Khamis, 6 Ogos 2009

Opps....! JANGAN SEMBARANG HEMBUS



Situasi sering mengubah pendirian seseorang, apatah lagi yang mendesak. Setiap dari kita tidak pernah lari dari keadaan yang meruncing itu. Bezanya setiap kita ada yang masih kekal jitu kemantapan dan kewarasan untuk mengambil pendirian yang berubah dan ramai dari kita yang hanyut jauh dari asas yang kukuh untuk membuat keputusan.

Kita di tuntut berubah dari kebajatan kepada hikmah, dari kegelapan kepada pencerahan, dari palsu kepada kebenaran, dari kezaliman lagi menindas kepada keadilan lagi murni. Jika kita tergolong dari insan yang melakukan perubahan-perubahan ini adakah kita telah menderhaka dan mengkhinatinya? Ya benar kita pengkhianat dan derhaka kepada kebajatan. kepada kegelapan, kepada kepalsuan, dan kepada kezaliman lagi menindas. Adakah pengkhianat jenis ini di pandang hina dan jijik? Ya benar hina dan jijik bagi mereka yang mempertahankan kebajatan, kegelapan,kepalsuan dan kezaliman. Mereka ini pendukung setia, mereka ini keras prinsipnya dan mereka ini hitam hatinya.

Rakyat Malaysia hari ini tidak kira Melayunya, Cinanya, Indianya, Khadazannya, Ibannya bersatu dan bersetuju dengan "si pengkhianat" tadi. Mereka sedar, mereka harus berubah kepada cahaya. Mereka ingin negeri ini di tadbir oleh penguasa yang tahu jelas prinsipnya, terserlah karismanya,benar kebenarannya, dan adil keadilannya. "si pengkhianat ini ada semua ciri-ciri tersebut. "Si pengkhianat ini berbangsa Melayu, beragama Islam. berulang kali "Si pengkhianat ini memberi jaminan yang hak perlembagaan tidak akan tercabar jika beliau dan pakatannya mentadbir negeri ini. "Si pengkhianat" ini akan menjaga melayunya, Islamnya, hak keistimewaan bangsa dan rajanya, malahan akan menjaga semua bangsa negeri ini mengikut perlembagaan dengan seadilnya. "biar mereka (kaum selain melayu) tahu ini juga negara mereka, mereka juga sebahagian dari negara ini" terngiang-ngiang suara beliau memberi keyakinan kepada bangsa negaranya. Harus diingat, jaminan "Si pengkhianat"
ini bukan menjelma ketika pilihanraya semata malah penyataan jaminan yang konsisten sepanjang masa, tidak pernah berubah.

Apabila rakyat berdiri teguh di belakang "Si pengkhianat" ini, mulalah gelabah sang pendukung setia yang hitam hatinya. Mereka mula menghembus sembarangan. Mereka kian terdesak dengan situasi. Mereka berpendapat dengan menghembus, "si pengkhianat" ini akan dicap pengkhianat selamanya. Mereka sendiri tidak pasti adakah "si penghkhianat" ini benar-benar pengkhianat ataupun pejuang bangsa. Maka dihembusnya "si pengkhianat" ini supaya rakyat tahu mereka juga tidak pasti adakah "si pengkhianat" ini adalah seorang pengkhianat. Secara tiba-tiba mereka telah menunjukkan kelemahan akal budi. Mereka sudah tidak berjaya menawan hati rakyat. bukan itu saja malah berdepan dengan tindakan undang-undang oleh"si pengkhianat" ini jika enggan memohon maaf.

Rakyat semakin bijak, rakyat semakin tahu hak mereka dan rakyat semakin kenal siapa "si pejuang bangsa" di hati putih mereka. Ibarat pepatah anak muda," makan boleh sebarang makan tapi hembus jangan sembarang hembus"
salam...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan