Jumaat, 8 Mei 2009

ADA BERANI KE DATUK??



Hai, apa nak jadi dengan negeri Perak yang satu ni?. Makin hari makin kelakar perkembangan politik kat Perak. Kawan taklah bermaksud nak menyibuk pasal negeri orang lain dan lupakan gelanggang tempat sendiri tapi kawan juga rakyat Malaysia dan Perak sebahagian daripada negara kita yang tercinta ni maka harus juga kita mengambil tahu. Kalau ikut berita arus perdana memang nampak orang-orang Pakatan Rakyat yang biadap(bak kata Zambry Mamak) tapi dari apa yang kita semua lihat terang-terang menunjukkan kebaculan BN. Apa yang susah sangat sampai nak bergaduh dalam dewan rebutkan negeri Perak. Kalau betul-betul anak jantan masing-masing lawanlah cara bermaruah. Apa lagi, pilihanraya negerilah. Biar rakyat yang tentukan siapa yang akan memerintah Perak, baru puas hati. Bukan setakat rakyat Perak je setuju, satu Malaysia pun setuju sampaikan Majlis Peguam(Bar Council) pun cadangkan macam tu.

Ingat dulu masa zaman bebudak sekolah, bila tiba masa bergaduh mesti ajak lawan satu sama satu( one by one), mana ada panggil geng reramai nak belasah sorang je. Labu dan Labi pun nak rebutkan Manisah kena lawan boxing pasal nak tentukan siapa dapat Manisah. Mana-mana negara dalam dunia ni pun kalau dah berlaku perebutan kuasa mesti diadakan pilihanraya sebab itulah caranya orang bermaruah berpolitik. Biar rakyat yang tentukan, ada berani? (nampak sangat tak berani).

Kalau macam nilah cara BN berpolitik memang alamat tak lamalah memerintah. Zambry kena ingat rakyat sekarang bukan 'dok bawah tempurung lagi'. Orang sekarang ni dah 'melihat dari mata burung'. Apa lagi nak ditipunya. 2-3 tahun lagi mesti ada pilihanraya, ingat orang nak pilih awak, jangan harap!. Setakat merampas kuasa macam gerila bolehla, semua dok sebelah dia. Ini yang dikatakan penakut. 'Orang lain tangan kosong, dia pakai parang. Orang pakai pistol, dia pakai meriam'. Ini macam ke ada maruah? Anak-anak jantan yang terbaca ni renung-renungkanlah. Nanti bila tiba pilihanraya jangan sampai salah pilih pulak ye.

V.SIVAKUMAR DI BAWA KELUAR DUN SECARA PAKSA

IPOH [3.30 pm] - Beberapa orang lelaki ala samseng telah dibawa masuk ke dalam Dewan Undangan Negeri Perak untuk membantu "rampasan kuasa speaker" sebentar tadi. V.Sivakumar telah diheret keluar secara paksa dan tempat duduk speaker telah digantikan oleh R.Ganesan. Beliau kelihatan terjatuh semasa diangkut keluar di luar Dewan. Kerusi yang didudukinya juga dibawa keluar. Kira-kira 30 anggota memasuki DUN sebaik sahaja berlaku pergelutan antara anggota Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat. Tidak diketahui siapakah individu yang menceroboh ke dalam dewan yang mulia itu. Namun, difahamkan mereka adalah anggota pasukan polis yang memakai pakaian preman sebenarnya.

Kecoh, bila Speaker DUN Perak V.Sivakumar telah diseret keluar dewan Biadap dan zalim bila Speaker DUN Sivakumar diseret keluar dewan[Tindakan mengheret Sivakumar keluar dewan adalah satu kerja biadap yang tidak wajar berlaku dalam dewan yang mulia sebenarnya. Namun, dek kerana gila kuasa pemimpin UMNO yang diketui oleh Zambry telah menggunakan kuasa untuk mengupah individu yang tidak dikenali menceroboh masuk ke dewan dan menghalang ADUN Pakatan Rakyat daripada mempertikaikan segala keputusan yang dibuat mereka].
Kecoh, bila Speaker DUN Perak V.Sivakumar telah diseret keluar dewan
Biadap dan zalim bila Speaker DUN Sivakumar diseret keluar dewan

