Ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan fitnah dari media arus perdana secara konsisten terhadap dirinya adalah antara usaha untuk meruntuh Pakatan Rakyat (Pakatan) yang baru-baru ini mengeluarkan “Dasar Bersama Pakatan Rakyat.”
“Fitnah yang dipintal membuktikan pimpinan umno-barisan nasional bersungguh-sungguh mahukan saya dihumban ke dalam penjara. Siang malam media yang dikongkong mengolah propaganda bertujuan merasuk minda dan nurani rakyat. Saya digambarkan kononnya takut berhadapan dengan mahkamah dan sengaja melengah-lengahkan perbicaraan,“ tulisnya.
Lagi, janganlah kerana nak mengampu, integriti dan maruah diri digadaikan. Apa yang saya dan barisan peguam pembela lakukan adalah untuk menuntut keadilan dilaksanakan sepenuhnya. Kami menuntut satu proses perbicaraan yang adil serta bebas.
“Kelihatannya serangan bertali arus dan usaha memenjarakan saya bertujuan memporak perandakan Pakatan Rakyat. Namun mereka lupa, ikatan yang mengikat perjuangan Pakatan Rakyat berasaskan kemahuan dan cita-cita membawa Perubahan kepada negara ini.”Anwar berkata demikian di dalam blognya, Anwar Ibrahim Blog.
Dalam entry yang bertajuk “Tekad Mengharungi Gelombang Fitnah” itu juga Anwar turut mempersoalkan tindakan pihak pendakwa yang tidak menyerahkan bukti pendakwaan.Tulisnya mempertikaikan pihak pendakwaan, keengganan pihak pendakwa menyerahkan dokumen serta bukti sesuai dengan peruntukan seksyen 51A Kanun Acara Jenayah menzahirkan hasrat mereka untuk menjadikan perbicaraan ini umpama satu serangan hendap, sedangkan ini bersalahan dengan prinsip kedaulatan undang-undang yang menuntut agar kes ini dibicarakan secara adil.”
Tiada ulasan:
Catat Ulasan