Selasa, 21 April 2009

SENARIO PROGRAM ANWAR DAN NAJIB DI BUMI PAHANG MEMBUKTIKAN KONSEP ONE MALAYSIA ITU TERNYATA TELAH GAGAL DILAKSANAKAN



KUANTAN - Kehadiran dua pemimpin utama negara ke Kuantan Sabtu lalu amat menarik untuk diperkatakan oleh sebahagian besar penduduk di sini. Hingga sekarng, ramai yang masih lagi memperkatakan dua senario yan berbeza "antara dua darjat" sambutan rakyat kepada dua pemimpin besar itu iaitu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan juga Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Najib bertemu rakyat di Kuantan seawal jam 9.00 pagi lagi. Kehadiran Perdana Menteri disambut dengan berbagai acara program. Di Kuantan ia diadakan di Padang MPK1 yang terletak berhadapan dengan Masjid Negeri Sultan Ahmad Shah I. Laporan media arus perdana menyebut lebih 40,000 orang rakyat yang hadir ke majlis itu. Apakah benar statistik itu atau sekadar penyedap halwa telingan rakyat? Namun sesuatu yang harus diingat ialah apakah Najib benar-benar mahukan perubahan dalan kerajaan. Ini kerana program menyambut Perdana Menteri itu sudah menjadi program menyambut Presiden UMNO dan Barisan Nasional. Bukti jelas menunjukkan bahawa tiada langsung undangan yang dibuat kepada pemimpin pembangkang, parti politik pembangkang atau pun pertubuhan bukan kerajaan yang cenderung kepada pembangkang. Apa yang dapat dilihat kehadiran ramai rakyat pada sambutan itu lebih menjurus kepada projek UMNO dan BN sendiri. Ini kerana semua parti komponen dilihat mengambil bahagian dan terlibat secara langsung. Jika rakyat diutamakan, sepatutnya sambutan PM itu tidak dipolitikkan.Namun itulah hakikatnya. Senario yang sama berlaku di Pekan tatkala Najib serta rombongan pulang ke kawasannya itu. Sambutan yang dibuat juga lebih kepada berunsur politik semata-mata dan tidak langsung menggambarkan Perdana Menteri untuk seluruh rakyat di kawasan itu. Apa yang menarik pihak media termasuk RTM mengadakan lintas langsung siaran khas kembalinya Najib ke Pahang. Malah kami difahamkan banyak wang yang digunakan untuk memunggah rakyat pelbagai golongan untuk hadir beramai-ramai. Mereka dibayar upah dan disediakan makanan, biarpun ada insiden yang tidak dapat wang dan makanan itu akibat "disonglap" oleh pihak-pihak tertentu. Namun, jelas kelihatan rakyat sebenarnya memang dipaksa hadir ke kedua-dua program tersebut. Ada yang menyebut, jika tidak dipaksa sudah pasti program sambutan Perdana Menteri itu akan kelihatan hambar sebenarnya. Agensi kerajaanmewajibkan kakitangan mereka hadir. Isititusi Pengajian Tinggi Awam dan Swasta dekat sini juga memaksa pelajarnya hadir, malah ada yang memasukkannya ke dalam "jam kredit" para pelajar. Begitu juga dengan pelajar-pelajar sekolah rendah dan menengah sekitar Kuantan dan Pekan yang dipaksa hadir. Itu belum termasuk pelatih Pusat Latihan Khidmat Negara, pengakap, pandu puteri serta lain-lain pasukan beruniform dikalangan pekajar yang turut dipaksa. Pendek kata program sambutan Perdana Menteri itu dihadiri oleh mereka yang "rela dalam paksa". Bagi memberi gula-gula kepada rakyat, wang saku pula disediakan sebagai habuan. Ini bermakna, Perdana Menteri Malaysia itu telah memperkotak-katikkan nasib rakyat untuk memberi persepsi kononnya beliau disokong oleh sebahagian besar dari kalangan mereka. Walhal, dari tinjauan kami tidak sampai pun 10,000 rakyat Pahang yang hadir dalam kedua-dua program Sambutan Najib itu sebenarnya.
Bukti, rakyat yang hadir ke sambutan Najib tidak seperti yang dijangka
Terpaksa, inilah sebahagian daripada para pelajar sekolah yang hadir

Bukti, rakyat yang hadir ke sambutan Najib tidak seperti yang dijangkaTerpaksa, inilah sebahagian daripada para pelajar sekolah yang hadir.Laporan media menggambarkan seolah-olah begitu ramai rakyat yang hadir. Jika tidak dipaksa, apakah mereka tergamak mengorbankan masa cuti hujung minggu untuk berlapar dan berpanas menanti ketibaan Najib agaknya. Inilah amalan dan senrio yang dapat dilihat kepada seorang Perdana Menteri yang tidak diiktiraf oleh majoriti rakyat sebenarnya. Ini jauh sekali berbeza dengan satu lagi program yang melibatkan tokoh pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Kuantan juga pada hari yang sama dengan kehadiran Najib. Biarpun tiada elaun dan imbuhan yang ditawarkan kepada rakyat, namun mereka sanggup hadir berbondong-bondong untuk menyambut kehadiran Anwar dari siang hingga ke malam. Anwar yang merasmikan pejabat baru PKR Pahang di Jalan Beserah dekat sini, juga terkejut dengan kehadiran begitu ramai rakyat pada sebelah malamnya. Walau pun senario ini ditempelak oleh penyokong UMNO dan BN, namun mereka harus menerima hakikat bahawa rakyat yang datang ke program Anwar itu adalah dengan hati yang tulis dan ikhlas. Langsung tidak wujud unsur paksaan dan sebagainya. Malah lebih menarik lagi, mereka juga sanggup berhujan pada sebelah malam untuk mendengar ceramah Anwar. Inilah dia semangat perjuangan rakyat yang mahukan perubahan sebenarnya. Rakyat berbagai bangsa Melayu, Cina dan India sanggup datang dari jauh dan dekat semata-mata untuk bersama pemimpin PKR itu. Lautan manusia dilihat hadir pada malam itu menggambarkan bahawa sokongan rakyat semakin memuncak.
Bukti, biarpun hujan tapi ribuan rakyat membanjiri ceramah Anwar

Tiada ulasan:

Catat Ulasan