan yang telah dirancang dengan rapi oleh pihak-pihak tertentu. Turut mengiringi beliau ialah Timbalan Ketua AMK Pusat, Fariz Musa. Sementara itu Fariz menegaskan bahawa Angkatan Muda Keadlian (AMK) dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) mempunyai hak untuk membuat analisis dan sistem bagi mengesan pengundi hantu. Kini terbukti jelas bahawa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah dipergunakan oleh pihak tertentu bagi mendaoatkan kuasa dan menang dalam pilihanraya kecil itu nanti. Justeru itu Fariz menyeru agar SPR bersikap lebih telus dan membersihkan senarai daftar pemilih sebelum tarikh pilihanraya 7 April ini. Manakala itu pada hari ini juga satu memorandum akan diserahkan kepada pihak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) di Pejabat Daerah Kuala Muda berhubung dengan perkara ini.

Rabu, 1 April 2009

WUJUD PENGUNDI HANTU PENGARAH SPR KEDAH SANGKAL DAKWAAN MANAKALA HISHAMUDDIN KATA PEMBANGKANG DOUBLE STANDARD KEPADA BN !!






BUKIT SELAMBAU [12.35 pm] - Pengarah SPR Negeri Kedah, Zainal Abidin Zakaria (foto) dan Naib Presiden UMNO, Hishamuddin Hussin hari ini menyangkal dakwaan yang dibuat oleh Timbalan Ketua AMK, Fariz Musa semalam. Fariz mendakwa, dari keseluruhan 3,544 pengundi di sebuah Taman di Taman Bandar Baru, Sungai Petani, seramai 2,215 atau 63 peratus dari jumlah penduduk di kawasan itu dikesan sebagai pengundi hantu dan pengundi ragu. “Sebagai contoh, di sebuah rumah bernombor 3 di Taman Bandar Baru, terdapat sehingga 60 orang menetap dalam rumah tersebut. Yang menimbulkan persoalan ialah bukan hanya jumlah yang ramai tinggal dalam sebuah rumah tetapi ada kaum dari melayu, cina dan India menghuni rumah yang sama,” katanya. Menurut beliau lagi pengundi hantu tersebut berjaya dikesan menerusi Sistem Pilihanraya (Sismep) yang dikendalikan oleh KeADILan dan sehingga kini sebanyak 67 buah rumah di kawasan taman perumahan tersebut dikenalpasti terdapat pengundi hantu. “Berdasarkan kad Pengenalan mereka, terdapat kod-kod yang bukan dari negeri Kedah seperti 04, 06, 07, 08 dan sebagainya,” katanya.Kata Fariz, AMK kini sedang mengenal pasti beberapa lagi Taman perumahan yang dipercayai wujud pengundi hantu dan akan mengambil tindakan untuk pergi ke rumah-rumah tersebut bagi membuat pengesahan. “Ini baru satu lokaliti yang berjaya dikesan, bermakna terdapat banyak lagi kawasan perumahan yang masih dalam kajian. Kita akan kenalpasti dan berikan perhatian serius kepada isu ini supaya pada 7 April nanti, pengundi yang keluar mengundi ialah mereka yang betul-betul ‘genuine’,” katanya. Jesteru itu beliau mendesak Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR) supaya mengambil tindaan segera dan membersihkan senarai pengundi hantu yang terdapat di kawasan tersebut supaya proses demokrasi dalam pilihanraya kecil ini berjalan dengan lancar. “Kita minta SPR ambil tindakan yang drastik untuk membersihkan daftar pengundi dan yang paling penting ialah kita mahukan ketelusan dan biarkan pengundi Bukit Selambau untuk membuat keputusan siapakah calon yang layak untuk mewakili mereka,” ujarnya.

Kenyataan dangkal Hishamuddin (foto) yang menyelar pembangkang kerana mempersoalkan terdapatnya pengundi hantu di kawasan tersebut. "Saya rasa pembangkang sudah ketandusan isu, setiap kali pilihanraya mereka mengatakan ada pengundi hantu. Tetapi bila mereka menang, perkara itu tidak didedahkan. Mereka menang lima negeri dulu, tidak bunyi pun pengundi hantu. Bukit Selambau adalah terletak dalam negeri Kedah yang dikuasai oleh pembangkang. Maka kenapa mereka tuduh ada pengundi hantu?. Sedangkan ketika mereka menang dulu perkara ini tidak dibangkitkan langsung" kata Hishamuddin. Sementara itu Ketua Pengarah SPR Kedah pula menyebut beliau kecewa dengan tindakan AMK Keadilan membuat sidang media tanpa merujuk kepada SPR. "Tidak ada pengundi hantu seperti yang diwar-warkan sebenarnya. Mungkin ada sesetengah rumah yang didiami oleh ramai penghuni. Mungkin juga ada penghuni yang sudah berpindah dan rumah itu didiami penghuni baru. Maka itu tidak wujud pengundi hantu. Jika ada, sila kemukakan bukti untuk disiasat oleh pihak SPR sebelum apa-apa tindakan diputuskan" katanya.


AKHBAR SUARA KEAMANAN GANTI SUARA KEADILAN



PETALING JAYA [11.00 am] - Bermula hari ini akhbar Suara Keamanan diterbitkan bagi menggantikan akhbar Suara Keadilan yang digantung oleh Kementerian Dalam Negeri dua minggu lalu. Perkara tersebut disahkan oleh Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat (PKR), Tian Chua (foto), semalam. Bagaimanapun Chua menegaskan penerbitan akhbar tersebut bersifat sementara sahaja. "Bermula hari ini akhbar Suara Keamanan akan menjadi akhbar rasmi kita secara tidak langsung. Penyokong PKR dan orang ramai boleh mendapatkannya dikedai-kedai kerana ia telah mula dijual sejak pagi semalam," katanya. Menjelaskan lebih lanjut mengenai isu tersebut Chua berkata parti tidak terlibat secara langsung dalam penerbitan akhbart tersebut kerana usaha penerbitan akhbar tersebut diusahakan oleh seorang individu yang merupakan penyokong setia kepada parti itu. Difahamkan edisi pertama Suara Keamanan yang sudah berada dipasaran bermula hari ini masih mengekalkan konsep dan pendekatan politik yang sama seperti akhbar Suara Keadilan dan ia akan diterbitkan secara mingguan. Chua yang juga ahli Parlimen Batu menjelaskan, PKR menyokong penuh usaha yang dilakukan oleh individu yang disifatkan sangat setia kepada perjuangan PKR. "Akhbar ini menjadi salah satu alat untuk kita salurkan maklumat terkini kepada ahli-ahli parti, lebih-lebih lagi menjelang tiga pilihan raya yang bakal menjelang 7 April ini. "Kita lihat inilah langkah terbaik untuk mengatasi masalah penggantungan akhbar rasmi kita. Kita mahu ahli parti dapat maklumat terkini dan kita tidak mahu mereka terpengaruh dengan dakyah Barisan Nasional," katanya.