Rabu, 23 Disember 2009

SIDANG AKHBAR ROSMAH TERENCAT DENGAN SOALAN 'CEPUMAS'

rosmah Isteri Perdana Menteri, Rosmah Mansor (gambar) terus diasak dengan soalan yang ‘melemaskannya’ menyebabkan sidang akhbar yang diadakannya terus ditamatkan serta merta.
Isu terbaru pemindahan wang RM600,000 secara tidak sah ke Dubai Ogos tahun lalu, yang didedahkan oleh Pengarah Strategi Pakatan Rakyat, Tian Chua.

Sebelum ini, pada sidang akhbar di Singapura, Rosmah juga ditanya mengenai pelbagai dakwaan buruk terhadapnya, yang dipercayai mengenai pendedahan penyiasat persendirian P Balasubramaniam yang mengaitkannya dengan ‘kehilangan’ nya yang misteri serta pembunuhan model mongolia Altantuya Shaariibuu. Beliau menyifatkan semuanya itu tuduhan-tuduhan liar yang dilemparkan oleh musuh-musuh politiknya.

Hari ini sekali lagi, beliau disergah dengan soalan ‘cepumas’. Apabila pemberita bertanyakan hal pemindahan wang berkenaan, sidang media itu terus ditamatkan.
"Saya tidak mengulas gosip. Saya tidak mengulas pembohongan. tanyalah soalan yang relevan yang lebih besar untuk manfaat semua rakyat Malaysia," katanya pada sidang akhbar yang terhenti separuh jalan selepas majlis pemberian bantuan khas Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat kepada 10 NGO di sebuah hotel di Kuala Lumpur tengah hari ini.
Hadir sama menteri berkenaan Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil dan Menteri Pelancongan Datuk Seri Dr Ng Yen Yen.
Pada 17 Disember lalu, Tian Chua mendakwa berlaku pemindahan wang sebanyak RM600,000 kepada Rosmah melalui pengurup wang, yang kini dikenakan tindakan oleh Bank Negara Malaysia.
Ahli Parlimen Batu itu, mendakwa mempunyai dokumen mengenai pemindahan wang itu oleh pihak yang tidak disebutkannya.
Tian Chua mendakwa wang tersebut "kemungkinan bagi membiayai urusan membeli-belah" isteri perdana menteri.

Isnin, 21 Disember 2009

Cissss...Cakap Hebat...Tapi ada penyakit B1N1


Di Parlimen Cakap Berdegar-degar, Di Rumah Dengan Bini Terketar-ketar!!!


Kawan saya pernah berkata untuk melihat bagaimana karekter seorang boss lelaki di rumah, lihat bagaimana dia melayan pekerjanya di pejabat/tempat kerja. Mengikut ilmu saikologi, kata kawan itu, boss yang suka melenting dan garang tak menentu di pejabat/tempat kerja adalah jenis boss yang sebenarnya menikus dengan bini di rumah. Tapi jika boss lelaki itu steady saja di pejabat/tempat kerja, dia adalah boss yang dapat menguasai isterinya di rumah.

Dari pengalaman saya yang pernah bekerja dengan ramai boss (lelaki dan perempuan), apa yang rakan saya kata itu hampir boleh dipercayai 100%. Saya punya banyak pengalaman dengan boss-boss lelaki yang garang di luar tapi kecut telur di rumah. Kadang-kadang, kecut telur jenis yang sangat melampau, hingga bila out station pun, bininya tanya macam-macam, seperti kita nie spy nya pula.

Di Parlimen, ramai Ahli Parlimen yang selalu berlagak garang, malah kadang-kadang garang tidak menentu sampai tahap biadap, suka mencarut dan suka mencelah tidak tentu hala bila Ahli Parlimen lain sedang berbahas. Mereka jenis ini bukan saja ada di kerusi kerajaan tapi juga pembangkang.

Salah seorang yang suka buat kacau dan sering menunjukkan aksi garang tak menentu ialah Bung Mokhtar, Ahli Parlimen Kinabatangan yang dikatakan baru berkahwin dengan seorang artis montel sexy bernama Zizie Ezzette. Yang menarik tentang perkahwinan mereka ialah Bung cuba menafikannya, walaupun sahabat handai, rakan taulan mengakui perkahwinan itu benar-benar berlangsung pada malam Rabu lepas.

Secara tak sengaja saya tebaca komen Zizie mengenai perkahwinannya dengan Bung Mokhtar dalam MM sebentar tadi. Tiba-tiba saya rasa kesian dengan Zizie apabila dia menyatakan:

"Saya tak mau orang kata saya gembira dengan berita (pekahwinan) ini, kerana dalam masa yang sama ada hati (maksudnya isteri pertama Bung) yang sedang menangis. Sebab itulah saya tidak boleh buat apa-apa kenyataan. Tanyalah Datuk (Bung) jika mahukan kepastian. Tanyalah Datuk. Kita ini perempuan, tak elok kalau terlalu banyak buat kenyataan. Nanti ada hati yang terguris. Kami (Bung dan Zizie) seang mencari tarikh yang sesuai dan masa yang sesuai sebelum apa-apa pengumuman rasmi dibuat. Dia (Datuk) ada keluarga, ada banyak hati yang perlu dijaga"

Memang betullah tu. Bung perlu banyak menjaga banyak hati. Perlu menjaga hati bini nombor satu, perlu jaga hati bini nombor dua, perlu jaga hati empat anaknya, perlu jaga hati mertua sebelah bini nombor satu dan dua, perlu jaga hati orang kawasannya...

Tapi yang peliknya ketika di Parlimen, Bung bercakap ikut suka hati saja. Dia tak pernah terfikir hendak jaga hati orang lain. Nak memaki, nak mencarut, nak tunjuk lagak samseng, dia tidak peduli, kecuali bila ada PM dalam Dewan; dia cool sikit.

Di Parlimen dia garang, seperti tidak takut sesiapa. Tapi dalam isu kahwin bini baru bernama Zizie ini, Bung seperti takutkan sesuatu. Sampai bila Zizie sudah mengesahkan mereka sudah kahwin, tapi Bung masih cuba merahsiakannya. Bung masih takut-takut untuk berterus terang. Takut hantu atau takut bini?

Jadi, memang sah, Bung penakut orangnya. Hendak mengaku buat perkara mulia - membina masjid - pun Bung takut untuk berkata terus terang.

Seperti kata kawan saya, orang yang berlagak berani di luar sebenarnya sangat penakut bila berada di rumah. Seperti Bung jugalah di Parlimen cakap berdegar, tapi dengan bini tua terketar-ketar.

HUSAM MUSA : JANGAN-JANGAN MENTERI PERTAHANAN PUN BOLEH HILANG?



Enjin jet perang kita boleh hilang?

Satu hari, mungkin satu batalion tentera kita juga 'hilang'?

Ia satu jenayah serius yang melibatkan keselamatan negara.

Jika benar enjin yang sudah terpasang di jet perang dan jet itu bersama enjinnya sudah berada dalam negara, tetapi kemudian boleh hilang dan telah dibeli orang, ia bukan sahaja isu tentera. Ia juga isu kastam, polis dan inteligen negara.

Mungkinkah kehilangan enjin yang sudah tentu tidak kecil dan tidak ringan itu, hanya berlaku atas kertas? Maksud saya, enjin itu sebenarnya secara fizikal tidak pernah memasuki negara ini. Ia hanya transaksi atas kertas. Bill penghantaran sampai, dalam inventori ia ada, tetapi fizikalnya ia sudah pun dihantar ke destinasi pembeli sejak hari pertama.

Ini mungkin sekadar fiksi saya. Tapi andainya modus operandi sebegini memang berlaku, bayangkan apa lagi yang telah dibeli tetapi 'hilang' dan ke mana jatuh peralatan itu?

Tugas kerajaan sekarang bukan sahaja menyiasat enjin pesawat F-5E yang telah kini menjadi milik negara lain, tetapi juga siasatan menyeluruh terhadap kemungkinan wujudnya modus operandi sebegini yang tentunya melibatkan lebih banyak 'kehilangan' segala peralatan perang kita, termasuk bekalan makanan dan logistik yang lain.

