
Kata Zaid, pihaknya mempunyai bukti kukuh  berhubung  dengan penyelewengan yang berlaku pada pilihan raya  berkenaan. Utusan  Malaysia pula telah menggambarkan beliau sebagai  seorang kaki botol.
Kata  Zaid tindakan mahkamah itu adalah untuk memastikan keadilan  terjamin  dan beliau tidak mahu pihak tertentu melakukan  sewenang-wenangnya tanpa  menghormati lunas undang-undang semata-mata  kerana ingin menang.
Ketika  ditanya apakah beliau akan mengambil tindakan kepada bloger yang  turut  melebelkan beliau sebagai kaki botol, Zaid menjelaskan; bloger  tidak  payahlah, biarlah Utusan saja.
Dalam pada itu beliau juga  mengumumkan PKR akan menubuhkan kelab  penyokong PKR di peringkat  antarabangsa. Ianya akan di lancarkan di  London pada Julai depan.
Tindakan  Zaid itu diharap akan membuka perkembangan baru dalam politik  negara  ini. Dengan kedudukan beliau sebagai seorang peguam yang  dikenali ramai  serta mempunyai kenalan dengan peguam senior mungkin  beliau mampu  memberi kseedaran kepada pihak-pihak tertentu terutamnya  Suruhanjaya  Pilihan Raya (SPR).
Tindakan itu dilihat bukan sangat beliau  kecewa dengan kekalahan pada  Ahad lalu tetapi lebih kepada ingin memberi  pengajaran kepada pihak  tertentu supaya tidak menggunakan kuasa  sewenang-wenangnya bagi  memanipulasikan keadaan kerana inginkan  kemenangan.
Mengenai perkara yang menjadi bantahan Zaid, ianya  akan diumumkan oleh  peguamnya minggu depan.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Tiada ulasan:
Catat Ulasan