Rabu, 26 Ogos 2009

RAKYAT MALAYSIA TETAP YAKIN DENGAN PAKATAN RAKYAT - DSAI


Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia yang juga Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim memanjatkan rasa syukurnya atas kemenangan calon Pakatan Rakyat (Pakatan) di sebalik gelaran pengkhianat yang dilemparkan kepadanya.

Selain itu beliau juga turut menyampaikan penghargaan kepada jentera-jentera dari pelbagai parti.

Dengan kemenagan bermajoriti yang meyakinkan beliau yakin bahawa rakyat tetap yakin dengan Pakatan dan parubahan pasti akan berlaku di negara ini.

Berikut merupakan kenyataan penuh dari beliau:

25 Ogos 2009—

Saya panjatkan rasa syukur di atas kemenangan Pakatan Rakyat di Pilihanraya Kecil Permatang Pasir. Berbulan-bulan diasak fitnah sebagai pengkhianat bangsa dan berhadapan pembelotan, kemenangan hari ini membuktikan rakyat menolak politik acuan pimpinan umno-bn yang memecahbelahkan.

Penghargaan yang tidak terhingga saya ucapkan kepada seluruh jentera pilihanraya kecil, yang tetap bersabar mengharungi kepayahan pada bulan ramadhan ini. Kepada YB Haji Salleh Man tahniah di atas kejayaan ini dan tunaikanlah amanah dan mandat yang diberikan rakyat.

Kemenangan dengan majoriti meyakinkan ini ternyata, menzahirkan keyakinan rakyat Malaysia terhadap Pakatan Rakyat, hasrat bergelora mahukan Perubahan dan masa depan Pakatan Rakyat yang pasti gemilang.

ANWAR IBRAHIM
KETUA PEMBANGKANG
DEWAN RAKYAT MALAYSIA

Tiada ulasan:

Catat Ulasan