Kalau enjin jet boleh lesap, apa lah sangat dengan beras, telur dan segala macam yang lebih ringan dan mudah.

Apa lagi, ia melibatkan pihak yang 'lebih tinggi' dalam Kementerian Pertahanan sendiri.

Jangan mudah Menteri Pertahanan menolak isu ini kepada satu dua pegawai tentera semata-mata, tetapi mesti bersedia untuk semakan menyeluruh oleh Suruhanjaya yang lebih telus.

Dalam kesempatan ini juga, saya menarik perhatian terhadap bekalan peralatan bermutu rendah, bahkan dalam setengah keadaan, membahayakan tentera kita.

Seperti yang dibangkitkan oleh YB Saifuddin Nasution dan YB Mahfuz di Parlimen, payung terjun yang dibekalkan oleh syarikat tertentu belum dikaji untuk ditarik balik. Sedangkan ia dikatakan telah melibatkan tujuh kematian tentera kita kerana spesifikasi yang tempang. Pihak tentera sudah tentu menyedari hal ini dan langkah segera perlu diambil dengan melupakan hubungan syarikat kroni, jika ada, dfalam hal ini.

Lebih banyak penelitian dalam isu-isu bekalan peralatan ketenteraan mungkin lebih mengukuhkan pasukan pertahanan negara.

Tindakan menyeluruh yang segera boleh membantu mengutuhkan integriti tentera di mata rakyat. Majoriti tentera kita sanggup berkorban jiwa raga dan mereka pasukan yang berdisipin dan begitu setia kepada negara pada setiap masa. Hargailah keikhlasan majoriti mereka dengan memberikan yang terbaik kepada mereka tanpa sebarang ruang pernyelewengan oleh sebegitu kecil pihak berkepentingan.

Sistem pemantauan lebih telus perlu mengambil termpatnya sekarang.

KABINET PERLU BERTANGGUNGJAWAP KEHILANGAN ENJIN E F-5E

SISTEM KETENTERAAN KITA DICURI..... SAMALAH RAHSIA NEGARA DICURI.....!!! JADI KERAJAAN UMNO @ BN KENA JAWAP LAH......!!!




Kabinet perlu bertanggungjawab keatas kehilangan enjin pesawat pejuang F-5E milik Tentera Udara Diraja Malaysia.

Menyifatkan kehilangan aset tentera ke tangan syarikat asing sebagai kebocoran serius keselamatan negara, Ahli Parlimen Johari Abdul berkata, kesalahan tidak harus dibebankan pada bahu pegawai tentera semata-mata.

"Bukan pegawai kerajaan yang harus dipersalahkan, tetapi yang harus dipersalahkan ialah mereka yang menjaga polisi iaitu kabinet dan seluruh jawatankuasa kabinet," katanya ketika dihubungi, petang tadi.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, enjin bernilai RM50 juta ini dikesan hilang dari Gudang Material Udara 1, Pengkalan Udara Sungai Besi pada 2007 dan didapati telah dijual kepada sebuah syarikat di Amerika Selatan.

“Didapati bahawa sistem penghantaran oleh pihak Tentera Udara Diraja Malaysia ini mempunyai sistem yang cukup baik tapi mungkin disebabkan ianya dilakukan oleh sekumpulan pegawai bawahan yang cukup terancang dengan pihak luar,” katanya.

Zahid menambah sistem inventori pertahanan akan dirombak dengan serta-merta sebagai respon kepada kecurian ini.

Johari walaubagaimanapun menyeru satu siasatan terperinci dijalankan dengan hasil laporan siasatan itu diserahkan ke persidangan Dewan Rakyat tahun hadapan.

"Rombakan sahaja tidak mencukupi, kita mahu investigation dilakukan dan semua mesti dimaklumkan kepada parlimen. Dan kita pasti akan bertanyakan soalan ini dan seluruh pembangkang pasti akan mengupas isu ini secara halus," katanya.

Ahli Parlimen ini tidak yakin hanya empat suspek terlibat dalam kes penyeludupan aset tentera ini.

Ahad, 20 Disember 2009

DOKUMEN BERSAMA PR MARTABAT DEMOKRASI DAN HAK



Dalam satu suara kesepakatan, gagasan kerajaan alternatif Pakatan Rakyat memulakan persidangan dengan ucapan perdana dari tiga pemimpinertinggi Pakatan Rakyat.Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat Anwar Ibrahim menyorot perhatian perwakilan kepada misi utama pembentukan gagasan ini – meleburkan dasar perkauman yang membelit kesedaran rakyat Malaysia.“Kali pertama dalam sejarah politik negara, dasar pakatan rakyat adalah dasar yang cukup jelas. Prinsip kita ialah meleburkan dasar perkauman yang sempit,” tegas Anwar.
“Dengan kepercayaan yang diberikan, kita harus memartabatkan demokrasi dari kepimpinan yang tertinggi hingga ke peringkat akar umbi,” tambahnya lagi disambut tepukan gemuruh para hadirin.Mantan Timbalan Perdana Menteri ini menambah bahawa membasmi indoktrinasi 50 tahun pemerintah Umno-BN melalui dasar pecah dan perintah bukanlah satu tugas yang mudah.Ia memerlukan pengorbanan, ketegasan prinsip, dan yang lebih utama kematangan yang tinggi dari semua komponen masyarakat, bukan sekadar menuntut majoriti mengalah kepada tuntutan demokrasi.“Saya ingin mengesyorkan supaya kaum-kaum Cina, India atau Iban supaya meleburkan sikap perkauman yang ada dalam diri,” katanya.
“Maka dengan inilah, keyakinan dari semua bangsa dan agama di negara dapat diraih seraya menjadikan dasar bersama Pakatan Rakyat suatu realiti,” tegas Anwar.Beliau berkata demikian di hadapan 1,500 perwakilan serata negara hari ini. Persidangan hari ini dijangka meluluskan Dokumen Bersama pembentukan Pakatan Rakyat sebagai satu gagasan rasmi.Dokumen ini memuatkan dasar-dasar umum yang dikongsi PKR, Pas dan DAP sebagai tujahan melawan cengkaman Umno-BN.Perkara utama yang dituntut Dokumen Bersama ini adalah penerapan demokrasi telus dan tulen dalam proses politik tanahair.Pakatan Rakyat berikrar untuk mempertahankan Perlembagaan Persekutuan sebagai panduan melestarikan demokrasi dan hak asasi setiap warganegara.
Pakatan Rakyat juga komited mempertahankan kedudukan agama Islam sebagai agama Persekutuan dan melindungi kebebasan beragama untuk masyarakat bukan Islam, serta memartabatkan bahasa Melayu sebagai lingua franca serantau.Titik-bengit pertelagahan politik hari ini seringkali berbangkit dari isu keistimewaan Melayu dan Bumiputera. Dalam isu ini, Pakatan Rakyat berjanji bahawa kedudukan ini tidak akan dipertikaikan, bahkan dipertahan selaras dengan tuntutan Perlembagaan.“Jangan percaya pada 1Malaysia, tetapi percayalah pada kemampuan Pakatan Rakyat untuk mempertahankan hak semua bangsa dan agama di negara ini,” tegas Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng.Lim Guan Eng dalam ucapannya berkata perhimpunan ini berbeza dari retorik Umno-BN, Pakatan Rakyat membuktikan komitmen yang jitu. “Kita harus rapatkan barisan dan kekal utuh, dan dengan itu rakyat akan percaya pada perjuangan kita,” tambah beliau.Amanat Presiden Pas Abdul Hadi Awang kepada 1,500 delegasi menyimpulkan sejauh mana komitmen dan tolak-ansur semua komponen Pakatan Rakyat.“Pertimbangan hari ini adalah memetakan laluan menuju kejayaan. Keutamaan harus diberikan pada perkara-perkara yang telah kita persetujui. Isu-isu berbangkit yang lain boleh ditangani kemudian,” kata

Sabtu, 19 Disember 2009

KARPAL NEKAT BELA DSAI


Pengerusi DAP, Karpal Singh nekad menggunakan segala kepakarannya dalam bidang perundangan untuk membebaskan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada tuduhan yang dilemparkan terhadapnya."Saya akan menggunakan kebolehan saya agar beliau dilepaskan daripada tuduhan yang tidak berasas. Saya akan memastikan beliau tidak disabitkan dan dipenjarakan sekali lagi," katanya.Beliau berkata demikian pada sesi rumusan tiga pemimpin di Konvensyen Pakatan Rakyat (PR) Pertama yang diadakan di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), hari ini.Turut memberi rumusan ialah Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Ketua Umum Keadilan Datuk Seri Anwar Ibrahim.Menurut Karpal, kes perbicaraan Anwar dijadualkan pada 25 Januari hingga 25 Februari depan."Pihak pendakwaan akan menggunakan setiap cara atau peluang untuk membuat pendakwaan terhadap Anwar."Kami bersedia untuk berlawan dengan mereka kerana tiada sebab rasional untuk dakwaan tersebut dibuat di peringkat awal lagi," katanya.Karpal mendakwa, ini adalah kali kedua pihak tertentu cuba menamatkan kerjaya politik Anwar.Anwar pernah dipenjarakan pada tahun 1999 selama 6 tahun atas kesalahan rasuah.Sementara itu, Karpal menggesa PR 'membersihkan' institusi kehakiman apabila berjaya menawan Putrajaya kelak.

Jumaat, 18 Disember 2009

KONVENSYEN PR: Satu pengukuhan perjuangan



Angin Pendamai atau Winds of Peace, yang dicipta oleh penyanyi Blues Gang, Ito, akan bergema pada konvensyen pertama Pakatan Rakyat (PR) esok. Mampukah Angin Pendamai yang menjadi tema lagu konvensyen esok menjadi titik permulaan kepada penyatuan perjuangan dan matlamat berdasarkan polisi bersama sebagai langkah pertama ke arah menerajui kerajaan pusat selepas PRU13?

Resolusi yang bakal diumumkan pada konvensyen esok hasil perbincangan pelbagai peringkat beberapa bulan lalu untuk menghasilkan satu rangka persefahaman bersama, sudah boleh dianggap satu pencapaian. Dan esok, 1,500 perwakilan dari ketiga-tiga parti yang berbeza ideologi – PAS, PKR dan DAP – yang menjadi pendokong PR akan menentukan hala tuju gagasan itu dalam memperlengkapkan diri sebagai ’bakal’ peneraju kerajaan persekutuan. Jika dikaji keputusan PRU12 secara halus, kejayaan PR yang menghilangkan majoriti 2/3 BN di parlimen dan memenangi 5 negeri, tidak termasuk Wilayah Kuala Lumpur yang hampir disapu bersih oleh PR, dicapai bukan berteraskan satu landasan perjuangan yang sekata.

Mereka bergerak atas sentimen me’nyah’kan 2/3 majoriti parlimen BN kerana bimbang dengan pelbagai penyelewengan yang diamalkan oleh Umno-BN hingga sudah membarah, bimbang-bimbang negara akan muflis. Usaha ke arah menyelaraskan perjuangan diteruskan. Sedikit demi sedikit, tapi dengan penuh keyakinan, mereka merapatkan jurang perbezaan yang ada bersandarkan kesedaran membina sebuah negara yang komited untuk rakyat. Laporan Ketua Audit Negara yang memuji kecekapan pentadbiran PR di empat negeri yang di perintahnya, Kelantan, Kedah, Pulau Pinang dan Selangor, membuktikan ketelusan, kecekapan dan integriti PR sebagai kerajaan yang sudah bersedia untuk mengambil alih kepimpinan negara.
.
Kesan daripada PRU12, memperlihatkan kemunculan pakatan pembangkang mampu memainkan peranan “mengawasi dan menegur” terhadap pentadbiran Umno-BNl dalam melaksanakan tanggungjawab terhadap rakyat. Di sebalik kejayaan tersebut, PAS, PKR dan DAP dan terus mencari formula terbaik ke arah mewujudkan persefahaman jitu sesama mereka.
Tanpa bergerak pada satu landasan perjuangan bersama, PR sudah mampu membuktikan kewibawaan, sekalipun tidak dinafikan ada kelemahan-kelemahan yang sering digunakan oleh media arus perdana untuk melaga-lagakan gagasan itu.

Namun tempoh setahun setengah pemerintahan sejak PRU12 Mac tahun lalu, ia boleh dianggap pencapaian yang jauh lebih baik berbanding Umno-BN yang sudah menerajui negara ini selama 52 tahun. Maka konvensyen sulung PR esok pastinya dinanti dengan penuh debaran, tapi lebih kepada satu harapan di kalangan rakyat yang mahukan perubahan untuk melihat ‘negara yang komited’ untuk rakyat. Ramai tidak mengharapkan semua perjuangan dan ideologi akan dapat di ’selaraskan’ mengikut satu landasan bersama. Tapi sedikit kemajuan hasil konvensyen itu sudah cukup untuk menjadi titik permulaan meletakkan PR di landasan yang betul untuk terus bergerak atas polisi bersama dengan konsep ketuanan rakyat.

Adalah diharapkan selepas konvensyen sulung ini, PR yang kini memiliki 82 kerusi Parlimen berbanding 137 BN, mampu menghayun langkah pertama menggantikan BN. Bukankah destinasi PR ke Parlimen sebagai kerajaan persekutuan bermula dengan langkah yang pertama?

PERSIDANGAN PAKATAN RAKYAT TEMPA SEJARAH BARU POLITIK NEGARA


19 Disember 2009 membuka tirai baru dalam judul politik tanahair.

Buat pertama kalinya, 1,500 perwakilan dari tiga parti dari jalur politik berlainan akan berhimpun dibawah satu bumbung untuk memeterai wadah umum perjuangan gagasan Pakatan Rakyat. Mereka akan meluluskan rangka kerja dasar yang dikongsi bersama komponen gagasan ini yang akan menjadi mercu gerakan mereka menumbangkan Barisan Nasional dan membentuk kerajaan persekutuan yang baru.

Sesungguhnya pembentukan dokumen umum ini yang dirumuskan oleh pemimpin Parti Keadilan Rakyat, Pas dan DAP adalah satu pencapaian yang menakjubkan. Meliputi prinsip bersama ketiga-tiga parti itu - Pas dari jalur Islamik, DAP yang cenderung kepada demokrasi sosial dan PKR yang menuruti arus liberal - rangkakerja ini adalah satu anjakan baru mengukuhkan Pakatan Rakyat sebagai alternatif untuk rakyat.

Apa yang akan dicanangkan kepada perwakilan di Persidangan Kebangsaan Pakatan Rakyat adalah matlamat bersama menuju kerajaan yang lebih baik untuk kesejahteraan seluruh rakyat Malaysia. Di kalangan pemerhati politik, persidangan ini adalah sejarah baru politik negara, dengan para perwakilan berkongsi pengalaman bekerja dalam satu barisan sejak 21 bulan yang lepas dan cuba membentuk gagasan majmuk yang benar-benar berwibawa.

Perikatan yang dibentuk secara mendadak oleh PKR, Pas dan DAP ini mengejutkan ramai pihak dengan kejayaan menumbangkan kekuatan dua-pertiga BN pada Mac 2008. Gagasan ini turut berkuasa di lima dari 13 negeri di Malaysia. Namun semenjak itu Pakatan Rakyat bergelut untuk menampilkan gagasan itu sebagai satu ketumbukan yang ampuh menentang BN dan aparatus gagasan perkauman itu keatas media arus perdana, agensi kerajaan dan perbendaharaan negara.

Gerombolan pengkritik dari BN tidak membuang masa menonjolkan kepincangan dalam dokumen satu wadah ini, mendakwa bahawa pakatan pembangkang di Malaysia tidak mempunyai rekod menyamai prestasi BN mengurustadbir Malaysia, mahupun kewibawaan untuk memulihkan masalah-masalah runcing dalam masyarakat majmuk di negara ini.

Disebalik usaha pengkritik di ruang maya dan arus media perdana untuk meremehkan dokumen satu wadah ini, Selangor bagaimanapun bersedia untuk menganjurkan persidangan ini dan memuatkan perwakilan dari seluruh negara khususnya dari Sabah dan Sarawak. Ucaptama dan amanat penting akan disampaikan oleh Ketua Umum PKR Anwar Ibrahim, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng dan Presiden Pas Abdul Hadi Awang.

Persidangan ini juga akan menyaksikan logo bersama Pakatan Rakyat. Logo ini memaparkan tiga daun palem yang mewakili tiga parti dalam Pakatan Rakyat. Daun palem ini mengelilingi lima kelopak bunga mewakili Melayu, Cina, India, Dayak dan Kadazandusuns. Lagu tema persindangan ini ialah Angai Pendawai, karya Ito dari Blues Gang.

Khamis, 17 Disember 2009

BN SEMEMANGNYA MUDAH LUPA..!




deretan bendera BN,Inilah gambaran buat Ahli BN

uncle kua dibantu oleh DS Nizar

uncle Kua duduk diatas kerusi roda sumbangan DS Nizar


uncle Kua dan isteri bergambar bersama DS Nizar
Berusia 62 tahun seorang tua dan isterinya yang dikenali dengan nama Kua Bong Sing atau uncle kua telah mendiami rumah ini sejak lama dahulu.Sehinggakan beliau sanggup menjadikan rumah beliau sebagai bilik gerakan MCA cawangan terong di dalam Parlimen Bukit Gantang.Beliau yang merupakan ahli MCA dan penyokong BN sejak 20 tahun yang lalu seolah-olah hanya sekadar menjadi ahlinya.Untuk pengetahuan semua Kerusi Dun Terong telah dimenangi oleh Yb Rosli,
dan Dun Terong merupakan kubu tradisi bagi BN.Namun secara faktanya kebanyakan dari penduduk miskin di sekitar Parlimen Bukit Gantang terdiri daripada penduduk di dalam Dun Terong.

Uncle Kua merupakan individu yang sanggup mewakafkan rumahnya sendiri sebagai Bilik Gerakan MCA sejak 20 tahun yang lalu.Sesiapa sahaja yang melintasi pekan Terong pasti akan melihat rumah uncle Kua yang berada dideretan rumah-rumah kedai disana. Pada 12.12.2009 yang lalu,uncle Kua telah mengadu keperitan hidupnya kepada Pegawai Khas Dato Seri Nizar di dun Terong.Untuk pengetahuan semua Uncle Kua lumpuh sejak beberapa tahun yang lalu kerana ditimpa kemalangan dan memerlukan sebuah kerusi roda sebagai memudahkan pergerakannya.Dato Seri Ir Hj Nizar Jamaluddin yang telah diberitahu oleh pegawainya dan telah berbesar hati menghulurkan bantuan dengan menyediakan sebuah kerusi roda dan sumbangan tersebut telah disampaikan sendiri oleh Dato Seri ketika bersama Rakyat di Parlimen Beliau tempoh hari.

Beliau menyatakan bahawa sumbangan mahupun bantuan yang diberikan bukan hanya untuk rakyat yang menyokong PR namun boleh disifatkan bahawa Dato Seri Nizar merupakan Pemimpin Rakyat yang membantu Rakyat tanpa mengira parti dan kefahaman mereka.Uncle Kua bukan ahli ataupun penyokong BN yang pertama telah dibantu oleh Dato Seri Nizar akan tetapi telah ramai yang mendapat bantuan dari Beliau.Prinsip yang diamalkan oleh Dato Seri Ir Hj Nizar amat memudahkan bagi Rakyat tanpa mengira Parti,Pemikiran dan Kefahaman Politik mereka memohon sebarang bantuan kepada Beliau.

20 tahun bersama BN memberikan sokongan kepada Adun Terong tidak menampakan bahawa nasib uncle Kua terbela.Bayangkan sekiranya Uncle Kua yang sememangnya ahli MCA dan sanggup berbuat apa sahaja demi BN tidak mendapat pembelaan sewajarnya,apakah kita mengharapkan BN mampu membela nasib rakyat yang lain.Kami juga difahamkan bahawa YB Rosli walaupun tinggal di Bukit Gantang namun Beliau jarang turun ke DUN nya untuk bersama-sama dengan Rakyat.

Nasib Uncle kua hanya diibaratkan seperti Basikal Tua ini….


Apakah pemimpin dari BN yang kita harapkan lagi untuk memimpin..???Anda Fikirlah sendiri..??