Khamis, 7 Mei 2009

INFORMASI TERKINI SIDANG DUN PERAK


Kecoh, suasana di dalam DUN Perak begitu panas dan mendebarkan

11.23 pagi - Bekas ADUN Sungkai, Datuk P Ganesan dilantik sebagai Speaker dan pada masa sama V Sivakumar masih di tempatnya.
11.00 pagi - Bekas ADUN Sungkai, S Ganeson, bangun dan angkat sumpah sebagai Speaker Dewan. Sivakumar, bagaimanapun masih berada di tempatnya dan pertikaman lidah terus berlaku.
10.58 pagi - Cadangan ganti Sivakumar disahkan Yit Foong
10.55 pagi - Menteri Besar BN Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, bangun cadangkan bekas ADUN Sungkai ganti Sivakumar sebagai Speaker, disokong Exco Kanan, Datuk Hamidah
10.50 pagi - ADUN Bebas, Yit Foong, mencelah beliau mahu ambil alih perjalanan Dewan daripada Sivakumar. Beliau dakwa sebagai Timbalan Speaker kini miliki majoriti sokongan ahli Dewan untuk jalankan tugas Speaker.
10.41 pagi - Menteri Besar BN Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir kemukakan usul pecat Speaker, V Sivakumar dan disokong semua Adun Barisan Nasional (BN) dan Bebas tetapi ditolak oleh Speaker sendiri.
10.26 pagi - Beberapa lagi penyokong parti ditahan. Masih ada kira-kira 500 berkumpul di pintu depan bangunan Setiausah Kerajaan Negeri Perak.
10.00 pagi - Suasana masih kecoh dalam Dewan, Speaker, V Sivakumar, terus desak Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, enam Exco dan tiga Adun Bebas keluar dewan dan tegaskan keputusan beliau adalah muktamad dan tidak akan benarkan perasmian sidang selagi mereka terbabit tidak keluar Dewan.



9.30 pagi - Pemangku Raja Perak, Raja Dr Nazrin Shah, tiba untukmerasmikan pembukaan mesyuarat pertama persidangan penggal kedua Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak di Bangunan Perak Darul Ridzuan, di sini. Keberangkatan tiba baginda dan Raja Puan Besar Perak, Tuanku Zara, di perkarangan bangunan itu disambut Menteri Besar BN Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir; Yang Dipertua Dewan, V Sivakumar dan timbalannya, Hee Yit Foong serta barisan Exco kerajaan negeri. Sejurus kemudian, Raja Dr Nazrin menaiki Peterana Diraja dan menerima hormat diraja daripada pasukan kawalan kehormatan yang dibarisi 105 pegawai dan anggota batalion 1 Pasukan Gerak Am Polis Diraja Malaysia (PDRM) Hulu Kinta dan lagu rasmi negeri Perak dimainkan oleh Pancaragam PDRM Cawangan Kedah.
8.45 pagi -Tiga lelaki dan seorang wanita ditahan kerana membawa poster, memakai baju hitam dan lilitan dengan tulisan 'BUBAR DUN".

BERSEJARAH DALAM POLITIK NEGARA, DUA LOKASI SATU PERISTIWA BAKAL BELAKU HARI INI MAKA SIAPAKAH MB PERAK YANG SAH SEBENARNYA


Dua peristiwa besar akan berlaku di dua lokasi berbeza pagi ini. Entah apa yang terjadi, nampak benar ia bagai sesuatu yang tidak kena dan masuk dek akal. Kedua-dua persitiwa yang berlaku pagi ini adalah berkaitan dengan Kerajaan Negeri Perak yang sedang dilanda kemelut yang paling parah hari ini. Satu peristiwa akan berlaku di negeri Perak, iaitu Sidang Dewan Undangan Negeri di Bangunan Pejabat Kerajaan Negeri Perak di Ipoh, manakala satu lagi ialah di Mahkamah Tinggi Jalan Duta dimana perbicaraan kes siapakah Menteri Besar Perak yang sah akan juga diputuskan pagi ini. Makanya, kedua-dua persitiwa bersejarah ini pastinya akan menjadi perhatian rakyat Malaysia seantero dunia. Nampaknya, apa yang berlaku ini bakal mengundang permasalahan yang lebih besar sebenarnya. Kedua-dua keputusan yang berlaku pasti tidak akan dapat diterima oleh rakyat Perak, melainkan pembubaran DUN dilakukan oleh Sultan Perak sendiri. Dalam keadaan yang cukup kritikal sekarang ini, apa pun boleh berlaku. Mahkamah boleh menukar keputusan secara tiba-tiba jika hakim ditekan oleh pihak berkenaan. Jika berlaku Zambry dikatakan MB yang sah, sudah pasti ia akan menyebabkan rakyat memberontak dan kecewa dengan perkara ini. Manakala jika Ir.Nizar pula diperakui sebagai MB yang sah, apakah Zambry dan konco-konconya dapat menerima semaunya ini. Bukankah sesuatu yang lebih panas pasti akan berlaku jika Sultan Perak tidak membubarkan DUN dalam masa terdekat ini. Justeru itu, Sultan Perak diseru memberi perhatian akan perkara ini dengan serius dan profesional. Serahkan semula kuasa kepada rakyat.
Dua lokasi dan satu peristiwa besar yang pasti menghangatkan negara

SIDANG DEWAN UNDANGAN NEGERI PERAK, SIVAKUMAR BAKAL MEMUTUSKAN TIGA HINGGA EMPAT PERKARA PENTING UNTUK DILAKSANAKAN OLEH BELIAU




IPOH - Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) yang berhadapan dengan kemungkinan hilang jawatannya pagi ini telah memutuskan tindakan berhubung tiga hingga empat perkara penting untuk dilaksanakan apabila sidang DUN bermula. "Saya sudah buat keputusan berkaitan banyak perkata, tiga hingga empat perkara. "Ada beberapa lagi belum saya putuskan," kata beliau. Bagaimanapun beliau enggan menyatakan butiran tentang keputusan yang telah pun ditentukan tindakannya. Ketika ditanya sama ada akan menolak dua usul yang dikemukakan oleh BN, V.Sivakumar (foto) yang merupakan ADUN Pakatan Rakyat enggan mengulas lanjut sambil meminta menunggu hingga pagi ini. BN mengemukakan usul agar Sivakumar digantikan oleh wakilnya dari MIC sebagai Speaker yang baru. Bagaimanapun Sivakumar menekankan bahawa beliau sebagai Speaker mempunyai hak untuk menerima ataupun menolak mana-mana usul. "Itu adalah kuasa Speaker," katanya yang turut enggan mengulas sama ada akan membenarkan Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir dan enam exconya yang lain masuk ke Dewan pagi ini. "Itu soalan serius. Saya tahu mahu menjawab," katanya. Semalam bekas Exco Kanan semasa kerajaan negeri diterajui Pakatan Rakyat berkata, Zambry dan enam Exco yang lain masih tidak layak untuk mengambil bahagian dalam sidang Dewan Undangan Negeri Perak penggal baru pagi ini.

