Sabtu, 29 Ogos 2009

Timbalan Presiden MCA, Chua Soi Lek Di Pecat



KUALA LUMPUR, - Timbalan Presiden MCA Dr Chua Soi Lek (foto), secara rasmi dipecat dari parti perkauman itu atas tuduhan mencemar imej parti dengan skandal seks beliau. Presiden MCA Ong Tee Keat mengumumkan keputusan ini dibuat berdasarkan kepada saranan jawatankuasa displin parti MCA. Keputusan diumumkan 12.15 pagi semalam. Ong menambah keputusan ini diambil dengan rasa berat hati dan dibuat demi kepentingan parti. Beliau menambah Chua bagaimanapun mempunyai 14 hari untuk merayu keputusan itu, namun perlembagaan parti tidak membenarkan keputusan itu dicabar di mahkamah. Chua ketika diminta mengulas keputusan jawatankuasa displin itu, beliau berkata semoga Ong dapat tidur yang nyenyak. Chua dalam blog beliau menulis, keputusan ini bukan sesuatu yang mengejutkan kerana ada usaha dari Presiden MCA itu sendiri untuk membunuh kerjaya politik beliau. Sementara itu, bekas Naib Presiden Fong Chan Onn menggesa kepimpinan parti MCA untuk mempertimbang semula keputusan memecat Chua. Fong berkata Chua telah memohon maaf dan memikul tanggungjawab diatas perilakunya dengan meletak jawatan sebagai menteri dan ahli parlimen. Fong juga menegaskan MCA harus akur kepada keputusan perwakilan yang melantik Chua Soi Lek sebagai Timbalan Presiden.

Satu keputusan drastik yang amat mengejutkan. Ternyata kini parti komponen BN iaitu MCA sedang menghadapi masalah dalaman yang cukup besar yang pasti akan membenamkan masa depan parti itu. Sudahlah sebelum ini bekas Timbalan Presiden MCA, Chua Jui Meng bertindak menyertai Pakatan Rakyat bila mengumumkan penyertaannya ke dalam PKR. Apakah Chua Soi Lek jugaakan membuat tindakan yang sama selepas ini?. Segalanya berkemungkinan selepas melihat apa yang berlaku dalam parti terbesar kaum Cina itu. Apapun, keputusan memecat Chua Soi Lek adalah cukup berbahaya kerana beliau menang dalam pemilihan jawatan parti itu. Ini sudah pasti akan mengecewakan para penyokong beliau. Tindakan ini pasti akan memakan diri puak-puak BN itu sebenarnya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan