Dalam satu suara kesepakatan, gagasan kerajaan alternatif Pakatan Rakyat memulakan persidangan dengan ucapan perdana dari tiga pemimpinertinggi Pakatan Rakyat.Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat Anwar Ibrahim menyorot perhatian perwakilan kepada misi utama pembentukan gagasan ini – meleburkan dasar perkauman yang membelit kesedaran rakyat Malaysia.“Kali pertama dalam sejarah politik negara, dasar pakatan rakyat adalah dasar yang cukup jelas. Prinsip kita ialah meleburkan dasar perkauman yang sempit,” tegas Anwar.
“Dengan kepercayaan yang diberikan, kita harus memartabatkan demokrasi dari kepimpinan yang tertinggi hingga ke peringkat akar umbi,” tambahnya lagi disambut tepukan gemuruh para hadirin.Mantan Timbalan Perdana Menteri ini menambah bahawa membasmi indoktrinasi 50 tahun pemerintah Umno-BN melalui dasar pecah dan perintah bukanlah satu tugas yang mudah.Ia memerlukan pengorbanan, ketegasan prinsip, dan yang lebih utama kematangan yang tinggi dari semua komponen masyarakat, bukan sekadar menuntut majoriti mengalah kepada tuntutan demokrasi.“Saya ingin mengesyorkan supaya kaum-kaum Cina, India atau Iban supaya meleburkan sikap perkauman yang ada dalam diri,” katanya.
“Maka dengan inilah, keyakinan dari semua bangsa dan agama di negara dapat diraih seraya menjadikan dasar bersama Pakatan Rakyat suatu realiti,” tegas Anwar.Beliau berkata demikian di hadapan 1,500 perwakilan serata negara hari ini. Persidangan hari ini dijangka meluluskan Dokumen Bersama pembentukan Pakatan Rakyat sebagai satu gagasan rasmi.Dokumen ini memuatkan dasar-dasar umum yang dikongsi PKR, Pas dan DAP sebagai tujahan melawan cengkaman Umno-BN.Perkara utama yang dituntut Dokumen Bersama ini adalah penerapan demokrasi telus dan tulen dalam proses politik tanahair.Pakatan Rakyat berikrar untuk mempertahankan Perlembagaan Persekutuan sebagai panduan melestarikan demokrasi dan hak asasi setiap warganegara.
Pakatan Rakyat juga komited mempertahankan kedudukan agama Islam sebagai agama Persekutuan dan melindungi kebebasan beragama untuk masyarakat bukan Islam, serta memartabatkan bahasa Melayu sebagai lingua franca serantau.Titik-bengit pertelagahan politik hari ini seringkali berbangkit dari isu keistimewaan Melayu dan Bumiputera. Dalam isu ini, Pakatan Rakyat berjanji bahawa kedudukan ini tidak akan dipertikaikan, bahkan dipertahan selaras dengan tuntutan Perlembagaan.“Jangan percaya pada 1Malaysia, tetapi percayalah pada kemampuan Pakatan Rakyat untuk mempertahankan hak semua bangsa dan agama di negara ini,” tegas Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng.Lim Guan Eng dalam ucapannya berkata perhimpunan ini berbeza dari retorik Umno-BN, Pakatan Rakyat membuktikan komitmen yang jitu. “Kita harus rapatkan barisan dan kekal utuh, dan dengan itu rakyat akan percaya pada perjuangan kita,” tambah beliau.Amanat Presiden Pas Abdul Hadi Awang kepada 1,500 delegasi menyimpulkan sejauh mana komitmen dan tolak-ansur semua komponen Pakatan Rakyat.“Pertimbangan hari ini adalah memetakan laluan menuju kejayaan. Keutamaan harus diberikan pada perkara-perkara yang telah kita persetujui. Isu-isu berbangkit yang lain boleh ditangani kemudian,” kata
Tiada ulasan:
Catat Ulasan