Jumaat, 17 April 2009

TAHNIAH AMK PARIT SULONG


AMK Parit Sulong telah berjaya menjalankan ceramah umum pada 12 April yang lalu dan buat pertama kalinya dipanelkan oleh rakan seperjuangan dalam Pakatan Rakyat. Ceramah tersebut telah dijayakan oleh Tuan Haji Faisal dari PAS, Ahmad Bin Ton dari DAP dan Faris Musa menggantikan Shamsul Iskandar dari KeADILan. Program ini juga menampilkan Hasmi Hashim selaku Ketua Bahagian PKR Parit Sulong sebagai penceramah jemputan untuk menghangatkan lagi program pada malam tersebut. Antara isu yang dibangkitkan oleh ahli-ahli panel adalah berkenaan pilihanraya kecil di tiga kawasan yang mana dun Bukit Selambau dan parlimen Bukit Gantang dimenangi oleh calon dari Pakatan Rakyat. Ahli-ahli panel juga antara lain menyeru masyarakat tempatan agar memberi kepercayaan serta sokongan kepada Pakatan Rakyat dalam usaha menawan negeri Johor yang selama ini dianggap kubu kuat Barisan Nasional. Program pada malam tersebut juga diharap dapat menjadi titik tolak permulaan kebangkitan Pakatan Rakyat di negeri Johor, seterusnya merealisasikan harapan masyarakat tempatan yang inginkan perubahan dari kongkongan Barisan Nasional.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan