Selasa, 6 April 2010

PENDEDAHAN DSAI : NAJIB DAN KHAIRY PERLU DISIASAT




KUALA LUMPUR : Polis Diraja Malaysia (PDRM) didesak supaya segera menyiasat Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan juga Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berhubung pendedahan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Parlimen bersabit perkaitan Apco Worldwide Sdn Bhd dengan pimpinan Zionis Israel.

"Keterlibatan kedua individu ini secara langsung ataupun tidak memberikan impak yang sangat besar buat negara, dalam konteks keselamatan khususnya.

"Apatahlagi pembuktian konkrit di Parlimen mengenai perkaitan tokoh Zionis di dalam Apco yang dilantik sebagai perunding komunikasi Malaysia langsung tidak dinafikan secara imperikal oleh mana-mana pihak daripada kerajaan Malaysia khususnya Umno,"tegas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Shamsul Mohd Akin dalam kenyataan medianya.

Menurut beliau, Najib sebagai pemimpin negara seharusnya sedar akan risiko yang diambil dengan membenarkan Apco terlibat untuk menasihati beliau dalam hal ehwal komunikasi dan ‘image building’, pun begitu kelihatan obsesi ke atas slogan 1Malaysia hanya mencetus polemik yang berpanjangan apabila wujud ‘acuan Zionis’ di dalam gagasan yang sedang disiulkan saban waktu oleh beliau.

Beliau berkata, hubungan baik Khairy dengan Omar Mustapha, Pengarah Ethos & Company yang dahulunya merupakan Penasihat kepada Najib sewaktu menjawat Timbalan Perdana Menteri boleh memberi petunjuk mengapa Khairy bermatian mempertahankan Ethos dan Omar yang bertanggungjawab menghubungkan kerajaan Malaysia dan Apco.

"AMK percaya bahawa hubungan baik sama sekali tidak boleh diguna pakai untuk menghalalkan susupan masuk puak Zionis di dalam pentadbiran negara," kata Shamsul.

Beliau yang mewakili AMK mengulangi gesaan Ketua Pembangkang betapa wujud keperluan untuk sebuah Suruhanjaya Diraja dibentuk untuk menyiasat keterlibatan ini, demi menjamin keselamatan negara tidak digolok gadai demi melampiaskan nawaitu politik UMNO semata.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan