Jumaat, 21 Ogos 2009

MAHAHTIR "MUDAH LUPA" MULA BERSUARA



Sesuatu yang lebih mengejutkan kita ialah tentang kelantangan Mahathir Mohamad (foto), untuk bersuara dan memperli pula Tuan Guru Nik Aziz berhubung perkara ini. Kenyataan media dipetik, yang mana mantan PM itu memperlekehkan kewibawaan Nik Aziz sambil mengatakan yang Nik Aziz cukup hebat kerana boleh menentukan siapa masuk syurga dan siapa yang akan masuk neraka. Mahathir seolah-olah menganggap yang Nik Aziz sudah menjadi seperti tuhan, dan mana-mana umat Islam yang mahu tahu kemana destinasi mereka di akhirat kelak bolehlah berjumpa dengan Nik Aziz. Ucapan dan kata nista ini jelas sekali melambangkan keangkuhan Mahathir sebenarnya. Beliau sepatutnya bersyukur kerana masih boleh hidup dan terus bernafas untuk membersihkan segala dosa-dosa yang terpalit ke atas dirinya sejak sekian lama. Mahathir adalah orang yang bertanggungjawab merosakkan segalanya. Bahkan beliau juga pernah menghina Islam dan Rasullullah sendiri. Namun, dek kerana kuasa yang ada maka tiada siapa yang berani untuk mengambil tindakan terhadap Mahathir hatta Majlis Fatwa Kebangsaan sekali pun. Namun, bila terkena kepada pemimpin Pakatan Rakyat dan Nik Aziz ini, tiba-tiba pula Majlis Fatwa boleh mengeluarkan kenyataan bahawa tindakan Nik Aziz itu jelas sekali menyeleweng daripada Islam yang sebenarnya. Maknanya Majlis Fatwa sudah terpalit juga dengan dosa-dosa puak-puak mereka. Fatwa yang boleh dijual beli memang banyak akan kita dengar di akhir zaman ini.Mahathir tidak layak untuk menghina apatah lagi mencerca Nik Aziz sebenarnya. Malah beliaulah yang telah menukarkan akhlak dan akidah ramai rakyat Malaysia gara-gara sistem pentadbiran dan undang-undang yang bercelaru dan rosak di zaman pemerintahannya. Kini, dek kerana diberi gelaran "penasihat kerajaan Malaysia", maka Mahathir cuba untuk mempertahankan kebobrokan kerajaam UMNO dan BN pula. Sepatutnya, di penghujung hayat ini beliau memikirkan soal beribadat kepada Allah dan mengingati mati yang bakal menjemput tiba bila-bila masa sahaja. Tapi, dek kerana gila dan nyanyok Mahathir terus berkata-kata yang terkadang menambahkan lagi kecelaruan yang melanda. Bagi kami soal syurga dan neraka memang Allah yang akan menentukan kepada semua manusia. Namun, jika UMNO yang sudah dipimpin oleh orang Melayu dan Islam itu engkar dengan perintah Allah untuk melaksakan hukum serta undang-undang yang telah termaktub dalam kitabNya. Ia bermakna puak-puak UMNO telah menentang hukum Allah. Bagi sesiapa yang berbuat demikian dan menyokong manusia yang menolak hukum Allah maka dalam hadis dan ayat-ayat Al-Quran jelas mengatakan ke "Neraka"lah tempat tuju mereka diakhirat kelak. Maka itu, tiada kesalahan untuk Tuan Guru Nik Aziz berkata demikian. Beliau merujuk kepada Al-Quran dan Hadis yang sahih bukan seperti Mahathir yang bercakap hanya menggunakan akal fikiran yang sudah lama "tidak waras itu". Apakah ini salah buat mereka, sedangkan mereka juga bertuhankan Allah dan berkitabkan Al-Quran?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan