Ahad, 30 Ogos 2009

MELAYU YANG ME'LAYU'KAN MELAYU.


Betulkah akan dakwaan UMNO bahawa Dato' Seri Anwar Ibarhim pengkhianat melayu?. Adakah sebarang bukti yang menyokong dakwaan tersebut?. Sebenarnya UMNOlah yang telah me'layu'kan bangsa Melayu. Tengoklah sendiri, selama bertahun-tahun di bawah pemerintahan mereka bangsa Melayu semakin layu dan kian malap. Bila ada kesedaran dikalangan orang Melayu untuk bangkit mempertahankan hak-hak mereka melalui parti-parti yang boleh memperjuangkan nasib mereka, mereka dikatakan mengkhianati bangsa sendiri.

Hakikat yang sebenarnya itu adalah salah satu cara rakyat terutamanya orang-orang Melayu menolak kepimpinan UMNO yang selama ini wujud hanya ketika musim pilihanraya sahaja. Selama 52 tahun genap pada tahun ini sambutan kemerdekaan, sebegitulah juga genap 52 tahun UMNO menjadi parti dominan dalam Barisan Nasional memerintah Malaysia. Seperti yang kita semua sedia maklum, semua wakil dalam UMNO adalah orang Melayu yang sama serupa dengan bangsa Melayu yang lain. Akan tetapi mengapakah bangsa Melayu tidak juga maju dan bangsa Melayu menjadi peneraju dalam kemiskinan?

Ini semua bolehlah kita ajukan pertanyaan kepada wakil UMNO yang ada di tempat masing-masing. Apakah yang telah mereka (UMNO) laksanakan untuk kebaikan bangsa Melayu?. Merekalah (UMNO) yang telah mengkucar-kacirkan bangsa Melayu. Untuk mendapatkan subsidi baja janganlah membantah mereka (UMNO) dan untuk mendapatkan pinjaman TEKUN mesti mendaftar sebagai ahli UMNO dahulu sedangkan duit untuk menyediakan segala-gala peruntukan itu datang dari kerajaan Malaysia. Dari manakah datangnya duit kerajaan Malaysia kalau bukan dari rakyat Malaysia sendiri dan itu semua adalah hak kita tidak kira kita menjadi ahli parti politik apa pun.

Adakah untuk meminta jambatan sebagai keperluan rakyat juga mesti memastikan kemenangan UMNO/BN dahulu barulah projek akan dilaksanakan? dan adakah jambatan tersebut selamat dilalui tanpa was-was yang ianya tidak akan runtuh?. Berubahlah bangsaku Melayu daripada diperbodohkan oleh orang-orang UMNO yang hanya mempergunakan kita semua untuk mengkayakan mereka dan kroni-kroni mereka sahaja. Tengoklah saja orang-orang UMNO yang ada, semuanya kaya-raya.

Oleh itu, kita mesti tolak segala-gala dakyah UMNO yang kononnya membela Melayu. Berdirilah dan bangkit bangsaku untuk setanding dengan bangsa-bangsa yang lain dan janganlah kita lupa akan ajaran agama kita untuk tidak tindas-menindas antara bangsa yang lain. Berubahlah dan beralihlah daripada UMNO/BN kepada Pakatan Rakyat untuk masa depan yang lebih baik. "UBAH SEBELUM PARAH, UBAH DEMI MARUAH"

Tiada ulasan:

Catat Ulasan