Isnin, 27 April 2009

TERBONGKAR SIAPA HILMI DAN KISAH SEBENAR DISEBALIK INSIDEN GAMBAR SEPARUH BOGEL WAKIL RAKYAT BUKIT LANJAN ELIZABETH WONG


Insiden "gambar separuh bogel" yang melibatkan Exco Kerajaan Negeri Selangor dan ADUN Bukit Lanjan, Elizabeth Wong telah menggemparkan seluruh negara baru-baru ini. Malah, pengedaran gambar Elizabeth menerusi internet, telah menyebabkan beliau akhirnya mengambil keputusan untuk meletakkan jawatan yang disandangnya itu. Elizabeth yang juga Ketua Penerangan Wanita Keadilan Pusat itu begitu tertekan dan amat kecewa dengan apa yang berlaku. Malah beliau rela melepaskan jawatannya itu demi membersihkan imej dan maruah peribadinya yang sedikit tercemar dengan isu tersebut. Susulan daripada kontroversi itu telah menyebabkan Elizabeth Wong diberikan cuti rehat oleh Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim selepas itu. Ramai yang menjangkakan bahawa Elizabeth akan kekal dengan hasrat beliau untuk melepaskan jawatan, tambahan pula dari riak air mukannya ternyata beliau memang sudah bertekad mahu mengundur diri. Namun segalanya tidak menjadi kenyataan, bila beliau akhirnya kembali menjalankan tugasnya sebagai Exco dan ADUN Bukit Lanjan. Sesuatu yang amat mengecewakan puak-puak UMNO dan Barisan Nasional Selangor, terutamanya Khir Toyo dan kuncu-kuncunya. Mereka berharap agar satu pilihanraya kecil dapat diadakan di Bukit Lanjan. Sudah pasti kantung mereka akan kembali terisi, bila limpahan projek "mee segera" dipunggah ke kawasan itu. Namun segala impian itu akhirnya berkecai apabila melihat Elizabeth kembali bertugas minggu lalu. Ketika isu ini hangat diperkatakan dulu, nama bintang paling popular yang disebut-sebut sebagai "dalang"nya ialah bekas tunang Elizabeth sendiri iaitu Hilmi Malek. Cuma kehebatannya gagal mengatasi Saiful Bukhari Azlan yang kononnya "mangsa liwat" Datuk Seri Anwar Ibrahim itu. Soalnya sekarang siapakah Hilmi ini sebenarnya, dan apakah benar beliau terlibat secara langsung dalam kes ini atau adakah kemungkinan adanya pihak ketiga yang telah mencaturkan segala yang terjadi ini.
Si Hilmi Rupanya Adalah Anak Dato' Malek
Beliau kini amat dikehendaki oleh pihak polis bagi membantu siasatan kes Elizabeth Wong itu. Menurut polis beliau dipercayai berada di luar negara dan kemungkinan besar di Batam Indonesia, berdasarkan kepada maklumat awal yang diterima setakat ini. Kami cuba untuk menyiasat dan membongkarkan perkara sebenarnya yang berlaku dan siapakah Hilmi Malek (foto) ini. Namanya tiba-tiba popular, malah wajahnya yang tampan itu memang dapat menyaingi kehebatan Saiful Bukhari. Persoalannya, kenapakah hingga ke hari ini pihak polis masih belum berjaya mengesan Hilmi Malek, walhal mereka tahu beliau berada di Indonesia?. Bukankah polis kita cekap dan profesional menjalankan tugas mereka. Kenapakah tidak digunakan khidmat Interpol untuk menangkap anak muda terbabit dan dibawa balik ke Malaysia. Malah, sewajarnya pihak polis tutur mendapatkan kerjasama polis Indonesia bagi menangkap Hilmi Malek. Beliau kini seolah-olah tidak diapa-apakan oleh pihak berkuasa. Inilah yang amat memusykilkan kita. Maka itu kami cuba mendapatkan gambaran sebenar siapakah Hilmi Malik, anak muda yang pernah bekerja di Pejabat Khidmat Ahli Parlimen Petaling Jaya Selatan, Hee Loy Sian. Namun dikatakan sudah berhenti mulai bulan Januari 2009 yang lalu.. Bak kata pepatah Melayu "Nak Seribu Daya, Tak Nak Seribu Dalih", maka itu kami hairan kenapakah polis kita begitu sukar untuk menjejaki Hilmi yang sudah diketahui lari ke Indonesia itu. Apakah polis Malaysia langsung tidak mempunyai jaringan hubungan kerjasama antara kedua-dua pihak?. Maka, kami cuba menyelongkar siapakah dia sebenarnya Hilmi Malek ini. Siasatan sulit kami mendapati rupa-rupanya beliau adalah merupakan anak kepada bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Pelangai, Bentong Pahang sebelum Dato' Seri Adnan Yaakob Menteri Besar sekarang ini. Bapanya dikenali dengan nama Dato' Malek mewakili UMNO dan BN bagi kerusi itu sebelum diambilalih oleh Adnan. Namun, berita terkini beliau dikatakan telah kecewa dengan UMNO dan BN dan kini bersama dengan Parti Islam SeMalaysia (PAS) dalam Pakatan Rakyat. Patutlah mereka tidak berani mendedahkan identitinya Hilmi Dato' Malek yang sebenarnya, kerana mereka malu dengan senario ini.
Di Manakah Hilmi Malek Berada Sekarang
Ramai yang tertanya-tanya, di mana sebenarnya Hilmi berada sekarang. Apakah benar beliau masih melarikan diri ke Indonesia. Maka kami cuba membuat risikan perkara ini. Rupa-rupanya kini Hilmi sebenarnya tidak lagi berada di Malaysia, tetapi telah berada di rumahnya di Ampang Selangor. Memang benar beliau telah lari ke Batam Indonesia buat seketika selepas insiden ini dihebohkan. Menurut sumber, beliau lari bukan kerana takut atau sebagainya. Sebaliknya beliau berbuat demikian kerana tidak tahan dengan perangai puak-puak UMNO yang terus datang ke rumahnya dengan membawa "habuan wang" supaya beliau meneruskan pendedahan gambar bogel Elizabeth Wong. Gambar yang disiarkan dilaman-laman internet itu sebenarnya bukanlah dilakukan oleh Hilmi. Mana mungkin beliau tergamak melakukan demikian, sedangkan beliau masih bersama Pakatan Rakyat. Maka itu bagaimana ia boleh berlaku. Kemungkinan besar pihak polis telah menggeladah rumanya untuk mendapatkan bukti-bukti hubungan beliau dengan Elizabeth. Maka akhirnya mereka berjaya mendapatkan gambar dari telefon bimbit Hilmi, yang pernah dirakamkan ketika Elizabeth sedang tidur di rumahnya. Maka dengan gambar-gambar itulah, menyebabkan Elizabeth tertekan bahkan kecewa dengan tindakan Hilmi yang merupakan bekas teman lelakinya itu. Hilmi tertekan dan tidak sanggup melakukan lebih dari itu, lantaran mahu menjauhkan diri daripada puak-puak UMNO inilah menyebabkan beliau terpaksa lari ke Indonesia. Anehnya, ketika di Indonesia tidak ada langsung pihak polis yang menjejaki beliau. Malah ketika beliau masuk semula ke Malaysia baru-baru ini, pihak Imigresen Malaysia juga tidak menahan beliau. Begitu juga ketika beliau berada di rumahnya sekarang.Tidak ada langsung kelibat anggota polis yang cuba menangkap beliau untuk didakwa dalam kes ini. Kenapa ia berlaku? Sebabnya ialah Hilmi tidak mahu bersubahat dengan mereka. Jika beliau mahu bersubahat, sudah pastilah beliau akan mendapat untung dan ganjaran besar yang sungguh lumayan sebenarnya.
Siapakah Dalang Dan Perancang Kes Elizabeth
Soalnya sekarang, kenapa pihak polis tidak menangkap Hilmi dan masih mengatakan beliau berada di Indonesia?. Mungkini juga jika beliau ditangkap sudah pasti Hilmi akan menceritakan siapakah dalang disebalik insiden ini. Lantaran itulah pihak polis mendapat arahan agar kes ini diredakan dahulu. Mereka takut Hilmi akan mendedahkan tentang penglibatan pemimpin UMNO negeri dalam usaha menjatuhkan serta memalukan Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor ini. Mujurlah, teman lelaki Elizabeth yang pernah berkhidmat dengan parti itu masih konsisten dalam tugasannya. Jika beliau boleh dijual beli, sudah pasti Elizabeth akan menerima padah yang lebih besar jika banyak lagi perkara dibongkarkan selepas ini. Kami amatlah pasti bahawa dalang sebenar di sebalik insiden ini ialah pihak-pihak yang kalah dalam pilihanraya umum ke-12 lalu. Mereka kini mencari berbagai jalan untuk mengambil alih kuasa Kerajaan Negeri Selangor, sama seperti apa yang berlaku di Perak dulu. Inilah yang amat diharapkan. Namun bila Elizabeth Wong kembali menjalankan tugasnya, begitu kecewalah puak-puak berkenaan melihat segala apa yang berlaku dihadapan mata mereka ini sebenarnya. Musnahlah segala harapan untuk mendapatkan projek-projek pilihanraya. Mahu ditangkap Hilmi, takut rahsia terdedah. Akhirnya dibiarkan anak muda itu tanpa sebarang tindakan, atas alasan beliau kini melarikan diri ke Indonesia.

Rabu, 22 April 2009

KERAJAAN NEGERI UMNO BN PERAK LELONG SEMULA 16 BUAH KERETA RESMI TOYOTA CAMRY 2.4



IPOH - Kerajaan Perak akan melelong 16 kereta Toyota Camry 2.4 yang sebelum ini digunakan sebagai kenderaan rasmi Exco pakatan pembangkang ketika menerajui pentadbiran kerajaan negeri. Menurut kenyataan tender terbuka yang dihantar ke bahagian iklan sebuah akhbar berbahasa Melayu di sini hari ini, lelongan kereta itu akan berlangsung di tempat letak kereta Bangunan Perak Darul Ridzuan di sini mulai 9.30 pagi hingga 4 petang pada 4 hingga 18 Mei ini. Kenyataan tender yang dikeluarkan pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak itu menyatakan kenderaan berkenaan boleh dibeli secara pukal atau seunit dengan harga rizab RM148,000 sebuah, Kereta itu adalah yang menggunakan nombor pendaftaran AGS10, AFD11, AFD22, AFD33, AFD55, AFD66, AFD77, AFD88, AFD99, AFD333, AFD999, AFF33, AFF88, AFF99, AGS828 dan AEU606 yang kesemuanya didaftarkan pada 9 Januari tahun ini. Kenyataan tender itu turut menyatakan semua kenderaan itu adalah baru yang digunakan antara satu hingga dua bulan, perbatuan rendah dan masih dalam tempoh jaminan tiga tahun oleh syarikat pengeluar. Kenderaan berkenaan juga mempunyai nombor pendaftaran orang kenamaan, cermin gelap bernilai RM2,000 serta bebas daripada sebarang kemalangan. Bagaimanapun, difahamkan kereta rasmi dengan nombor pendaftaran AGS10 yang digunakan bekas Menteri Besar, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin, tidak akan dilelong kerana beliau dikatakan telah membuat tempahan membeli kereta tersebut. Dokumen tender boleh didapati pada waktu pejabat mulai 4 Mei hingga 18 Mei ini di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, Bahagian Pengurusan, Aras 3, Bangunan Perak Darul Ridzuan dengan harga RM20 senaskah. Mereka yang ingin membeli kenderaan berkenaan perlu menghantar kembali surat tawaran tender itu sebelum jam 12 tengah hari pada 18 Mei ini.
Nampaknya kerajaan UMNO BN Perak begitu fobia melihat kereta Camry yang dibeli untuk kegunaan exco semasa pemerintahan kerajaan Pakatan Rakyat Perak dulu. Lantaran itulah kereta yang baru dibeli dua bulan itu mahu dilelong, walhal ia tidak mendatangkan apa-apa mudarat sekali pun jika ia digunakan terus sebagai kenderaan rasmi kerajaan negeri yang baru itu. Apakah mereka akan menukarkan semula dengan kereta lama atau membeli kereta yang lebih eksklusif untuk menjaga imej serta status exco-exco kerajaan negeri UMNO BN di Perak selepas ini agaknya. Apapun, tahniah kepada MB Nizar kerana berjaya memiliki salah satu kereta itu tanpa bertukar tangan kepada sesiapa pun setelah kerajaan negeri Pakatan Rakyat dirampas secara zalim Februari lalu.

Selasa, 21 April 2009

SENARIO PROGRAM ANWAR DAN NAJIB DI BUMI PAHANG MEMBUKTIKAN KONSEP ONE MALAYSIA ITU TERNYATA TELAH GAGAL DILAKSANAKAN



KUANTAN - Kehadiran dua pemimpin utama negara ke Kuantan Sabtu lalu amat menarik untuk diperkatakan oleh sebahagian besar penduduk di sini. Hingga sekarng, ramai yang masih lagi memperkatakan dua senario yan berbeza "antara dua darjat" sambutan rakyat kepada dua pemimpin besar itu iaitu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan juga Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Najib bertemu rakyat di Kuantan seawal jam 9.00 pagi lagi. Kehadiran Perdana Menteri disambut dengan berbagai acara program. Di Kuantan ia diadakan di Padang MPK1 yang terletak berhadapan dengan Masjid Negeri Sultan Ahmad Shah I. Laporan media arus perdana menyebut lebih 40,000 orang rakyat yang hadir ke majlis itu. Apakah benar statistik itu atau sekadar penyedap halwa telingan rakyat? Namun sesuatu yang harus diingat ialah apakah Najib benar-benar mahukan perubahan dalan kerajaan. Ini kerana program menyambut Perdana Menteri itu sudah menjadi program menyambut Presiden UMNO dan Barisan Nasional. Bukti jelas menunjukkan bahawa tiada langsung undangan yang dibuat kepada pemimpin pembangkang, parti politik pembangkang atau pun pertubuhan bukan kerajaan yang cenderung kepada pembangkang. Apa yang dapat dilihat kehadiran ramai rakyat pada sambutan itu lebih menjurus kepada projek UMNO dan BN sendiri. Ini kerana semua parti komponen dilihat mengambil bahagian dan terlibat secara langsung. Jika rakyat diutamakan, sepatutnya sambutan PM itu tidak dipolitikkan.Namun itulah hakikatnya. Senario yang sama berlaku di Pekan tatkala Najib serta rombongan pulang ke kawasannya itu. Sambutan yang dibuat juga lebih kepada berunsur politik semata-mata dan tidak langsung menggambarkan Perdana Menteri untuk seluruh rakyat di kawasan itu. Apa yang menarik pihak media termasuk RTM mengadakan lintas langsung siaran khas kembalinya Najib ke Pahang. Malah kami difahamkan banyak wang yang digunakan untuk memunggah rakyat pelbagai golongan untuk hadir beramai-ramai. Mereka dibayar upah dan disediakan makanan, biarpun ada insiden yang tidak dapat wang dan makanan itu akibat "disonglap" oleh pihak-pihak tertentu. Namun, jelas kelihatan rakyat sebenarnya memang dipaksa hadir ke kedua-dua program tersebut. Ada yang menyebut, jika tidak dipaksa sudah pasti program sambutan Perdana Menteri itu akan kelihatan hambar sebenarnya. Agensi kerajaanmewajibkan kakitangan mereka hadir. Isititusi Pengajian Tinggi Awam dan Swasta dekat sini juga memaksa pelajarnya hadir, malah ada yang memasukkannya ke dalam "jam kredit" para pelajar. Begitu juga dengan pelajar-pelajar sekolah rendah dan menengah sekitar Kuantan dan Pekan yang dipaksa hadir. Itu belum termasuk pelatih Pusat Latihan Khidmat Negara, pengakap, pandu puteri serta lain-lain pasukan beruniform dikalangan pekajar yang turut dipaksa. Pendek kata program sambutan Perdana Menteri itu dihadiri oleh mereka yang "rela dalam paksa". Bagi memberi gula-gula kepada rakyat, wang saku pula disediakan sebagai habuan. Ini bermakna, Perdana Menteri Malaysia itu telah memperkotak-katikkan nasib rakyat untuk memberi persepsi kononnya beliau disokong oleh sebahagian besar dari kalangan mereka. Walhal, dari tinjauan kami tidak sampai pun 10,000 rakyat Pahang yang hadir dalam kedua-dua program Sambutan Najib itu sebenarnya.
Bukti, rakyat yang hadir ke sambutan Najib tidak seperti yang dijangka
Terpaksa, inilah sebahagian daripada para pelajar sekolah yang hadir

Bukti, rakyat yang hadir ke sambutan Najib tidak seperti yang dijangkaTerpaksa, inilah sebahagian daripada para pelajar sekolah yang hadir.Laporan media menggambarkan seolah-olah begitu ramai rakyat yang hadir. Jika tidak dipaksa, apakah mereka tergamak mengorbankan masa cuti hujung minggu untuk berlapar dan berpanas menanti ketibaan Najib agaknya. Inilah amalan dan senrio yang dapat dilihat kepada seorang Perdana Menteri yang tidak diiktiraf oleh majoriti rakyat sebenarnya. Ini jauh sekali berbeza dengan satu lagi program yang melibatkan tokoh pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Kuantan juga pada hari yang sama dengan kehadiran Najib. Biarpun tiada elaun dan imbuhan yang ditawarkan kepada rakyat, namun mereka sanggup hadir berbondong-bondong untuk menyambut kehadiran Anwar dari siang hingga ke malam. Anwar yang merasmikan pejabat baru PKR Pahang di Jalan Beserah dekat sini, juga terkejut dengan kehadiran begitu ramai rakyat pada sebelah malamnya. Walau pun senario ini ditempelak oleh penyokong UMNO dan BN, namun mereka harus menerima hakikat bahawa rakyat yang datang ke program Anwar itu adalah dengan hati yang tulis dan ikhlas. Langsung tidak wujud unsur paksaan dan sebagainya. Malah lebih menarik lagi, mereka juga sanggup berhujan pada sebelah malam untuk mendengar ceramah Anwar. Inilah dia semangat perjuangan rakyat yang mahukan perubahan sebenarnya. Rakyat berbagai bangsa Melayu, Cina dan India sanggup datang dari jauh dan dekat semata-mata untuk bersama pemimpin PKR itu. Lautan manusia dilihat hadir pada malam itu menggambarkan bahawa sokongan rakyat semakin memuncak.
Bukti, biarpun hujan tapi ribuan rakyat membanjiri ceramah Anwar

Jumaat, 17 April 2009

TAHNIAH AMK PARIT SULONG


AMK Parit Sulong telah berjaya menjalankan ceramah umum pada 12 April yang lalu dan buat pertama kalinya dipanelkan oleh rakan seperjuangan dalam Pakatan Rakyat. Ceramah tersebut telah dijayakan oleh Tuan Haji Faisal dari PAS, Ahmad Bin Ton dari DAP dan Faris Musa menggantikan Shamsul Iskandar dari KeADILan. Program ini juga menampilkan Hasmi Hashim selaku Ketua Bahagian PKR Parit Sulong sebagai penceramah jemputan untuk menghangatkan lagi program pada malam tersebut. Antara isu yang dibangkitkan oleh ahli-ahli panel adalah berkenaan pilihanraya kecil di tiga kawasan yang mana dun Bukit Selambau dan parlimen Bukit Gantang dimenangi oleh calon dari Pakatan Rakyat. Ahli-ahli panel juga antara lain menyeru masyarakat tempatan agar memberi kepercayaan serta sokongan kepada Pakatan Rakyat dalam usaha menawan negeri Johor yang selama ini dianggap kubu kuat Barisan Nasional. Program pada malam tersebut juga diharap dapat menjadi titik tolak permulaan kebangkitan Pakatan Rakyat di negeri Johor, seterusnya merealisasikan harapan masyarakat tempatan yang inginkan perubahan dari kongkongan Barisan Nasional.